Kisah Sebenar 4 Beradik Ditinggalkan Bersama RM70 Terbongkar -
Sibu: Empat kanak-kanak yang ditemui merayau-rayau di sebuah restoran di
Sibu Jaya petang Sabtu lalu difahamkan keluar dari rumah tanpa
kebenaran, bukannya dihalau ibu bapa angkat mereka sebagaimana yang
tersebar dan menjadi viral di laman sosial.
Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Mohd Kamal Kodri berkata, ibu
angkat mangsa berusia 32 tahun yang tinggal di Taman Kristal, di sini,
membuat laporan polis Ahad lalu memaklumkan empat anak angkatnya berusia
dua hingga tujuh tahun tiada di rumah.
Katanya, semua kanak-kanak itu ditinggalkan di rumah sebelum wanita
berkenaan keluar, tetapi sebaik pulang mendapati mereka tiada di rumah
dengan mangga kunci jeriji dipecahkan.
"Hasil siasatan awal bersama ibu angkat kanak-kanak itu, dia mengesahkan
tiga kanak-kanak berusia dua, enam dan tujuh tahun itu diambil sebagai
anak angkat daripada saudaranya pada awal tahun lalu, manakala seorang
lagi yang berusia tujuh tahun diambil sejak lahir.
"Wanita itu memaklumkan, ketika dia keluar, anak angkatnya ditinggalkan
di rumah dengan jeriji dikunci dengan mangga. Mereka ditinggalkan tanpa
penjaga, namun semua keperluan seperti makanan disediakan," katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
0 comments: