SEORANG warga emas berusia 50 tahun terkejut apabila mengetahui seekor cacing telah hidup di dalam otaknya selama empat tahun.
Kehadiran parasit yang dikenali sebagai cacing pita itu hanya dikesan
setelah saintis daripada Hospital St Thomas di London melakukan biopsi
ke atas otaknya.
Menurut warga emas itu, dia sering berulang alik ke hospital sejak
tahun 2008 setelah dikatakan hilang ingatan dan mengalami sakit kepala
yang agak teruk.
“Saya sering mengadu sakit di bahagian tangan kanan. Saya dapat mengingat semula peristiwa lampau dan deria bau saya berubah.
“Saya pernah didiagnos dan diperiksa untuk pengesahan HIV, sifilis, dan
batuk kering, namun semuanya negatif,” katanya seperti yang dipetik
melalui portal Metro.co.uk pada semalam.
Pakar perubatan kemudiannya melakukan pembedahan bagi mengeluarkan parasit tersebut dari otaknya.
Menurut pakar bedah, semasa melalui prosedur tersebut, cacing pita
sepanjang 1 cm itu bergerak sejauh 5 cm ke bahagian kanan otak,
menjadikan proses pembedahan lebih sulit dari jangkaan doktor.
Semasa pembedahan dilakukan, pakar bedah melaporkan turut menemui sebilangan telur cacing di dalam otak warga emas terbabit.
Menurut ketua pasukan saintis Institut Wellcome Trust Sanger, Dr Hayley
Bennett, cacing pita jenis Spirometra erinaceieuropaei, adalah spesis
parasit yang jarang ditemui.
Katanya, spesis itu hanya dilaporkan sebanyak 300 kali dalam tempoh 60 tahun lepas.
“Penemuan ia (cacing pita jenis ini) sangat jarang berlaku tetapi yang
paling biasa dijumpai di Asia Tenggara, China dan Jepun.
“Pesakit terdedah kepada parasit jenis ini dengan memakan makanan
tercemar atau melalui bahan yang digunakan dalam perubatan Cina khusus
untuk sakit mata termasuk katak mentah,” katanya.
Menurut doktor, mangsa mempunyai latar belakang dari keluarga Cina dan
menetap di UK selama 20 tahun namun mangsa didapati sering melawat
negara China
Sumber :http://www.sinarharian.com.my/global/tidak-sedar-bela-cacing-pita-dalam-otak-1.335626
Alt Text: Not Always Needed
-
Most images require description for clarity, there are exceptions. This set
of notes looks at different situations and contexts where alt text may not
be...
10 hours ago
0 comments: