InfoGrafik : Doa Solat Dhuha


0 comments:

InfoGrafik : Aurat


0 comments:

InfoGrafik : otak





2 comments:

Menilai Kesihatan Diri

Informasi ini berguna untuk panduan anda semua .......
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-
1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung tersumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii) Bersin :
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
 

3. BATUK
i). Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii). Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii). Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar. 

4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering : Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat  besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin. 

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan. 

8. KULIT Berpeluh :
i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
ii) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan. 

9. RUAM DAN BISUL : 
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
 

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : 
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
 

11. KULIT PECAH DAN BERAIR :
 Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
 

12. RAMBUT GUGUR :
 Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
 

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a) Sakit sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan  tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
 
b) Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar. 
c) Kebas Tangan Kiri dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian  lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku. 
d) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar. 
e) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama. 
f) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin. 
g) Rasa Panas di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin. 
h) Gatal di Celah-celah Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot). 

14. TANDA-TANDA DALAMAN
a) Kepala.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak. 
b) Pening / Sakit di Bahagian Depan Kepala.
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
c) Pening / Sakit di Bahagian Belakang Kepala.
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
 
d) Sakit Kepala dan Rasa Gas Keluar dari Telinga : Menandakan penyakit migrain. 
e) Bisul Terjadi di Kepala
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan  dengan penyakit migrain.
 
f) Rasa Pening yang Memusing : Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar. 

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
a) Loya / Muntah . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) Muntah Darah
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
 

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung. 

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . 
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
 

18. KENCING
a) Kerap Kencing : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) Air Kencing yang Berkapur :  Menunjukkan penyakit batu karang dalam   buah pinggang.
c) Air Kencing yang Berminyak : Menunjukkan buah pinggang  mengandungi kotoran berlemak.
d) Air Kencing Pekat yang Berwarna Coklat : Menandakan  proses pembuangan  toksin sedang berlaku.
e) Air Kencing Berdarah : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka. 

19. BUANG AIR BESAR
a) Cirit Birit / Kerap Buang Air Besar : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.
b) Sembelit : Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) Najis Berdarah
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) Najis Berwarna Hitam : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku. 

20. BADAN
a) Rasa Sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) Badan Terasa Berat / Malas / Lenguh : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan sedang berlaku.
c) Badan Terasa Panas : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) Badan Terasa Ringan : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku. 

21. RASA TAKUT MENGEJUT 
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
 

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi. 

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah. 

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i)   Sistem jantung yang lemah.
ii)   Sistem saraf otak yang lemah.
iii)   Masalah pengaliran darah.
 

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

0 comments:

Kuasa Mata Air

Hi allzz
Ehmm detik nie nk share pasal mata air dari tasik yg masin..ahaks.. bila translate begini la maksudnyer.. senang difahami.. info nie dikongsi oleh sahabat saya.. muka nya sangat cantik.. licin dan gebu.. saya Tanya apa rasia nya.. so dia beritahu just amalkan mende nie je.. dia rawat daripada dalaman.. wahh..
Saya baru cuba dalam seminggu.. ok juga :D.. badan rasa ringan je.. kalu nk alami sendiri bagaimana kehebatan nyer kuasa mata air nie.. haa cuba laa.. kalu nk tahu lebih lanjut boleh email di ctnuranis@gmail.com..
So mari kita selami apakah mata air dari tasik yg masin niee.. hapy surfing :D

Dulu dikenali dengan nama TM1 Trace Mineral Drops, kini CMD (Concentrated Mineral Drop) kini dalam pek baru. 
Concentrated Mineral Drops – Titisan air dari Mata Air Great Salt Lake. Tasik ni berada 1000KM jauh dari bandar.. Tiada pencemaran, di kelilingi gunung. Air hanya masuk tapi tak mengalir keluar. Begitu hebat ciptaan Allah. Air dari tasik ini lah yang berkhasiat untuk kita gunakan dan amalkan dalam kehidupan seharian kerana ianya kaya dengan mineral makro dan mikro yang pekat. Air tasik ini diekstrak dan disejat secara solar dan ditapis dan di pasteur secara semulajadi. 




Concentrace Mineral Drops meningkatkan pH alkali badan anda :
1.  Menyediakan trace mineral lengkap untuk keperluan badan anda dengan lebih
     260 mg Magnesium bagi setiap 20 titis.
2.  Meningkatkan pH badan dengan meneutralkan lebihan asid di dalam cecair badan
     dan tisu, menukarkannya menjadi garam dan kemudiannya memboloskan garam
     itu keluar daripada badan melalui air kencing.
3.  Membantu menyerap nutrien dalam makanan dan mengalkali pH badan.
4.  Mengubah struktur molekul air untuk memaksimumkan kuasa menghidratkan dan
     menembusi setiap sel dalam badan anda.
5.  Menjadikan air rasa lebih menyegarkan, rasa sedikit manis dan bermineral.




Fungsi Concentrace Mineral Drops Dalam Tubuh Badan
1.  Membersih
     * Darah - sistem peredaran darah yang sihat. Mencegah kolesterol tinggi, darah
        tinggi dan tekanan darah rendah.
     * Usus - menyihatkan sistem pembuangan serta mencegah masalah sembelit,
        buasir, barah usus atau kolon, najis berdarah
2.  Membina
     * Komponen Asas Badan - enzim, sel darah, hormon dan vitamin diperlukan semua
        sistem badan. Mencegah beguk, kencing manis dan ketidakhadaman.
     * Tulang, Sendi dan Gigi yang kuat - mencegah masalah tulang (artritis,
        reumatisme, gout, osteoporosis.
     * Rambut dan Kulit Yang Cantik - tiada lagi masalah kulit, alahan, gatal, ruam atau
        rambut rontok dan kering.
3.  Menguatkan
     * Sistem Badan - menguatkan sistem bio-elektrik, penghadaman dan ketahanan
        badan. Apabila sistem badan kuat, pasti badan dapat mencegah penyakit.
     * Mengatasi Stres - (tekanan) mencegah masalah buah pinggang, jantung dan
        paru-paru (lelah, bronkitis dan resdung). Kesihatan badan lebih stabil untuk
        mengatasi stres.
4.  Menggiatkan
     * Prestasi Badan - melakukan apa jua aktiviti dengan lebih stamina & kurang letih.
     * Refleks Mental & Fizikal - penerimaan pengetahuan lebih baik, tidak kira usia.
        Bagus untuk IQ mereka yang sedang belajar.
     * Penyerapan Nutrien & Supplemen Lain - semua makanan harian dan supplemen
        lain (seperti vitamin, royal jelly, aloe vera) diserap dengan lebih baik.





Cara Pengambilan :-
Kanak-kanak @ Remaja : 1 titis bagi setiap 2 kg berat badan. Dewasa : 40 titis secara
konsisten setiap hari (10 titis pagi, 10 titis tengahari, 10 titis petang dan 10 titis malam).
Sebaiknya diambil selepas makan. Boleh campurkan ke dalam segala jenis minuman.
Boleh ditambahkan ke dalam masakan

Testimoni








0 comments:

Pesan Roh Kepada Manusia

  Pesan Roh Kepada Manusia 

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.


Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yati m dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.


Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".


Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".


Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan mence rita kan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.


Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."


Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.


Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.


Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yati m dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yati m dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majl! i! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah da! n cintanya kepada AllahS..W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.


Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-


1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.


2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.


3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.


4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.


5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.


6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.


7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."


Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-


1. Orang-orang yang mati syahid.


2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.


3. Orang berpuasa di hari Arafah.


Sekian untuk ingatan kita bersama.


Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

0 comments:

Prophet Muhammad


Prophet Muhammad (S.A.W)

What a year was 570 AD
A person was born, a prophet to be
Muhammed (saws) that was his name
People were misguided and thats when he came
He would go on to leave all the idols behind
He is an example to all of mankind

Rabbi al Awwal the 12th, that was the day
He came to this world to show us the way
He was born in Mecca, the holiest place
A life full of challenges he was to face
Abdullah (ra) his father, had by then passed away
Leaving Amina (ra) his mother, in her arms he lay

Haalima Sadia, took over his care
Until he was six, our prophet was there
His mother then died, he was left all alone
Abdul Muttalib (ra) his grand-dad then made him his own
When our prophet was nine, his grandfather died
Abu Talib, his uncle, became his new guide

In his 20's, a merchant Muhammed (saws) became by trade
Al-Amin, (the trustworthy) became his grade
Hazrat Khadija (ra) aged 40, became his bride
He was 25, with her by his side
To the poor,she gave away all her wealth
A dedicated wife in sickness and health

360 idols in the Kaaba, they were at that time
Our prophet realised that this was a crime
He would go to mount Hira,leaving behind his wife
Reflecting and wondering about the meaning of life

While thinking there in the midst of the night
He heard a loud voice which filled him with fright
It was the angel Gibrail(as) who asked him to read
Our prophet couldn't and didnt take heed
The angel embraced him and then asked him later
Read, Read in the name of the Creator
Who created man from a drop of blood

Our prophet couldn't read but at that time he could
Our prophet rushed to the path straight ahead
He heard a voice from the heavens which said
Muhammed (saws) truly you are the messenger of God
Muhammed (saws) was scared and thought this quite odd
'Praise be to God' his wife said instead
''I know you've been chosen as God's messenger' she said
And thus Khadija (ra) became the first woman of islam

And over the next 23 years came the revelation, the Quran
He preached to all people, every creed every race
Yet so many hardships he had to face
There were fears for his life, then the Hijrat took place
He then entered Medina, all by Allah's grace
He was greeted by the Ansaris who gave their salaam
To him and his companians,the Sahaba ikram

Then came the battles, which were fought face to face
Then the conquest of Mecca, Muhammed (saws)'s birthplace
An Nasr was revealed, it's message was clear
Muhammed (saws) knew that his time was near
Everyone gathered to hear his last speech
little did they know how far Allah's message would reach

Muhammed (saws) gave us the miracle the Quran
And now a 1/4 of the world follow Islam
He is our role-model, the best of mankind
And has left the Quran and his Sunnah behind

Read the Quran as much as you can
The words of Allah (swt) for the guidance of man
And follow our prophet's sunnah, when eating and dressing
And send him salutations and many a blessing
He came to mankind to show us the way
And Insha-Allah, we'll meet him, we'll meet him one day





0 comments: