Bohonglah kalau saya kata 'Tak'
Bulan 3 baru-baru ni, Isteri ajak saya ke Mid
Valley. Ada Baby Fair katanya. Saya yang takda apa-apa kerja hujung minggu tu,
ikut aje.
Siap berkemas kami bertolak.
Dalam pukul 10.00 pagi, kami sampai kat sana.
Awal. Namun, kelihatan sudah banyak kereta yang beratur untuk memenuhi parking.
Alhamdulillah, nasib kami baik. Kami dapat parking betul-betul berhampiran
lif.
Saya keluarkan stroller kakak, ambil gambar
nombor parking dan terus naik ke atas.
Sampai di atas, orang ramai telahpun membanjiri
tapak festival. Saya ni jenis yang tak suka berada di tempat yang ramai orang.
Lebih-lebih lagi yang crowded macam ni. Tapi, bila mengenangkan Isteri yang dah
7 bulan memboyot ni, saya hanya butakan mata dan pekakkan telinga. Lautan
manusia saya redah jua.
10 minit berlalu dan saya masih di situ.
Bertahan, memilih baju untuk anak yang bakal dilahirkan, bersama Isteri
tercinta.
Tapi bila masuk minit yang seterusnya, saya
surrender. Dengan kakak yang dah boring duduk dalam stroller, saya volunteerkan
diri untuk menjaganya.
Saya bawa kakak pusing-pusing di ruang legar aras
berkenaan. Kakak yang suka explore ni meronta-ronta ingin keluar dari
strollernya. Ok fine.
"Didi buka belt kakak. Tapi janji, kakak
kena behave ok.."
"K.." Jawabnya mengambil suku kata
belakang
Budak-budak, mana diorang kisah tentang janji.
'Bebas' je, ke hulu ke hilir dia lari. Apa yang boleh saya buat hanyalah
bersabar dan kejar. Aduhaiii.....
Dari minit ke-11 saya tinggalkan Isteri membawa
kepada 1 jam. Namun, bilangan pengunjung yang datang tidak menunjukkan sebarang
tanda diorang bakal berkurang.
"Dah lama sangat ni. Jom kakak. Kita pergi
kat Ummi" kata saya menarik kakak
Saya dukung kakak yang masih nak berlari. Sebelah
tangan lagi saya gunakan untuk menolak stroller. Beg dia yang tergantung di
handle stroller, membuatkan perjalanannya tidak lurus. Sungguh mencabar.
Sekali lagi, berasakkan dengan pengunjung lain,
saya gagahkan diri, membelah masuk untuk berjumpa Isteri.
"Dah ke Sayang..?" Soal saya sebaik
berjumpanya
"Yang ni je Abang..''
Tunjuk dia pada saya akan beberapa pasang baju
yang berjaya dia pilih.
"Pampers new born belum beli lagi ni. Cane
ye Abang..?" Sambungnya lagi
Saya yang dah mula boring, cepat-cepat ingin
beredar dari situ.
"Kita cari kat lain je lah. Sini ramai orang
sangatla. Kakak pulak taknak duduk diam. Penat dah Abang kejar.." Lapor
saya meminta simpati
"Ok lah. Jap ye. Sayang nak bayar.."
Dalam masa menunggu tu, kakak nampak budak-budak
dapat belon free pulak. Berhempas pulas la saya mencari kat mana nak dapatkan
belon tu. Hmm.. Takpelah. Asal awak duk diam sudah.
Selesai Isteri membuat pembayaran, saya terus nak
tolak stroller straight ke pintu keluar. Tapi Isteri mengajak saya tawaf dulu,
melawat booth-booth dalam sebelum keluar.
"Dengan ribuan orang yang membanjiri, awak
nak redah masuk dalam jugak..? Tak payahlah.."
"Tapi bang, alang-alang kita dah sampai,
kita masuk je la kejap. Pastu, kita balik lah nanti.."
Saya diam.
Membisu.
Tak kata apa-apa.
Selang beberapa saat, sambil memegang kening,
saya menghela nafas. Panjang..
"Hmmmmmmmhhhhhhhh.."
Dia faham dan tahu yang saya sudah takda mood.
"Abang selalu macam ni. Dah la. Jom la
balik.."
Helaan saya membantutkan kemahuannya. Dia
bertindak spontan. Menarik handle stroller lalu ditolak tanpa menghiraukan
saya. Dia keluar. Saya pun keluar. Dia bengang. Saya lagi bengang.
Keadaan itu membuatkan saya panas. Rimas dan nak
marah. Tapi semua tu saya tahan. Saya hanya membontotinya dari belakang. Saya
biarkan dia menolak stroller sendirian.
Dengan keadaannya yang sarat mengandung, dia
memimpin tangan kakak. Barang-barang baby, handbag gadjetnya dan beg anak
diletakkan dalam stroller.
Kesian. Memang kesian.
Tapi kipas syaitan terlebih dahulu menyemarakkan
api kemarahan saya daripada memberikan belas kasihan terhadapnya.
Astargfirullah.. Menyesal sangat bila dikenang kembali. Huuu..
Dia berjalan menuju lif. Ditekannya button down
dan kami ke AEON.
Setibanya di AEON, saya tinggalkan mereka di
sana. Tanpa memberitahu ke mana saya ingin tuju, saya berlalu begitu sahaja.
Ketika itulah, bisikan syaitan galak bersuara dalam hati saya. Katanya..
"Jika dia masih berkeras, kau tinggalkan aje
dia. Biarkan dia balik naik teksi. Padan muka..!!"
Saya pergi. Tapi tidak jauh dari situ pun. Saya
ke surau. Bertenang di bangku luarnya sambil kepala bersandar di dinding. Saya
dongakkan kepala. Pejamkan mata. Dan mulut mula melafazkan kata-kata istighfar,
memohon ampun dan bantuan dari-Nya.
"Astarghfirullah.. Astarghfirullah..
Astarghfirullah.."
Perlahan-lahan air mata saya mengalir dari alur
tepi keduanya. Sedih. Sayu. Pilu. Hati saya begitu tersentuh.. Mengenangkan
Isteri sukar memahami saya.
Pada masa tu, entah kenapa, tiba-tiba terlintas
di fikiran saya kisah Mahatma Gandhi yang menghukum dirinya sendiri dek kerana
anaknya tidak menepati janji. Dia merasakan dirinya adalah seorang ayah yang
gagal apabila anaknya tidak menjadi manusia sejati.
Allah..!! Kisah itu terpalit pada diri saya.
Sayalah yang bertanggungjawab menjadikan Isteri saya sebegitu. Mungkin cara
saya mentarbiahnya belum sempurna. Semua itu tadi adalah salah saya bukan silap
dia.
Sejenak selepas itu, saya berfikir untuk mencari
mereka. Tetapi ego lelaki ini belum bersedia untuk tunduk mengakui kekhilafan
sendiri. Hmm..
Setelah sedikit tenang, saya keluar. Berjalan
menghampiri dinding kaca yang di bawahnya terdapat escalator. Tatkala memerhati
gelagat seorang demi seorang yang lalu lalang, perhatian saya tertumpu pada
sepasang suami isteri yang mempunyai dua orang anak.
Si suami mendukung kakak yang telah lena di
bahunya. Manakala si ibu memegang adik yang bulat pipinya.
Saya teringat kakak.
Tak semena selepas itu, saya terdengar satu suara
memanggil kuat panggilan saya.
"Di.."
Saya menoleh ke belakang. Tapi kelibat kakak
tidak kelihatan. Ya Allah.. Perasaan rindu terhadapnya terus menyelubungi diri
disertakan rasa bersalah terhadap Isteri.
"Apa yang telah aku buat ni.." Rintih
saya separuh menangis
Saya seluk saku seluar. Mencari iPhone untuk
menghubungi Isteri.
"Ciss.. Masa ni pulak kau nak habis bateri..
Macam mana ni.."
Saya buntu.
Nafas sekali lagi saya tarik dalam-dalam.
Bertenang.
Akhirnya, saya membuat keputusan untuk menunggu
mereka sekitar 5 minit lagi. Jika tiada, saya akan berlari berkejar menuju
kereta.
Setiap mereka yang lalu di hadapan saya, saya
scan. Saya fokuskan mata hanya kepada dua warna. Merah dan turqoise. Ya. Itulah
warna baju yang dipakai kakak dan Isteri.
"Bukan. Bukan. Bukan. Tu pun bukan. Yang tu
pun bukan. Hahhh.. Sana, bukan jugak.."
Melilau saya mencari keduanya. Namun semuanya
hampa. Pabila saya ingin melangkah memulakan larian, seolah datang satu ilham,
mengarahkan saya untuk menoleh ke belakang sekali lagi. Dan ketika itulah, saya
ternampak susuk tubuh Isteri sedang termengah-mengah menolak stroller, bersama
kakak yang sedang relaks di dalamnya. Allah.. Syukur sangat pada-Mu ya Allah..
Saya segera mendapatkan mereka. Perasaan ego tadi
tu saya buang jauh-jauh, pergi bersama serpihan-serpihan masa yang berlalu.
Saya ambil stroller dari tangannya. Saya galas
handbag yang tersandang di bahunya. Saya pegang barang-barang yang dibimbitnya.
Lalu dia menyuakan straw air coffee latte ke mulut saya. Saya minum. Selepas
itu, kami berjalan bersama-sama dengan tangannya memaut erat lengan saya,
seolah tiada apa yang berlaku. Oh!! Bahagianya saya rasa..
Kami berjalan menuju ke bawah. Mencari kerusi
untuk berehat dan ruang legar untuk kakak bermain. Di situ juga kami makan roti
dan menghabiskan baki-baki air yang tersisa.
"Abang.. Jom balik.." Isteri saya
bersuara.
Saya masih diam. Tetapi hanya menjawab melalui
perbuatan. Saya dapatkan kakak dan letakkan dia kembali di stroller.
Saya tolak stroller menuju escalator. Isteri yang
mengikut di belakang, menyangka saya akan ke mesin auto untuk membuat
pembayaran. Tetapi ternyata, jangkaannya silap. Saya sebaliknya menolak
stroller untuk naik ke atas kembali.
"Jom, kita cari pampers new born
baby.."
Tengok. Perancangan Allah. Cantik Dia aturkan
semuanya. Saya yang tadinya dah tak sabar-sabar nak balik, kini menjadi orang
pertama nak beli pampers baby.
Saya redah masuk sekali lagi. Dan Alhamdulillah,
kami dapat beli 2 beg pampers dengan dapat diskaun lagi. Keluar tu, saya nampak
ada pertunjukkan Transfomers kat bawah. Saya bawa kakak ke sana. Dia happy.
Saya happy. Dan Isteri pun happy.
Selesai semuanya, barulah kami pulang.
Dalam kereta, Isteri dan anak tertidur keletihan.
Saya memandang sayu wajahnya. Dan dalam perlahan saya berkata..
"Maafkan Abang Sayang.. Maafkan Abang atas
'kekasaran' yang Abang lakukan tadi.."
Saya kucup tangannya.
Setelah traffic light bertukar hijau, laju saya
membawa keduanya bersama bahagia menuju destinasi cinta.
** Pesanan buat suami : Belajarlah mengawal
amarah terhadap isterimu. Lumrah isteri akalnya satu. Sekiranya amarah
menguasai diri, bertenanglah. Carilah masa seketika untuk berfikir dan
merungkai amarah itu.
Pesanan buat isteri : Belajarlah untuk memahami
suami. Andai ada rasa tidak senang tersimpan di hati, bertuturlah dengan suara
keibuan sejati.
Buat suami dan isteri : Andai berlakunya
pertelingkahan, elakkan bermasam muka berjam-jam lamanya. Ambillah masa untuk
menenangkan hati. Apabila sejuk kembali, sapalah pasangan dengan kemaafan dan
anggaplah tiada apa yang berlaku sebelumnya.
terharu saya..
ReplyDelete