Pasti ramai yang kagum melihat kejelitaan wajah Rozita Che Wan walaupun baru sahaja melahirkan anak perempuannya..Mana tidaknya, Che Ta kelihatan amat berseri-seri dengan senyuman manis. Rupa-rupanya Che Ta telah sempat bersolek dan bersiap sebelum melahirkan puteri sulung kesayangannya. (hehe)
Memang saya bersolek dan bersiap. Bukan sebab nak masuk TV, tapi ketika melahirkan dua anak sebelum ini pun saya buat perkara sama. Malah, kalau ke mana-mana sekali pun, saya pasti akan bersiap.
Saya memang nak bersalin normal. Malah doktor sendiri pun sarankan perkara sama sebab dua anak saya sebelum ini pun dilahirkan secara normal. Jadi tidak ada masalah untuk lakukan itu.Lahir sahaja anak dan ketika melihat wajahnya, saya rasa bersyukur dan gembira. Impian untuk memiliki anak perempuan dimakbulkan.Yang penting, ibu dan anak kedua-duanya selamat dan berada di dalam keadaan sihat sejahtera. Semoga Che Ta dan anaknya yang comel itu dapat keluar dari hospital dengan segera.
0 comments: