Hijabista - Zeta en Rawdah

Siapakah Zeta En Rawdah? Siapakah pemiliknya? Agak-agak kalau tengok pada nama boleh agak tak siapa pemiliknya? Shhhhh...kalau dah tau tu diam, diam dan diam...Muahahaha..Tetiba nak main teka-teki pula pagi-pagi ni kan? 

Sedikit mengenai Zeta En Rawdah... 

"Zeta en Rawdah a new addition under Padusi, is a collection of current, contemporary hijab. Zeta en Rawdah defined as Roses of Heaven; embody women of strong characteristics yet possess such feminine qualities.

Zeta en Rawdah is an illustration of its founder, Rozita Che Wan and Ayu Raudah. Thus, Zeta en Rawdah personifies a person of immaculate style and impeccable beauty who holds admirable persona and often regarded as successful individual in their society.

Therefore, this collection is ideal for women who crave chic and simple yet stylish ensemble in what they wear yeat seek for comfort for their clothing. Delicate workmanship, luxurious material and reasonable price, this collection is a 'must have' for all classy ladies out there. Follow #teamzeta for those who loves frills and elegance and #teamrawdah for those who prefers basic but classic." 

Sumber dari SINI
Iya pengasasnya adalah 2 beradik ini...yang tidak asing lagi serta dikenali ramai... Rozita Che Wan dan juga Ayu Raudhah. ^_^... Setakat ini, terdapat 2 koleksi yang telah mula dipasarkan. 

Sumber dari SINI

Sumber dari SINI

Koleksi Lace Grace dan juga Two Kingdoms... Yang saya tertarik itu adalah Two Kingdoms... yang dipakai oleh Ayu Raudhah... Two Kingdoms ni sebenarnya adalah merupakan "express shawl" ataupun "instant shawl"...Sekarang ni kan sana sini sinun semuanya "trending"...semuanya "express" semuanya "instant"... Ihiksss... Gambar secara lebih dekat yang saya berkenan tu... 

Sumber dari SINI
"Chic and simple yet stylish.. yesss!!!! I loike it...and that's me...I always like the concept..."...Heeee.... Rasanya mungkin baru di fasa awal pemasaran ni, sebab tu cuma terdapat 2 koleksi buat masa dan ketika ini...Dan pastinya akan ada banyak lagi koleksi-koleksi yang bakal menemui para "hijabsters" kan? Anda suka fesyen? Anda jenis yang "keep up" dengan peredaran fesyen semasa? Mencari sesuatu yang baru? Ingin mencuba sesuatu yang baru? Mungkin Zeta En Rawdah salah satu destinasi cuci cuci mata yang boleh anda pertimbangkan... Harga? Harga adalah merupakan harga mampu milik... Bermula dari RM 55.00 untuk kedua-dua koleksi yang ada pada waktu dan ketika ini... Oh ya, Two Kingdoms ni sangat berbaloi-baloi untuk dibeli ok? Sebab? Ianya adalah "2-blocking express shawl" yang boleh dipakai mengikut kesukaan diri sendiri... Kira beli 1 shawl macam ibarat dapat 2 shawl...Sebab, boleh pakai ikut warna yang kita suka...Main terbalik-terbalik jer... Sama ada nak pakai warna yang satu ni atau nak pakai warna lagi satu...Nak tengok lebih terperinci kenalah layan laman web rasmi Zeta en Rawdah, lepas tu barulah tau apa yang saya maksudkan...Kalau boleh gambarkan bagus!!! Ihikss... Macam saya berkenan di atas ni... jika terbalikkan jadinya... 

Sumber dari SINI
Untuk Maklumat Lanjut dan Lebih Terperinci:

Laman Web Rasmi:

Laman Instagram:

Suka tau ajak "uolss" cuci-cuci mata...Ihikss... Jom jom jom... #ehhh...Salam Ahad... 

0 comments:

Merancang kekayaan dan kesihatan

Mari kita recharge semangat kita dengan secebis artikal daripada Prof Muhaya. Saya kongsikan artikal ini yang dipetik daripada akhbar harian mingguan bertarikh 19 april 2015. Moga dengan semangat dan kata2 yang telah dicetuskan memberi inspirasi kepada kita semua agar lebih bersemangat di dunia dan di akhirat.. insya allah :D amin..

Orang yang hebat akan memilih pemikiran yang menguatkannya, tetapi orang yang lemah akan memilih pemikiran yang menjatuhkan semangat dan keyakinannya. Yakinlah dengan konsep pemikiran “Reset minda, iaitu ADA-BERI-DAPAT”. Konsep pemikiran ini merumuskan bahawa, kita hanya dapat apa yang kita fikir, rasa dan buat.

Kalau kita mendapat sesuatu peristiwa atau perkara yang tidak elok, maka hal ini bermakna kita telah melakukan sesuatu perkara yang tidak elok kepada orang lain.Dengan cara ini kita tidak akan mudah menyalahkan orang atau menyalahkan allah yang telah menetapkan takdir hidup kita.Tetapi, kita melihat kelemahan diri sendiri dan mencari kesilapan diri serta berfikir mengapa allah mengizinkan perkara yang tidak elok atau negative itu berlaku kepada kita?

Jika kita melakukan perkara yang negative kepada orang sekeliling, maka kita akan mendapat hasil kehidupan (4K = Ketenangan,Kebahagiaan,Kesihatan dan Kekayaan) yang negatif. Kita menjadi tidak tenang, tidak bahagia, dan mulalah kesihatan kita terganggu.Orang lebih suka dan bijak “merancang kekayaan”, daripada “merancang kesihatan”. Banyak orang sanggup membelanjakan wangnya untuk membeli barang kemas, tetapi tidak ramai yang mahu menggunakan wangnya, berbelanja untuk memperkemaskan kesihatan tubuhnya. Jom buat pelaburan ke atas diri sendiri untuk “merancang kesihatan”.
Apabila kita membeli barang, belilah barang yang bernilai bukan barang yang murah. Sebab apabila kita membeli barang yang murah tetapi tidak ada nilai, tidak berguna juga. Selalunya barang bernilai mahal harganya, tetapi memberikan impak dan kepuasan yang maksimum kepada penggunanya. Lima barang yang perlu dibeli dalam harga yang mahal keran kepentingan kualiti dan keutamaan untuk kesihatan.

Pertama, berus gigi - mesti membeli berus gigi yang mahal kerana untuk kesihatan dan kebersihan mulut, terutama bagi keselesaan ketika beribadah dan bersilaturahim. Mulut kita mestilah bersih kerana kita hendak menyebut kalimah Allah, sebab itu nabi suka kepada orang yang bersugi setiap kali berwuduk. Sesiapa yang menjaga kesihatan gusi akan terjaga kesihatan mulut dan kesihatan jantung.

Kedua, kasut – beli kasut untuk sihat bukan kasut untuk glamor, seperti kasut yang mempunyai tumit tinggi dan sebagainya. Kasut tinggi boleh merosakkan kesihatan.

Ketiga, tilam – beli tilam yang mahal untuk kesihatan tulang belakang, kerana kita perlu suasana tidur yang baik untuk memastikan tubuh kita sihat dan dirawat ketika tidur.

Keempat, bantal – kebanyakan kita tidak pernah menitik beratkan tentang kualit bantal, asal beralas kepala sahaja sudah cukup untuk kita tidur lena, terutama ketika badan terlalu letih. Belilah bantal mahal yang boleh kita gunakan dalam jangka masa yang lama dan selesa. Tidur yang puas, selesa dan teratur bagus untuk kesihatan.

Kelima, makanan kesihatan – laburkan duit untuk membeli makanan kesihatan. Walaupon, Nampak boros berbelanja, tetapi kita berhabis duit bukan untuk mennunjuk-nunjuk atau untuk perkara yang membazir, tetapi unutk kesihatan diri kita. Apabilakita sihat, kita boleh kuat bekerja menambahkan pendapatan dan mengumpul kekayaan. Niatkan peningkatan kesihatan juga untuk tambah tabah beribadah, dan janganlah kita berjimat atau kedekut untuk membelanjakan wang ringgit untuk kesejahteraan kesihatan kita.

Apakah perbezaan nya , jimat, kedekut dan boros? Apabila kita boros (menggunakan wang berbelanja berlebih-lebihan) untuk jalan Allah dan untuk manfaat diri seperti menjaga kesihatan diri itu tidak dinamakan boros. Tetapi, banyak berbelanja kepada perkara yang sia-sia itu adalah boros.

Bekalan

Kedekut pula bermaksud, berkira-kira hendak membelanjakan wang. Kedekut mempunyai pelbagai kategori, dan sikap ini tidak semestinya melibatkan wang ringgit sahaja. Ada orang yang sangat kedekut dengan masa, kerana menganggap masanya amat berharga, masa akan digunakan untuk perkara yang mendatangkan manfaat dan mendapat reda allah. Kalau ada orang hendak mengambil masa kita untuk perkara yang sia-sia, kita tidak akan tunaikan permintaan itu, kerana kita tidak mahu menjadi “manusia rugi”.

Penjimat pula, bererti kita sedang menjaga kualiti perbelanjaan kita. Menurut Kamus Dewan, penjimat itu seorang yang cermat, beringat-ingat, berhati-hati dan berhemat. Jom audit diri kita, kita berjimat unutk apa, kita kedekut kerana apa, dan kita boros sebab apa? Adakah semua yang kita lakukan itu, untuk bekalan kehidupan di dunia atau kehidupan di akhirat? Lebih baik kita berjimat untuk diri kita, iaitu kita hendak membeli barang yang mahal untuk kita, kita berasa sayang, tetapi kita lebih senang menggunakan duit itu untuk memberi atau bersedekah kepada orang. Iaitu kita tidak berjimat dan tidak kedekut, kita boros untuk memberikan manfaat kepada orang.

Sesugguhnya wang sebagai “alat” untuk kita mendapat manfaat dan memberikan manfaat kepada orang lain, serta menyambungkan silaturrahim. Dengan wang kita boleh bahagia membahagiakan diri kita dan orang yang di sekeliling kita. Semakin banyak keinginan, kita akan berasa lebih miskin apabila kita focus kepada apa yang kita tiada. Walaupun, gaji kita naik, kita tetap berasa tidak cukup, kerana keinginan keduniaan kita yang tidak terhad.Oleh sebab itu, tingkatkan nilai diri kita dengan keimanan dan kesyukuran.

Kalau kita banyak member kepada diri sendiri dan kurang memberi kepada orang lain, kita akan menjadi “orang yang buta akhirat”. Orang yang celik mata hati dan celik akhirat, dia tahu konsep, hak kita yang sebenarnya ialah hak yang kita beri kepada orang. Apa yang kita dapat sebenarnya apa yang kita beri kepada orang.

Apabila kita beri kepada orang, itulah yang akan menjadi pahala dan mata wang kita di akhirat nanti. Kemurahan hati, bermula dengan lima perkara, ia bermula dengan lima aspek utama dalam kehidupan manusia(emosi, fizikal, intelektual/minda, kewangan dan kerohanian) dan setiap manusia mempunyai kelebihan masing- masing.

Kita ini sentiasa berada dalam dua situasi. Pertama situasi, sama ada dipengaruhi atau mempengaruhi. Kedua, sama ada memberikan perhatian atau mencari perhatian. “Orang yang jernih” selalu mengatakan kita melakukan kehidupan . Tetapi, “Orang yang keladak”, akan mengatakan, kehidupan berlaku dan kita terpaksa menghadapinya. Dengan kekayaan kita boleh mewujudkan suasana, kita melakukan kehidupan dan akan menjadikan kekayaan itu sebagai “alat” untuk mengimarahkan kehidupan ini, untuk mendapat rahmat Allah SWT di dunia dan di akhirat. “Jom jaga diri, jaga akidah, ibadah dan akhlak.”

0 comments:

Vote Online Maklumbalas KWSP


Vote Online Maklumbalas KWSP 

Ini ada pengumuman sangat penting untuk semua pekerja di Malaysia yang mencarum di KWSP atau atau pun lebih mudah disebut singkatan dalam bahasa Inggeris iaitu EPF. Baru-baru ini menjadi isu hangat apabila KWSP membuat kenyataan bahawa umur pengeluaran wang KWSP pekerja di Malaysia akan dinaikkan dari 55 tahun ke 60 tahun. Rata-rata semua tidak bersetuju dengan cadangan ini. Jadi untuk memberi maklumbalas atau sokongan anda atau tidak menyokong usul ini satu undian online telah dibuat. Jadi mari kita semua Vote Online Maklumbalas KWSP ini supaya had umur pengeluaran wang KWSP kekal pada usia 55 tahun.

Tetapi harus diingat bahawa setelah diteliti KWSP sebenarnya tidak lah menjadikan had umur 60 tahun tersebut sebagai mandatori. Sebaliknya pencarum semua diberi pilihan sama ada memilih umur pengeluaran pada 55 tahun atau 60 tahun.

Jadi kepada semua pencarum cepat-cepat ke pejabat KWSP atau layari website KWSP untuk mendapatkan info lengkap tentang perkara ini.

Jangan lupa untuk Vote Online Maklumbalas KWSP supaya kita dapat tahu dan menjawab dengan jelas apa sebenarnya tujuan cadangan yang dibuat oleh pihak KWSP. Pencarum KWSP juga dipohon supaya mengaktifkan akaun KWSP online. KWSP online dikenali sebagai i-akaun

Untuk Vote Online Maklumbalas KWSP  sila ke SINI.

0 comments:

Nikah Khitbah BUKAN Sejenis Pernikahan?




Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah S.W.T, Pemilik alam keseluruhannya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W, Rasul-Nya dan penutup para nabi Allah.

Mukadimah
Kebelakangan ini, sering ternampak di laman-laman sosial, laman-laman tarbiah, blog dan bermacam medium maklumat artikel berkaitan Nikah Gantung atau lebih dikenali oleh masyarakat zaman kini sebagai Nikah Khitbah. Namun sepanjang pemerhatian saya mengenai Nikah Khitbah ini, jarang saya temukan artikel yang membicarakan secara terperinci mengenai perbahasan hukum di sebalik ‘Nikah Khitbah’.
 Istilah ‘Nikah Khitbah’ terdiri daripada dua perkataan, iaitu Nikah dan Khitbah. Nikahsepertimana yang kita semua sedia maklum secara umumnya ialah menghimpunkan seorang lelaki dan seorang wanita di dalam satu ikatan atau akad yang syarie. Manakala ‘Khitbah’ secara umumnya pula merujuk kepada pertunangan. Timbulnya penamaan ini kerana adat orang Arab di negara Jordán khususnya mengistilahkan perkahwinan dengan akad tanpa walimah sebagai ‘Khitbah’. Dan pernikahan seperti ini tidak silap saya terkenal di kalangan orang Melayu sebagai nikah gantung. WaAllahua3lam.

Nikah Khitbah BUKAN Sejenis Pernikahan?
Ya! Mari kita jadikan artikel ini sedikit santai. Nikah Khitbah bukanlah sejenis pernikahan. Tidak seperti Nikah Misyar yang menggugurkan beberapa hak isteri dengan kerelaan isteri, Nikah Mutaah yang berasaskan kontrak, Nikah Syighar yang digugurkan daripadanya syarat akad yang sahih seperti pengguguran mahar atau jenis-jenis pernikahan yang lain.
Adapun Nikah Khitbah ini sebenarnya ialah sebahagian fasa daripada perkahwinan biasa. Perkahwinan dengan akad yang sahih serta cukup syarat-syaratnya. Ringkasnya, Nikah Khitbahini ialah satu istilah yang dinamakan (di-itlak-kan) kepada fasa pertama perkahwinan. Fasa pertama perkahwinan?

 Fasa-Fasa Perkahwinan


Fasa perkahwinan ini saya mulakan daripada termeterainya akad perkahwinan. Andaikan perkahwinan ini seperti seutas tali. Hamparkan dan tandakan kepada 3 bahagian. Mula, tengah dan penghujung. Mula ialah akad, tengah ialah nafkah, manakala akhir letakkan syurga sebagai doa [insyaAllah]. Setelah dibahagikan begini, akan terdapat 2 bahagian. Bahagian pertama ialah antara akad dan nafkah (iaitu mula dan tengah), dan bahagian kedua ialah nafkah dan syurga (tengah dan penghujung). Bahagian pertama saya namakan sebagai Fasa Pertama, dan bahagian kedua saya namakan Fasa Kedua. Pada Fasa Pertama inilah yang dinamakan oleh sebahagian besar kita sebagai Nikah Khitbah ataupun nikah gantung.

 Kenapa Perlu Berfasa-fasa Pula?

Mungkin ada tertanya kenapa perlu di asingkan kewajiban nafkah daripada akad. Bukankah dengan berlakunya akad, maka nafkah pun menjadi wajib ke atas suami? Dalam satu pendapat fiqh yang bermazhab zohiri, ya.1
Tetapi, ulama’  mazhab yang  empat telah meletakkan beberapa syarat yang mesti dipenuhi sebelum kewajiban nafkah itu beralih kepada suami. Ini berdalilkan perbuatan Rasulullah S.A.W. selepas Baginda mengahwini Saidatina Aisyah R.A.. Baginda tidak menafkahi Saidatina Aisyah dengan kewajiban nafkah ini sehingga berlalu beberapa tahun usia perkahwinan Baginda dan Saidatina Aisyah.2 Iaitu selepas Baginda mendatangi Saidatina Aisyah R.A. serta saidatina berpindah untuk tinggal bersama Baginda, Rasulullah S.A.W ketika berusia 9 tahun.

Selain itu, antara faktor yang menyebabkan ulama’ meletakkan syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk berpindah nya kewajiban nafkah itu ke atas suami ialah permasalahan Nusyuz. Kerana nafkah itu digugurkan dengan sebab berlakunya nusyuz, sedangkan ketika ini akad masih lagi wujud antara suami dan isteri. Maka dengan itu, akad dan nafkah dipisahkan. Dalam erti kata lain, sempurnanya akad tidak lagi mewajibkan nafkah.

Syarat Wajib Nafkah

 Saya kira, para pembaca telah jelas mengenai dua fasa pernikahan yang telah saya nyatakan di atas. Dalam beberapa pembacaan yang saya lakukan, saya temukan beberapa pecahan yang membincangkan pendapat ulama’ mazhab dalam permasalahan ini. Saya akan dahulukan penerangan yang dibawakan dalam kitab Fiqh Sunah – Sayid Sabiq – dalam permasalahan ini, kemudian diikuti pecahan yang saya dapati dalam kitab Mausu3h Al-Fiqhiyah Al-Kuwaitiyah. InsyaAllah.
Dalam kitab Fiqh Sunah, pengarang meletakkan 5 syarat yang mesti dilengkapi, disempurnakan untuk diwajibkan nafkah;
1     Mestilah akad nikah itu akad yang sahih.
2    Suami mampu untuk berseronok dengan isteri. Mestilah suami dan isteri itu dari ahli istimta’.
3    Isteri mestilah menyerahkan dirinya kepada suaminya.
4    Isteri menahan dirinya dari berpindah, mengikut apa yang dikehendaki suami. Melainkan, suami menginginkan keburukan kepada isteri dengan perpindahan itu.

Berkata lagi pengarang; Jika tidak lengkap satu syarat daripada syarat-syarat ini, maka nafkah itu tidak wajib.3 WaAllahua3lam.
Seterusnya dinyatakan dalam Kitab Mausu3ah Fiqhiyah Al-Kuwaityah bahawa ulama’ telah berselisih pendapat dalam menyatakan sebab-sebab wajib nafkah ke atas isteri oleh suami. Adakah diwajibkan dengan akad semata ataupun akad bersama tamkin dan penyerahan yang sempurna? Padanya tiga pendapat dan dijelaskan pendapat kebanyakan ahli fiqh – jumhur fuqaha – Hanafiah, Syafiyah dan Hanabilah ialah;
1.      Mestilah seorang wanita yang dewasa atau mampu untuk didatangi.
2.      Hendaklah isteri menyerahkan dirinya kepada suaminya bila-bila masa yang diminta. Melainkan kerana uzur syarie. – Penyerahan yang sempurna, tamkin tam-
3.      Mestilah nikah itu sahih bukan fasad –tidak sah, yakni tidak sempurna-

Kemudian dijelaskan beberapa perkara seperti berikut:
Anak perempuan muda yang tidak mampu untuk didatangi, maka tiada nafkah padanya.
 Dan jumhur ulama’ tidak mensyaratkan baligh ke atas suami sebagai syarat wajib ke atasnya nafkah. Bahkan diwajibkan ke atas anak lelaki muda nafkah kepada isterinya ketika sempurna syarat-syarat yang telah disebutkan.4 WaAllahua3lam.

 Tamkin : ialah penyerahan diri secara sempurna, sama ada dengan menyerahkan dirinya atau dengan menzahirkan kesediaan untuk menyerahkan dirinya kepada suaminya di mana dia (isteri) tidak menghalang ketika diminta oleh suami. Sama ada didatangi suaminya atau tidak. Dan sama ada isteri mahupun walinya yang meminta untuk bersama atau tidak.5 Manakala dalam syarah yang lain dinyatakan tamkin, yakni penyerahan mestilah sempurna. Dan tidak dikira akan ia jika penyerahan itu berlaku semalaman sahaja (tidak sempurna), atau di tempat tertentu. Maka tiada nafkah ke atasnya.6

 Ringkasan dan Kesimpulan

Secara keseluruhannya, dapat dinyatakan bahawa Nikah Khitbah ini adalah sebahagian daripada proses pernikahan yang biasa dilakukan. Cuma kurang difahami secara umum, kerana kebanyakan daripada kita menganggap dengan berlakunya akad antara lelaki dan wali perempuan, maka diwajibkan bersama ia nafkah isteri ke atas suami. Dan permasalahan ini sebenarnya telah dibincangkan oleh ulama’ terdahulu, cuma tidak dikhususkan istilah seperti yang dilakukan pada zaman ini, melalui istilah Nikah Khitbah. Namun perlu diingatkan, semasa proses akad, mahar adalah diwajibkan. Kerana ia adalah hak harta isteri yang wajib kepada isterinya2-7 semasa proses akad (dengan beberapa penjelasan). Nafkah pula menurut ulama’ mazhab memerlukan kepada beberapa syarat yang mesti dipenuhi sebelum menjadi wajib ke atas suami.

 Penutup

Artikel ini tidaklah membincangkan secara keseluruhan mengenai permasalahan ini, lebih tertumpu kepada syarat-syarat wajib nafkah. Secara ringkas. Segala kekurangan dalam artikel ini amatlah dikesali. Sebarang teguran boleh diajukan terus kepada saya, insya-Allah. Moga dengan artikel terdapat sedikit sebanyak manfaat bersama. WaAllahua3lam.

Wan Syafirdaus Hariz bin Wan Badarudin
 Tahun 2 Ijazah Pengajian Islam,
Universiti Sidi Mohamed Ben Abdellah, Fes, Morocco.


Rujukan:

1.     Fiqh As-Sunah, Sheikh Sayid Sabiq, Dar Al-Hadis Kaherah, Bab Az-Zawaj, Fasal Nafkah, m/s  588. 
2.      Al-Mausu3ah Al-Fiqhiyah Al-Kuwaitiyah, Wizarah Auqaf wa As-Shu-un Al-Islamiyah Kuwait, Huruf An-Nun, Fasal Nafkah, Jilid 41, m/s 37, As-Syamila.
3.      Fiqh As-Sunah, Sayid Sabiq, Dar Al-Hadis Kaherah, Bab Az-Zawaj, Fasal Nafkah, m/s  586
4.      Al-Mausu3ah Al-Fiqhiyah Al-Kuwaitiyah, Wizarah Auqaf wa As-Shu-un Al-Islamiyah Kuwait, Huruf An-Nun, Fasal Nafkah, Jilid 41, m/s 38, As-Syamila.
5.      Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, Syeikh Wahbah Al-Zuhaili, Dar Al-Fikr, Jilid 10, Bahagian 6, Bab 3, Fasal 5, m/s 7374, As-Syamila
6.      Hashiyah Al-Bujairami 3la Al-Minhaj, Sheikh Sulaiman ibn Muhammad Al-Bujairami As-Syafie, Kitab Nafakat, Jilid 14, m/s 110, As-Syamila.

7.      Fiqh As-Sunah, Sheikh Sayid Sabiq, Dar Al-Hadis Kaherah, Bab Az-Zawaj, Fasal Hak-Hak Perkahwinan, m/s  578



0 comments:

4 Cara Menjemput Jodoh Dengan Yakin oleh Ustaz Yusuf Mansur

menjemput jodoh
Menjemput jodoh memerlukan usaha
Artikel ini membantu individu bujang yang ingin dan sedang menjemput jodoh. Ia adalah artikel yang saya tulis semula daripada menonton video Cara Cepat Dapat Jodoh Dengan Yakin oleh Ustaz Yusuf Mansur dalam rancangan Wasata Hati.
Adakalanya kita tidak mempunyai impian dan keinginan yang dirancang. Bahasa lain, design our destiny.
Kita melalui hidup kita ibarat kapal yang bersauh di suatu perhentian tanpa hala tuju. Tiada matlamat utama yang ingin dicapai.
Apabila Allah beri kehidupan yang tidak kita inginkan, kita marah kepada Allah. Kita salahkan Allah, “Kenapa Kau beri aku begini?”
Sedangkan kita tidak sedar bahawa kita kedekut berdoa. Kedekut untuk meminta kehidupan yang bagaimana kita impikan.
Ada pepatah,
“Jika kamu gagal merancang, beerti kamu merancang untuk gagal.”

3 Sebab Mengapa Tiada Impian

  1. Terlalu kuat bekerja
  2. Kesibukan
  3. Mempunyai jadual yang padat
… sehingga lupa umur semakin meningkat ke arah umur 40 tahun. Sebaiknya kita tidak menjadi kapal  yang bersauh tanpa destinasi.
Penting ada pencapaian yang ingin dicapai, seperti menggunakan konsep Stepping Stone, iaitu susunan batu yang semakin menaik. Tiap langkah ada pencapaian yang semakin meningkat. Ia diadaptasi seperti dalam sebuah hadis.
“Sesungguhnya orang yang paling berjaya adalah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam, dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Justeru penting adakan impian dan pencapaian yang kita ingin capai, supaya kita sentiasa menjadikan hari kita lebih baik daripada semalam. Insya-Allah.

Perkara Yang Menolak Jodoh

Antaranya adalah kurang yakin dan bersangka buruk kepada Allah. Andai sekarang kita sudah berumur 40 tahun, jangan merendahkan keyakinan sendiri dengan berkata,
“Aku sudah berumur 40 tahun, mana mungkin dapat yang berumur 30 tahun.”
Tidak mustahil dapat yang umur 25 tahun.
“Aku sudah berumur 39 tahun, mana mungkin dapat jodoh pada umur ini.” 
Tahun itu belum berakhir, justeru jangan buruk sangka pada Allah bahawa Dia tidak akan temukan jodoh kita walau sudah berusia 39 tahun. Sekali lagi – yakin.
Hatta The Beast pun dapat The Beast, pasti insya-Allah The Beauty akan dapat The Beautynya. Yakin.

Akad Nikah – Waktu Mustajab Doa
Ustaz Yusuf Mansur berkongsi, antara waktu mustajab untuk berdoa adalah ketika upacara akad nikah. Malaikat berada di majlis semulia itu yang insya-Allah akan memudahkan doa-doa yang dibaca ketika itu dimakbulkan dengan mudah.

Proses Menyeru Jodoh – Kisah Mak Dan Anak
Dalam proses menyeru jodoh, ada tertibnya.
  1. Banyakkan berdoa
  2. Perhatikan tanda-tanda Allah – selepas berdoa, perhatikan tanda-tanda Allah. Barangkali Allah memberikan sesuatu setelah kita berdoa
  3. Sedekah untuk tingkatkan potensi pemakbulan
  4. Lalui moment itu – go with the flow

Berdasarkan kisah benar di Indonesia.
Seorang anak perempuan sudah berumur 35 tahun, masih belum mendapatkan jodohnya. Justeru, suatu hari mak mengajak anaknya itu untuk berdoa. Mereka bangun malam dan sama-sama berdoa supaya anak perempuan itu mendapat jodohnya.
Tiap kali solat mereka berdoa, hatta pada solat Dhuha. Selepas 7 hari mengamalkannya, ada surat jemputan reunion datang ke rumah mereka. Apabila si mak khabarkan kepada anak perempuannya, kelihatan anaknya itu malas.
Si mak cuba memujuk dengan mengatakan, ada kemungkinan jodohnya di situ. Mungkin ia adalah tanda-tanda Allah memakbulkan doa mereka dengan sampainya surat jemputan reunion itu di rumah mereka.
Anak perempuannya tersedar dan bersetuju untuk pergi. Seterusnya mereka terus berwuduk dan berdoa. Mereka berterima kasih kepada Allah kerana mungkin surat reunion itu adalah antara tanda-Nya bagi doa mereka. Tidak cukup dengan itu, mak dan anak itu bersedekah dengan apa yang ada pada mereka.
Antara barang yang mereka sedekahkan adalah cincin, untuk meningkatkan pemakbulan doa mereka kepada Allah.
Si anak perempuan mula menelefon kawan-kawannya. Majoriti kawannya tidak datang ke reunion itu. Kemudian, anaknya itu datang ke reunion itu. Ketika anaknya datang ke reunion, tiada satu pun kawan-kawan sebatch dengannya, datang pada hari itu.
Suatu ketika, ada seorang lelaki menegurnya. Selepas berbual, rupa-rupanya lelaki itu juga tiada kawan-kawannya yang datang, yang dia kenal. Beberapa minit mereka berbual, tiba-tiba ada seorang budak lelaki datang kepada lelaki itu.
Perempuan itu mula rasa kecewa. Kemudian, perempuan itu bertanya, kepada lelaki itu – daripada tadi hanya nampak anak, isterinya di mana? Lelaki itu menjawab, isterinya telah meninggal. Perempuan itu mula tersenyum. Si perempuan bertanyakan bila isterinya meninggal.
Si lelaki menjawab sudah 2 tahun. Selepas itu, perempuan meluahkan dia juga masih belum berkahwin. Mereka berkawan selama 3 bulan, dan seterusnya bernikah.

 4 Proses Menjemput Jodoh

Syarat utama adalah kita yakin Allah akan berikan kita pasangan. Ia ada dalam firman Allah,
“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” (Surah Yaasin: 36)

  1. Banyakkan berdoa
Antara yang menghijab kita daripada bertemu jodoh adalah kurang berdoa. Berdoa untuk jodoh yang soleh dan dibimbing Allah menjadi jodoh yang solehah walau daripada kecil. Adakalanya pemakbulan doa itu mengambil masa. Justeru, penting berdoa sejak kecil.
Berdoa tiap kali selepas solat. Disarankan berdoa bersama ibu bapa dan keluarga, supaya energi doa itu menjadi lebih kuat dengan izin Allah.
Sebaiknya tiap kali berdoa, beristighfar terlebih dahulu, selawat kemudian nyatakan doa secara spesifik.

  1. Kenali tanda-tanda Allah
Daripada kisah di atas, selepas 7 hari mereke berdoa, ada surat jemputan yang datang ke rumah mereka. Ia berkemungkinan besar adalah salah satu tanda-tanda Allah untuk memakbulkan doa kita.
Justeru, selepas berdoa penting peka dengan tanda-tanda yang Allah. Walau sekecil zarah pun, syukuri atas tiap-tiap tanda Allah itu walau kelihatan remeh.

  1. Sedekah untuk tingkatkan potensi pemakbulan
Walau tanda-tanda Allah sudah mereka dapat, mereka tetap bersedekah untuk meningkatkan potensi pemakbulan doa. Supaya anak perempuan itu mendapat jodohnya.

  1. Lalui situasi itu
Setelah berdoa, kenali tanda-tanda Allah, dan sedekah, lalui situasi itu. Seperti kisah di atas, anak perempuan itu pergi sahaja ke reunion itu walau tiada kawan-kawan yang sebatch dengannya yang datang.
Dengan doa, dia bertemu jodohnya di situ. Dia berkawan dengan lelaki yang ditemui di reunion itu, dan alhamdulillah selepas 3 bulan, mereka bernikah.
*****
Begitulah saranan Ustaz Yusuf Mansur dalam penjemput jodoh. Insya-Allah apabila mengamalkan 4 perkara di atas, ada sesuatu yang akan terjadi. Allah tidak akan pernah mengecewakan hamba yang mengangkat tangan berdoa kepada-Nya.

0 comments:

Cara Remove Virus Shortcut

Cara Remove Virus Shortcut

1) Scan pendrive anda terlebih dahulu.
2) Taip  folder option di ruangan Search dan Enter.

3) Klik Organize dan Folder and search options.

4) Klik View. Tandakan pada Show hidden files,folders and drived. Untick pada kotak Hide extensions dan Hide protected . klikApply.


5) Buka pendrive tadi dan biarkan ia terbuka.
6) Taip  cmd di ruangan Search dan Enter.

7) Taip attrib -h -r -s /s /d f:\*.* dan Enter.
(f adalah lokasi pendrive anda. Jika lokasi pendrive adalah E,taip E.
Tunggu sehingga command second muncul. Apabila telah muncul, pendrive anda telah siap dibersihkan dan tidak menjadi shorcut lagi.

8) Jangan lupa untuk restore defaults semula setting tadi. Okay , dah selesai.

Atau cara lebih mudah menggunakan software Shortcut Virus Remover. Software ini hendaklah di install di pc atau laptop anda. Berikut adalah capaian untuk muat turun software tersebut.

1) Setelah memuat turun sofware tersebut, buka file .exe dan klik Pendrive.




0 comments:

Puasa Qadha

Puasa Qadha adalah menggantikan puasa wajib yang telah ditinggalkan sama ada disengajakan mahupun tidak tanpa keuzuran. Puasa yang ditinggalkan wajib digantikan sebanyak hari yang ditinggalkan.
Allah SWT. dalam firman-Nya: “…Maka wajiblah dia berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari yang lain…” (Surah al-Baqarah, ayat 184).

Puasa ganti wajib dilakukan sekiranya seseorang itu membatalkan puasa Ramadhan, sama ada dengan sengaja ataupun tak sengaja. Namun, ada beberapa keadaan yang tidak mewajibkan untuk qadha puasa seperti orang yang baru masuk Islam, maka tak wajib mengganti puasa yang ditinggalkan semasa beliau masih kafir.. begitu juga seorang yang baru akil baligh, maka tak wajib mengganti puasa yang ditinggalkan masa belum baligh dsb.

Wajib menyegerakan puasa qadha yang ditinggalkan tanpa uzur dan haram melakukan puasa sunat termasuk puasa enam, selagi belum diqadha puasa yang ditinggalkan.

Puasa qadha boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada hari diharamkan berpuasa. Ia wajib disegerakan sebelum masuk Ramadhan yang baru. Jika qadha puasa hendak dikerjakan pada Syawal ia boleh dilakukan selepas 1 Syawal (Hari Raya Aidil Fitri).

Ibadat wajib jika ditinggalkan wajar diqadhakan segera sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri terhadap Allah. Sunat menyegerakan qadha puasa secara berturut-turut. Puasa qadha ini hendaklah dilakukan mengikut rukun dan syarat-syarat sebagaimana puasa biasa.


 Wajib Qadha Puasa Sahaja
Orang yang meninggalkan puasa wajib dan mesti mengqadhakan puasanya sahaja ialah:
  1. Terlupa berniat.
  2. Sakit yang membahayakan.
  3. Pitam, pengsan, gila atau mabuk.
  4. Perempuan yang datang haid atau nifas.
  5. Sengaja berbuka atau jimak (bagi isteri saja).
  6. Ibu mengandung yang bimbangkan kesihatan dirinya.
  7. Menyusukan anak dan bimbang menjejaskan kesihatan sendiri.
  8. Orang yang berkerja berat sepanjang bulan puasa.
  9. Tersangat lapar dan dahaga yang membahayakan.
  10. Orang yang kembali dari bermusafir.
  11. Murtad.

Seseorang yang uzur syarie berterusan, seperti masih musafir atau sakitnya berterusan hingga tiada ruang mengqadhakan puasanya, diharuskan melewat qadha atas bilangan hari yang ditinggalkan sehingga ia sihat dan tenang serta tidak wajib membayar fidyah sekalipun telah melangkau beberapa Ramadhan.

Firman Allah Ta’ala :
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui.” (Surah Al-Baqarah Ayat 184)


Waktu Berniat Puasa Qadha
Waktu berniat puasa ganti ini adalah sama dengan waktu puasa Ramadhan iaitu pada waktu malam dan berakhir ketika masuk Subuh. Kalau berniat selepas Subuh, maka tidak sah puasa ganti itu. Keadaannya sama macam puasa Ramadhan.. cuma bezanya, kalau berjimak waktu puasa ganti tu, tidaklah dikenakan kifarah.


NIAT PUASA QADA
Niat merupakan keinginan untuk melakukan sesuatu ibadat, dan letaknya di hati. Jika anda berkeinginan melakukan qadha puasa sebelum menjelang fajar, maka itulah yang dikatakan niat. Ini sudah memadai dan tidak perlu melakukan lafaz niat.
Niat puasa ganti adalah lintasan hati nak berpuasa qadha esok hari kerana Allah Taala. Maka termasuk di situ sunat bersahur, sama macam puasa Ramadhan.. bezanya cuma pada niat.
Niat itu tidak semestinya menuntut kepada satu lafaz yang khusus, namun bagi meyakinkan diri dan memantapkan niat bolehlah dibaca lafaz niat menggantikan puasa di bawah.


 LEWAT QADA
1. Sekiranya terlewat mengqadha puasa Ramadan, tanpa uzur syarie hingga tiba bulan Ramadhan tahun yang berikutnya, maka;
a.  Wajib mengqadha puasa mengikut bilangan hari yang tertinggal.
b.  Dan wajib membayar fidyah berupa secupak makanan asasi bagi satu hari
puasa yang ditinggalkan.

2.  Jika terlewat sehingga memasuki dua kali Ramadhan maka dendanya ditambah secupak lagi menjadikan dua cupak (2 fidyah) untuk 1 hari yang ditinggalkan, jika memasuki Ramadhan ketiga, menjadi 3 cupak dendanya dan begitulah untuk tahun-tahun seterusnya, di samping wajib mengqada puasa mengikut bilangan hari yang tertinggal sahaja.

3.  Sekiranya berasa ragu-ragu dengan bilangan puasa yang ditinggalkan, kiralah pada bilangan yang maksima kerana dalam beramal biarlah kita berbuat lebih. Jangan lakukan cukup makan saja, sebab setiap amalan yang kita laksanakan semuanya mendatangkan kebaikan dan manfaat.


 QADHA PUASA WAJIB DAN SUNAT SERENTAK
Sesetengah ulama menjelaskan bahawa pahala puasa sunat diperolehi juga dengan niat seseorang yang berpuasa qadha atau berpuasa nazar. Seseorang yang melakukan sesuatu yang wajib pada waktu yang disunatkan, maka dengan sendirinya melayakkan seseorang itu mendapat pahala sunat.

1.  Puasa Qadha Dan Puasa 6
Melakukan puasa qadha yang hukumnya wajib boleh dilakukan pada bila-bila masa sebelum sampai Ramadhan tahun akan datang. Jika dilakukan dalam Syawal yang kebetulan ada fadilatnya, Allah SWT. akan memberikan lebih ganjaran kepadanya kerana mengambil fadilat dalam bulan berkenaan yang disunatkan berpuasa.
Bagi mereka yang diharuskan meninggalkan puasa Ramadhan kerana masalah keuzuran, sunat mengerjakan puasa enam walaupun masih mempunyai qadha. Keuzuran dibenarkan oleh syarak adalah seperti:
  1. Orang dalam perjalanan (musafir)
  2. Orang sakit
  3. Perempuan yang nifas
  4. Perempuan yang haid

Saidatina Aisyah berkata: “Dulu kami haid pada zaman Rasulullah SAW. Maka, kami diperintahkan mengqada puasa dan tidak diperintahkan mengqadha solat.”
Wanita yang kedatangan haid pada bulan Ramadhan, boleh mengqadhakan puasa di samping mendapat pahala puasa sunat enam Syawal. Caranya ialah dengan berniat bagi kedua-duanya iaitu puasa qada dan sunat dengan tujuan bagi mendapatkan ganjaran serentak (iaitu ganjaran puasa qadha dan sunat).
Orang yang luput keseluruhan puasa Ramadhan selama sebulan kerana keuzuran yang diharuskan oleh syarak, jika dia mengerjakan puasa qadha pada Syawal, disunatkan (mustahab) ke atasnya mengqadha puasa enam itu dalam Zulkaedah.

Orang yang meninggalkan puasa Ramadhan dengan sengaja atau tanpa keuzuran, mereka diharam mengerjakan puasa enam pada Syawal kerana mereka diwajibkan menyegerakan qadha terlebih dahulu.
.
2.  Qadha Serentak
Mereka yang ketinggalan puasa Ramadhan kerana keuzuran yang dibenarkan syarak, harus mengqadha puasa Ramadhan serentak dengan puasa enam pada Syawal, namun begitu adalah lebih utama mengqadha dahulu sebelum melakukan puasa sunat.

Bagi keuzuran yang dibenarkan syarak, orang itu boleh melakukan qadha puasa Ramadhan sekali gus dengan puasa enam dalam bulan Syawal. Hal ini sama seperti orang yang berniat puasa wajib sama ada puasa qadha atau puasa nazar atau puasa kifarah, pada hari-hari yang disunatkan berpuasa seperti hari Arafah atau pada hari Isnin dan Khamis atau hari ‘Asyura dan puasa sunat lain seumpamanya.

Dalam menunaikan puasa itu, jika dia berniat kedua-duanya sekali iaitu puasa qadha dan sunat seperti puasa hari Arafah atau puasa lain, maka dia akan mendapat ganjaran bagi puasa sunat dan wajib itu. Tetapi jika dia berniat hanya bagi puasa sunat atau puasa wajib, maka dia hanya akan mendapat pahala bagi puasa yang diniat itu sekalipun ia dilakukan pada hari yang bertepatan antara puasa wajib dan puasa sunat itu.

Ibnu Hajar Al-Haitami dalam fatwanya menjelaskan mengenai orang yang berniat puasa sunat bersama puasa wajib, katanya: “Jika diniatkan kedua-duanya (puasa sunat dan pusat wajib) dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau diniatkan salah satu maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjarannya.”

Walaupun menyatukan puasa qadha dengan puasa enam itu diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya, ganjarannya tidaklah menyamai ganjaran pahala seperti yang disebut dalam hadis di atas.


Bagaimanapun, sikap menyegerakan qadha puasa itu sikap terpuji dan dituntut oleh syarak. Ini kerana ganjaran dan pahala ibadat itu hanya Allah yang menilai dan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka.

0 comments: