Demam adalah perkara biasa yang dialami oleh
semua peringkat umur. Kebiasaannya demam ini menandakan antibodi tubuh sedang melawan virus yang menyerang tubuh. Janganlah
kita terlalu risau apabila anak demam. Allah sudah mencipta manusia dengan
sistem pertahanan tubuh yang terbaik berbanding sistem pertahanan ketenteraan
yang dicipta manusia.
Biasanya suhu tubuh akan meningkat supaya untuk
merencatkan penetasan telur-telus virus atau bakteria dari berevolusi dengan
sel-sel tubuh dan menjadikan sel-sel virus atau bakteria ini lebih kebal dan
kuat.
Kebiasaannya virus yang menyebabkan demam adalah selesema dan sangat sedikit kes yang melibatkan salur kencing pada
kanak-kanak. Jangkitan yang lebih serius adalah seperti meningtis tetapi kes
ini juga amat jarang berlaku. Selain itu juga, bayi juga boleh demam selepas
mendapat suntikan vaksin (biasanya dalam tempoh 3 hari hingga seminggu).
Suhu tubuh bayi dan kanak-kanak juga boleh
meningkat apabila dipakai pakaian atau selimut terlalu tebal. Apabila terlalu
lama berada di luar dan terdedah pada panas matahari dan juga pengudaraan yang
tidak baik dalam rumah juga mengakibatkan suhu tubuh bayi dan kanak-kanak
meningkat.
Suhu Demam dan Jenis Demam
Walaupun tidak perlu risau ketika anak demam,
ibu bapa harus terus memantau suhu demam anak dan berwaspada sekiranya ada
tanda-tanda lain yang bakal menyusul. Biasanya suhu diperiksa samaada melalui
ketiak ataupun telinga. Suhu demam dalam kawalan iaitu dibawah 37.3oC - 38.0oC
dikira demam biasa atau sedikit.
Sebaliknya apabila suhu bacaan demam
mencatatkan 38.0oC hingga 39.0oC adalah demam yang agak panas (tetapi
masih boleh dikawal) dan 40.0oC hingga 41.0oC darjah celcius adalah merupakan
demam tinggi dan perlu terus dirujuk ke hospital. Hati-hati, anak demam yang
tidak dipantau dan dikawal suhunya akan menyebabkan kesan sampingan seperti
sawan, kecacatan otak dan kancing gigi.
# Suhu Badan Normal => 36.7oC
# Suhu Demam
Biasa
=> Diperiksa melalui ketiak ialah dari 37.3oC
=> Diperiksa melalui oral ialah dari 37.8oC
=> Diperiksa melalui rektum ialah dari 38.3oC
# Suhu Demam Tinggi => 40.0oc - 41.0oC
(kes kecemasan dan perlu dirujuk ke hospital
pada kadar segera)
Rawatan untuk Menurunkan
Suhu Demam Anak
Apabila anda tahu anak anda demam, pertama
sekali jangan terus bawa ke klinik. Sebaliknya usaha turunkan suhunya secepat
mungkin. Kerana selalunya apabila sampai di klinik suhu badan anak biasa sudah
bertambah tinggi bacaannya dan adakalanya apabila mencapai 39.0oC-40.0oC doktor
akan terus masukkan ubat punggung (ubat demam yang diberikan melalui punggung).
- Mandikan anak dimulai dengan tapak kaki hingga ke ubun-ubun
- Lapkan (sponging) badan bayi atau anak dengan tuala
basah setiap masa.
- Letakkan tuala basah pada bahagian pelipat seperti di celah ketiak
dan belakang lutut. Tukarkan setiap 15 minit hingga setengah jam, bergantung
pada panasnya suhu anak anda
- Letakkan tuala basah pada dahi anak.
- Basahkan kepala anak selalu
- Bentangkan tuala kecil basah ke belakang anak untuk cepat
menormalkan suhu tubuh anak.
Lazimnya, mengikut petua orang tua-tua air
yang digunakan untuk lap/demah/tuam/jelum pada badan anak turut dicampur dengan
air ramasan bunga raya, asam jawa atau lidah buaya. Petua dari saya pula adalah
dengan mencampurkan sebesen air dengan beberapa titik Basic H.
Saya lebih suka guna Basic H kerana apabila
air yang dicampur dengan Basic H tidak akan membusuk selepas semalaman atau
seharian digunakan dan anak anda pun tidak berbau masam berbanding menggunakan
daun atau bunga raya. asam jawa dan lidah buaya. Demam pun cepat surut juga.
Merawat Demam Anak Di rumah
Bagi demam anak di bawah 38 darjah celcius
anda tidak perlu tergesa-gesa membawa anak ke klinik (bagi reda
demam, kemudian baru dapatkan nasihat pakar diklinik atau hospital). Apa yang
ibu bapa perlu buat selain "sponging" anak adalah:
- Berikan anak anda lebih banyak cecair air kosong sekiranya lebih
dua tahun. Jika masih bayi atau bawah setahun berikan anak anda susu ibu setiap
jam atau lebih kerap lagi
- Catatkan bacaan suhu menggunakan termometer setiap 2 jam dan
catatkan jika perlu.
- Buka semua pakaian anak (tutup dada dengan kain nipis apabila anak
tidur)
- Pasangkan kipas atau air-cond (bantu kawal suhu demam dengan lebih
baik)
- Pemberian air barli dapat membantu menurunkan demam
Berjumpa Doktor
Jika
ibu bapa tidak mampu menguruskan demam anak sendirian, anda perlu merujuk
kepada doktor untuk keadaan seperti:
- Demam melebihi 40.0oC yang tidak
surut selepas 2 jam rawatan dirumah diberikan
- Demam yang berterusan. Biasanya
berpunca dari virus seperti selesema yang akan menyebabkan suhu badan tinggi
sehingga 39.0oC atau lebih untuk jangka waktu yang pendek iaitu antara 12
hingga 24 jam
- Demam disertai dengan tanda-tanda
jangkitan bakteria yang lain, seperti muntah, cirit-birit, kembung perut dan
lain-lain
- Demam yang dikaitkan dengan
gejala yang mengganggu atau sukar dijelaskan.
Demam Bayi Bawah 3 Bulan
Ambil serius apabila bayi yang berumur bawah
3 bulan demam. Segera bawa bayi berjumpa doktor jika suhu badannya
lebih dari 38.0oC atau jika ibu bapa mengesyaki bayi kurang sihat. Semasa dalam
perjalanan dan menunggu giliran, pastikan bayi lebih kerap berikan susu ibu dan
duduk dalam kawasan yang ber air-cond untuk membantu menurunkan suhu demamnya
dan mengelakkan sawan. Jangan sesekali memberi ubat kepada bayi pada usia bawah
setahun tanpa meminta pandangan daripada doktor.
Risiko Demam Tinggi Menyebabkan Sawan
Suhu badan yang meningkat terlalu tinggi atau
terlalu cepat boleh menyebabkan sawan terjadi. Tambahan, ambil serius sekiranya
bayi mempunyai sejarah sawan, anda perlu membawanya berjumpa dengan doktor
setiap kali bayi anda demam.
Sekiranya anak anda mengalami sawan, pertama
sekali jangan panik. Kemudian baringkan dia di tempat yang selamat secara
mengiring (supaya dia tidak tercekik dan muntah dengan air liur sendiri) dan
cuba tenangkan anak anda. Jangan meletakkan sesuatu dalam mulutnya kerana boleh
menyebabkan kecederaan serius pada anak.
Tanda-Tanda Bahaya Demam Anak Yang Patut Ibu Bapa Awasi
Selain memantau suhu badan, anda juga perlu
memerhatikan kelakuan anak anda. Segeralah bawa anak berjumpa doktor sekiranya
kelakuan anak anda membimbangkan anda seperti:
- Enggan makan dan minum
- Meragam dan sukar ditenteramkan
- Kelihatan keliru
- Sukar bangun tidur dan lesu
- Sukar bernafas atau bernafas
lebih cepat dari biasa
- Mempunyai denyutan nadi yang
pantas ataupun lemah
- Masih kelihatan sakit walaupun
demamnya telah reda
- Ada ruam timbul di badannya
- Sakit kepala yang teruk
Muntah-muntah Demam berterusan lebih 24 jam hingga 48 jam
0 comments: