Kecerdasan emosi (emotional quotion- EQ)sesuatu yang sangat
penting dalam kehidupan berumah tangga. Kecerdasan emosi ditafsirkan sebagai
satu kemampuan pada diri seseorang untuk mengenali perasaan diri sendiri dan
orang lain.
Ia juga bermaksud kemampuan seseorang untuk mengolah
emosinya supaya memperoleh emosi yang yang memberi kesan baik kepada diri
sendiri dan orang lain.
Dalam erti kata lain, kecerdasan emosi merujuk kepada
kemampuan seseorang untuk mencerap, memakai, memahami dan mengelola emosinya
sendiri dan orang lain untuk mencapai tujuan membangunkan hubungan yang
produktif serta meraih kecemerlangan.
Berikut adalah beberapa tafsiran yang diberikan oleh
pensyarah Universiti Teknologi Malaysia UTM, Ustazah Norhafizah Musa, melalui
program Usrati yang bersiaran di IKIMfm, setiap Khamis jam 5.15 petang.
Amalan tasbih,
tahmid, takbir penawar kepayahan
Kisah pertemuan Saidina Ali dan Saidina Fatimah dengan
Rasulullah SAW, untuk mendapatkan pembantu menguruskan rumah tangga mereka,
Rasulullah SAW menitipkan amalan tasbih, tahmid dan takbir yang menjadi penawar
serta mampu mengurangkan kepayahan dialami puteri kesayangan itu. Amalan ucapan
puji-pujian kepada Allah SWT sebenarnya membabitkan elemen emosi dan spiritual iaitu pakej menuju
kebahagiaan jika diucapkan dengan ihklas atas nikmat dikurniakan kepada kita.
Banyakkan memuji Allah SWT, Insya allah kita membina kecerdasan emosi dengan
panduan Islam.
Ada 5 komponen dasar dalam elemen pendidikan kecerdasan
emosi dalam keluarga. Pertama, pengenalan diri kerana individu yang
mengenali dirinya akan mengetahui tanggungjawab, kelebihan , kekurangan serta
mampu memberi ketenangan emosi dan kebahagiaan kepada orang lain.
Rasulullah SAW bersabda : “Doa seorang Muslim untuk
saudaranya tanpa pengetahuannya adaalh mustajab, di atas kepalanya ada malaikat yang bertugas. Setiap
kali ia mendoakan untuk kebaikan saudaranya, malaikat yang bertugas itu berkata
amin dan bagimu sama seperti itu.” (Riwayat Muslim)
Mereka
yang memiliki kecerdasan emosi tidak mementingkan diri sendiri, malah apa
sahaja kebaikan untuk dirinya juga diharapkan kepada orang lain. Allah SWT akan
mengangkat nilai doa seperti itu bagai doa mustajab.
Komponen dasar dalam elemen pendidikan kecerdasan emosi yang
kedua ialah penguasaan diri sama ada suami, isteri, ibu, bapa atau anak. Mereka
yang mempunyai disiplin diri mampu mematuhi peraturan. Dalam rumah tangga,
wajar diwujudkan peraturan dan disiplin tertentu.
Contohnya, ada waktu yang ditetapkan untuk menonton
televisyen, makan di tempat yang sesuai dan lain- lain. Jika kita dapat
mematuhi peraturan, ini adalah petanda kita mampu untuk menguasai diri sendiri.
Sebagai seorang muslim, sudah tentu kita mahukan keluarga
yang taat kepada Allah SWT, mampu menahan diri daripada nafsu dan godaan
syaitan. Pada ketika ini, penguasaan diri berperanan untuk mengelakkan kita
terjebak gejala tidak baik.
Persediaan mental,
Spiritual
Usaha menguasai diri membabitkan persediaan mental dan
spiritual kerana adanya ikatan mantap dengan Allah SWT.Jika tiada ikatan dengan
tauhid, segala yang dilakukan hanya sia-sia, tetapi jika semua perkara
dikaitkan dengan Allah SWT, penguasaan diri individu lebih mudah.
Komponen dasar ketiga
dalam elemen pendidikan kecerdasan emosi ialah motivasi diri. Penting bagi setiap orang mempunyai motivasi diri,
tiada kebergantungan dengan orang lain, kerana ia mampu membawa diri kepada
perkara yang baik.
Menghadapi cabaran besar dalam rumah tangga mahupun
kehidupan, kita juga memerlukan penasihat peribadi supaya setiap tindakan yang
dilakukan lebih tepat, baik serta mendapat keredhaan Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud :”Sesungguhnya orang yang
beriman yang berkata tuhan kami adalah Allah SWT dan dia istiqamah, maka Allah
turunkan padanya malaikat yang membisikkan padanya, jangan takut, jangan sedih,
bergembiralah kamu dengan syurga yang dijanjikan oleh Allah dan Kami (Allah)
adalah pelindung kepada kehidupan kamu didunia dan akhirat”(Surah al Fussilat
ayat 30)
Mukmin Istiqamah,
taat terima dorongan baik
Ayat itu memberi kesan hebat kepada emosi, seolah-olah Allah SWT menawarkan
penasihat kepada kita. Mereka yang beristiqamah dan taat kepada Allah SWT akan
menerima dorongan yang baik untuk menyelesaikan permasalahan dalam kehidupan
serta rumah tangga.
Bersabar menghadapi kesulitan, malah mampu membalas
kejahatan dengan kebaikan. Inilah yang dikatakan kurniaan Allah SWT, barangkali
malaikat yang membisikkan kepada kita kata-kata yang baik, berserta ilmu
dipelajari. Ia adalah perkara yang sangat diperlukan dalam membantu menjalani
kehidupan yang lebih baik, maka jika dilihat dalam perspektif islam, jadilah
kita umat yang benar-benar meyakini Allah SWT, beriman dan patuh kepada Nya.
Maksud hadis rasulullah SAW, Allah SWT memberikan dunia ini
kepada orang yang Allah cintai dan orang yang Allah SWTtidak cintai. Tetapi
Allah SWT hanya memberikan ketaatan kepada orang yang Allah SWT cintai, tidak
kepada orang yang Allah SWT tidak cintai. Oleh itu, istiqamah dengan ketaatan
kepada Allah SWT membawa jaminan perlindungan daripada Nya dan akan dibekalkan
dengan motivasi diri yang tinggi.
0 comments: