Kisah Aplikasi Android

Apabila melihat semakin banyak aplikasi baru yang dibangun kan.. hati terdetik bagaimana agak nya aplikasi ini dibangunkan? sememang nya kita lihat sekarang nie banyak kursus membina aplikasi android tetapi kekangan dengan harga yang agak mahal bukan.. Tetapi hasilnya apabila kita berjaya membina sesuatu aplikasi amat hebat.. apa tidak nya apabila aplikasi kita diguna kan oleh ribuan orang.. Disini saya serta kan sedikit pengetahuan berkenaan dengan android..

________________________________

Android, pasti tidak asing lagi bagi anda. Sebuah produk daripada Google yang telah menggugat pasaran telefon pintar yang dahulunya dimonopoli oleh Symbian dan Apple.
Android
Android World

Satu masa dahulu orang tidak pernah mempersoalkan OS yang diguna pakai dalam telefon bimbit, pada hari ini fenomena itu telah berubah. Pengguna tidak lagi memilih jenama telefon pintar sebagai pilihan pertama, tetapi menjadikan sistem operasi sebagai asas pemilihan.
Hasilnya, lebih ramai memilih untuk memiliki Android berbanding pilihan lain pada waktu ini hasil daripada konsep Opensource yang diketengahkan oleh Google bagi produk Androidnya. Dengan penguasaan Google dalam dunia internet, sekali lagi produk Android menjadi pilihan utama kepada pelayar internet molbile kerana mudah untuk mendapatkan maklumat melalui laman carian Google. Pelbagai inisiatif telah Google ketengahkan bagi membolehkan Android menjadi pilihan utama kepada pengguna seterusnya memaksa pengeluar telefon pintar menjadikan Android sebagai asas kepada sistem operasi telefon pintar mereka.
Pada hari ini, kebanyakkan telefon pintar dilengkapi dengan perisian operasi samaada iOS, Android mahupun BlackBerry. Dengan adanya teknologi Opensource, pembangunan aplikasi bagi ketiga-tiga sistem ini tidak lagi menjadi sesuatu yang sukar.
Selama ini pembangunan aplikasi telefon bimbit tidak menjadi keutamaan kepada pembangun aplikasi. Ini kerana variasi sistem operasi yang terlalu tinggi bagi telefon bimbit dalam pasaran pada waktu itu. Variasi ini menyukarkan pembangun aplikasi memastikan setiap pengguna berpeluang untuk memiliki aplikasi yang dibangunkan. Sekarang, dengan penambahbaikan teknologi serta perkembangan library semasa membolehkan hanya satu pengaturcaraan diguna pakai bagi semua jenis telefon pintar.
Android Application
Aplikasi Android

Faedah Pembangunan Aplikasi Android

Pembangunan aplikasi android atau mana-mana telefon pintar akan menghasilkan beberapa faedah utama kepada pengguna dan pembangun aplikasi tersebut.

Bagi pengguna:

1. Menjadikan telefon pintar sebagai sesuatu yang boleh saya istilahkan sebagai One Central Device.
Pengguna tidak lagi memerlukan pelbagai bentuk device untuk melengkapi keperluan seperti gaya hidup 5 tahun yang lalu. Sehinggakan sesetengah perkara yang selama ini memerlukan komputer atau notebook, boleh dilakukan hanya dengan sebuah telefon pintar. Yang lebih extream, ada sesetengah pengguna menjadikan telefon pintar sebagai nadi hidup mereka.
2. Memudahkan urusan harian
Walaupun adanya pelbagai bentuk dan kemudahan sedia ada dalam telefon pintar, namun manusia sentiasa mencari kesempurnaan dengan mendapatkan khidmat yang lebih spesifik. Pengguna sentiasa mencari jalan Shortcut untuk menyelesaikan sesuatu urusan harian sehinggalah membuat capaian-capaian rutin setiap hari. Dengan adanya pembangunan pelbagai aplikasi yang dibangunkan dengan fungsi yang lebih spesifik akan membantu pengguna dalam menguruskan urusan harian mereka melalui telefon pintar.
3. Sebagai Enabler Kepada Pengguna
Aplikasi android akan bertindak sebagai Enabler kepada pengguna yang masih menggunakan sistem manual dalam urusan harian atau pengguna yang menggunakan sistem lama yang tidak mampu lagi menampung keperluan semasa ICT. Dengan adanya aplikasi yang dibangunkan, membolehkan mereka menerokai pasaran baru di internet.

Bagi Pembangun Aplikasi:

1. Hasil Pendapatan
Dimana ada keperluan, maka disitu ada demand. Demand di sini bermaksud kemahuan bagi pengguna untuk mendapatkan khidmat untuk membangunkan aplikasi untuk mereka. Dimana ada demand, di situ ada perniagaan. Nah, inilah masanya.
2. Pengalaman
Perkara kedua yang penting adalah pengalaman. Pengalaman membangunkan aplikasi Android ini juga boleh ditukarkan kepada hasil pendapatan. Namun, pengalaman membangunkan aplikasi Android ini akan membawa anda kepada lebih banyak penemuan dan teknologi yang selama ini anda tidak pernah bayangkan.
3. Kepuasan Diri
Bayangkan sekiranya aplikasi yang anda bangunkan digunapakai oleh 100 000 pengguna? Hebat bukan? Kepuasan inilah yang diidamkan oleh sesetengah pembangun Aplikasi. Rasanya seperti menyampaikan ilmu kepada 100 000 orang.
_______________________________________


Ok.. sekarang sudah tahu bukan apa itu android? Cuba kita tengok di Gedung Aplikasi 'Google Play'
Pasti banyak aplikasi yang dicipta oleh syarikat swasta..

Saya tertarik dengan aplikasi ini yang dicipta untuk kegunaan harian bagi mengukur tahap spiritual kita terutama sekali untuk yang beragama islam.. That nice app!!! :D

Keterujaan apabila melihat pembangunnya adalah daripada penyelidikan IT Universiti Tempatan.. Maksudnya aplikasi ini dibangunkan dengan menggunakan Grant University.. Wahh Syabas! diucapkan kepada universiti tersebut.. Harap selepas ini makin banyak grant yang ditawarkan untuk pembangunan aplikasi bagi kegunaan manusia sejagat agar memberi seribu manfaat untuk semua..

Insya Allah..

Disini daya sertakan link dan screen shot berkenaan aplkasi berkenaan :



Insya allah sama2 kita support produk universiti tempatan.. :D 



0 comments: