Star Trek kini di China


Bangunan ibu pejabat baharu syarikat milik Liu yang sama bentuknya dengan Starship Enterprise, US Sains Fiksyen Movie Series Star Trek.

Liu Dejian mungkin tidak berpeluang berlakon dalam filem popular Star Trek. Mungkin juga dia tak berpeluang ‘menaiki’ Starship Enterprise – ‘kapal angkasa’ yang digunakan dalam filem tersebut.
Namun kerana dia kaya raya, Liu Dejian berjaya memenuhi minatnya terhadap kapal angkasa itu dengan membina Starship Enterprisenya sendiri.
Liu Dejian, perintis kepada pembangunan Syarikat NetDragonWebsoft,adalah peminat filem Star Trek.

Kini Starship Enterprise yang luasnya kira-kira sama dengan tiga padang bola itu tersergam megah di Wilayah Fujian, China. Bangunan itu mengambil masa empat tahun untuk disiapkan dengan konsep rekaan dalamannya juga seperti Starship Enterprise.
Apa yang lebih menarik Liu turut melengkapkan pejabatnya itu dengan pelbagai permainan berasaskan internet serta sebuah pawagam.
Replika Starship Entersprise yang sebenar.

Ia mengambil masa 4 tahun, sejak oktober 2010 hingga oktober 2014. $160 million untuk bina 260m(pjng) x 100m(lebar) serta 6 tingkat.

NetDragon adalah syarikat pembangunan Game
pembinaan bangunaan yang mengambil masa selama 4 tahun untuk siap

bangunan HQ syarikat beliau yang diinspirasikan daripada USS Enterprise

Ruang pejabat yang lengkap telah dibina oleh perintis NetDragon Websoft’s, Liu Dejian
Bangunan yang dilengkapi dengan 3 padang bola dengan kos 1 billion yuan (HK $1.27 billion). Dengan bercirikan slide logam daripada tingkat 3 hingga tingkat bawah sekali serta pintu slide yang automatik  diantara ruang kerja.

Portal People Daily Online melaporkan, Liu yang merupakan peminat tegar Star Trek membelanjakan lebih RM600 juta bagi membina ibu pejabat baharu syarikatnya dengan menggunakan model Starship Enterprise.
Liu, 43, adalah pemilik syarikat penyedia perkhidmatan internet paling popular di China dan kekayaannya dianggarkan lebih RM 2.1 bilion. Dia juga merupakan antara orang pertama yang membangunkan game internet di China.




0 comments:

Kecerdasan Emosi rangsang kehidupan lebih positif

Kecerdasan emosi (emotional quotion- EQ)sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan berumah tangga. Kecerdasan emosi ditafsirkan sebagai satu kemampuan pada diri seseorang untuk mengenali perasaan diri sendiri dan orang lain.
Ia juga bermaksud kemampuan seseorang untuk mengolah emosinya supaya memperoleh emosi yang yang memberi kesan baik kepada diri sendiri dan orang lain.
Dalam erti kata lain, kecerdasan emosi merujuk kepada kemampuan seseorang untuk mencerap, memakai, memahami dan mengelola emosinya sendiri dan orang lain untuk mencapai tujuan membangunkan hubungan yang produktif serta meraih kecemerlangan.
Berikut adalah beberapa tafsiran yang diberikan oleh pensyarah Universiti Teknologi Malaysia UTM, Ustazah Norhafizah Musa, melalui program Usrati yang bersiaran di IKIMfm, setiap Khamis jam 5.15 petang.
Amalan tasbih, tahmid, takbir penawar kepayahan
Kisah pertemuan Saidina Ali dan Saidina Fatimah dengan Rasulullah SAW, untuk mendapatkan pembantu menguruskan rumah tangga mereka, Rasulullah SAW menitipkan amalan tasbih, tahmid dan takbir yang menjadi penawar serta mampu mengurangkan kepayahan dialami puteri kesayangan itu. Amalan ucapan puji-pujian kepada Allah SWT sebenarnya membabitkan elemen  emosi dan spiritual iaitu pakej menuju kebahagiaan jika diucapkan dengan ihklas atas nikmat dikurniakan kepada kita. Banyakkan memuji Allah SWT, Insya allah kita membina kecerdasan emosi dengan panduan Islam.
Ada 5 komponen dasar dalam elemen pendidikan kecerdasan emosi dalam keluarga. Pertama, pengenalan diri kerana individu yang mengenali dirinya akan mengetahui tanggungjawab, kelebihan , kekurangan serta mampu memberi ketenangan emosi dan kebahagiaan kepada orang lain.
Rasulullah SAW bersabda : “Doa seorang Muslim untuk saudaranya tanpa pengetahuannya adaalh mustajab, di atas  kepalanya ada malaikat yang bertugas. Setiap kali ia mendoakan untuk kebaikan saudaranya, malaikat yang bertugas itu berkata amin dan bagimu sama seperti itu.” (Riwayat Muslim)
   Mereka yang memiliki kecerdasan emosi tidak mementingkan diri sendiri, malah apa sahaja kebaikan untuk dirinya juga diharapkan kepada orang lain. Allah SWT akan mengangkat nilai doa seperti itu bagai doa mustajab.
Komponen dasar dalam elemen pendidikan kecerdasan emosi yang kedua ialah penguasaan diri sama ada suami, isteri, ibu, bapa atau anak. Mereka yang mempunyai disiplin diri mampu mematuhi peraturan. Dalam rumah tangga, wajar diwujudkan peraturan dan disiplin tertentu.
Contohnya, ada waktu yang ditetapkan untuk menonton televisyen, makan di tempat yang sesuai dan lain- lain. Jika kita dapat mematuhi peraturan, ini adalah petanda kita mampu untuk menguasai diri sendiri.
Sebagai seorang muslim, sudah tentu kita mahukan keluarga yang taat kepada Allah SWT, mampu menahan diri daripada nafsu dan godaan syaitan. Pada ketika ini, penguasaan diri berperanan untuk mengelakkan kita terjebak gejala tidak baik.
Persediaan mental, Spiritual
Usaha menguasai diri membabitkan persediaan mental dan spiritual kerana adanya ikatan mantap dengan Allah SWT.Jika tiada ikatan dengan tauhid, segala yang dilakukan hanya sia-sia, tetapi jika semua perkara dikaitkan dengan Allah SWT, penguasaan diri individu lebih mudah.
Komponen dasar ketiga dalam elemen pendidikan kecerdasan emosi ialah motivasi diri. Penting bagi setiap orang mempunyai motivasi diri, tiada kebergantungan dengan orang lain, kerana ia mampu membawa diri kepada perkara yang baik.
Menghadapi cabaran besar dalam rumah tangga mahupun kehidupan, kita juga memerlukan penasihat peribadi supaya setiap tindakan yang dilakukan lebih tepat, baik serta mendapat keredhaan Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud :”Sesungguhnya orang yang beriman yang berkata tuhan kami adalah Allah SWT dan dia istiqamah, maka Allah turunkan padanya malaikat yang membisikkan padanya, jangan takut, jangan sedih, bergembiralah kamu dengan syurga yang dijanjikan oleh Allah dan Kami (Allah) adalah pelindung kepada kehidupan kamu didunia dan akhirat”(Surah al Fussilat ayat 30)
Mukmin Istiqamah, taat terima dorongan baik
Ayat itu memberi kesan hebat kepada  emosi, seolah-olah Allah SWT menawarkan penasihat kepada kita. Mereka yang beristiqamah dan taat kepada Allah SWT akan menerima dorongan yang baik untuk menyelesaikan permasalahan dalam kehidupan serta rumah tangga.
Bersabar menghadapi kesulitan, malah mampu membalas kejahatan dengan kebaikan. Inilah yang dikatakan kurniaan Allah SWT, barangkali malaikat yang membisikkan kepada kita kata-kata yang baik, berserta ilmu dipelajari. Ia adalah perkara yang sangat diperlukan dalam membantu menjalani kehidupan yang lebih baik, maka jika dilihat dalam perspektif islam, jadilah kita umat yang benar-benar meyakini Allah SWT, beriman dan patuh kepada Nya.

Maksud hadis rasulullah SAW, Allah SWT memberikan dunia ini kepada orang yang Allah cintai dan orang yang Allah SWTtidak cintai. Tetapi Allah SWT hanya memberikan ketaatan kepada orang yang Allah SWT cintai, tidak kepada orang yang Allah SWT tidak cintai. Oleh itu, istiqamah dengan ketaatan kepada Allah SWT membawa jaminan perlindungan daripada Nya dan akan dibekalkan dengan motivasi diri yang tinggi.

0 comments:

Selawat

.
‘Selawat’ (صلوات) adalah jamak dari kalimat solat bererti doa atau seruan kepada Allah SWT. Di segi bahasa pula, selawat bermaksud mendoakan atau memohon berkat kepada Allah SWT dan melimpahkan Rahmat-Nya untuk Nabi dengan ucapan, kenyataan dan pengharapan, semoga beliau (Nabi) sentiasa sejahtera (beruntung, tak kurang suatu apapun, keadaannya tetap baik dan sihat).
.
Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW juga bermaksud memperbesarkan, mengagungkan, menambahkan kehormatan dan kepujian serta mendukung perjuangannya yang mulia, di samping melahirkan rasa syukur sebagai penyampai utusan-Nya yang menjadi rahmat seluruh alam, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah.
Nabi Muhammad SAW bersabda;  “Doa seseorang itu akan terawang-awangan dan tidak diangkat ke langit selagi yang berdoa itu tidak berselawat kepadaku.”
.
.
Mengucap Salam Kepada Nabi
Salam pula bererti damai, sejahtera, aman sentosa dan selamat. Jadi ketika seseorang muslim membaca selawat untuk Nabi, bermaksud ia mendoakan Baginda SAW semoga tetap damai, sejahtera, aman sentosa dan selalu mendapatkan keselamatan.
a. Allah SWT memberi salam kepada setiap orang yang memberi salam kepada Nabi SAW.
Rasulullah SAW telah bersabda: “Saya berjumpa Jibril, maka dia berkata: ‘Sesungguhnya saya memberi khabar gembira kepadamu bahwa sesungguhnya Allah Ta’ala telah berfirman: ‘Sesiapa memberi salam kepadamu, maka Aku memberi salam kepadanya dan sesiapa membaca selawat untukmu, maka Aku membaca selawat untuknya ‘.”
b. Mengucap salam kepada Nabi SAW, lebih utama daripada memerdekakan budak.
Abu Bakar As-Siddiq r.a. berkata: “Membaca selawat untuk Nabi itu boleh menghapuskan dosa-dosa, seperti air sejuk memadamkan api, dan salam kepada Nabi itu lebih utama daripada memerdekakan budak”. Nabi SAW., Bersabda: “Sesiapa membaca selawat untuk ku satu kali, maka dia menjadi tidak berdosa walaupun sebesar atom dan biji sawi.”
c. Sesiapa yang membaca salam untuk Nabi 100 kali setiap hari, akan dikabulkan oleh Allah 100 hajat. 30 diberikan di dunia dan 70 diberikan di akhirat.
Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala mempunyai tujuh puluh malaikat yang selalu berjalan di muka bumi serta menyampaikan kepadaku salam dari umatku. Maka, apabila ada seseorang dari umatku membaca selawat untukku seratus kali dalam sehari, maka Allah Ta’ala akan akan mengabulkan seratus macam hajatnya, tujuh puluh diberikan diakhirat dan tiga puluh di dunia.”
.
.
Keutamaan dan Kebesaran Selawat
Setiap umat Islam berkewajipan mengasihi atau mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW. Bukti seseorang itu berbuat demikian ialah dengan mengerjakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah salah satu bukti kecintaan seseorang itu kepada Allah dan Rasulullah SAW.
Selawat kepada Nabi Muhammad SAW merupakan ibadah yang mulia dan terpuji. la mengandungi berbagai-bagai kelebihan dan keistimewaan bagi mendapatkan pertolongan dan perlindungan dari Nabi Muhammad SAW serta memperolehi ganjaran yang besar dari Allah di hari akhirat kelak.
“Sesiapa yang berselawat kepadaku (Muhammad SAW) satu kali saja, maka aku akan berselawat kepadanya sepuluh kali”
.
.
Hukum berselawat
Hukum berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah wajib ketika:
1.  Mengerjakan solat.
2.  Membaca Tasyahud (tahiyyat).
3.  Membaca Tasyahud kedua / tahiyyat akhir.
4.  Setiap kali menyebut, mendengar atau menulis nama Nabi Muhammad SAW, ganti namanya atau pangkat kerasulan dan kenabian Baginda SAW.
 .
.
Arahan Membaca Selawat
Dalam semua perintah mengerjakan ibadat, Allah SWT menyuruh hamba-Nya beribadat. Allah sendiri memulakan selawat ke atas Nabi, diikuti malaikat kemudian dianjurkan kepada Muslimin mengamalkannya. Ini bermakna membaca selawat itu lebih utama.
.
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi(1). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya(2).”  (Surah Al-Ahzab: 56).
Nota; (1) Berselawat ertinya: kalau dari Allah bererti memberi rahmat: dari malaikat bererti meminta keampunan dan kalau dari orang-orang yang beriman bererti berdoa supaya diberi rahmat seperti dengan perkataan: Allahuma shalli ala Muhammad. (2) dengan mengucapkan perkataan seperti: Assalamu’alaika ayyuhan nabi ertinya: semoga keselamatan tercurah kepadamu hai Nabi.
.
.
Membaca Selawat
Lafaznya selawat ke atas Nabi SAW, cukup mudah, tidak mengambil masa yang panjang. Sebagai tanda kasihnya Allah kepada umatnya supaya mampu mengerjakan amal mulia dan memperoleh ganjaran daripadanya.
1. Membaca Selawat harus disertai dengan niat dan dengan sikap hormat kepada Nabi. Orang yang membaca selawat untuk Nabi hendaklah disertai dengan niat dan rasa cinta kepada Nabi dengan tujuan untuk memuliakan dan menghormati Baginda.
Dalam penjelasan hadis (akhbar al-hadis) disebutkan bahawa apabila seseorang membaca selawat tidak disertai dengan niat dan perasaan hormat kepada Nabi, maka timbangannya tidak lebih, hanya berat sekadar sehelai bulu sayap.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sahnya amal itu tergantung niatnya”.
.
Ada tiga perkara yang timbangannya tidak lebih berat dari pada selembar bulu sayap, iaitu:
  1. Solat yang tidak disertai dengan tunduk dan khusyuk.
  2. Zikir dengan tidak sedar. Allah SWT tidak akan menerima amal orang yang hatinya tidak sedar.
  3. Membaca Selawat untuk Nabi Muhammad SAW tidak disertai dengan niat dan rasa hormat.
Rasulullah SAW bersabda: “Dan kalau kamu membaca selawat, maka bacalah dengan penuh penghormatan untuk ku.”
.
2. Membaca selawat bertujuan untuk mencintai dan memuliakan Rasulullah SAW. Siti Aisyah ra. berkata: “Sesiapa cinta kepada Allah Taala, maka dia banyak menyebutnya dan hasilnya ialah Allah akan mengingati dia, juga memberi rahmat dan keampunan kepadanya, serta memasukkannya ke syurga bersama para Nabi dan para wali. Dan Allah memberi kehormatan juga kepadanya dengan melihat keindahan-Nya. Dan sesiapa cinta kepada Rasulullah SAW maka hendaklah ia banyak membaca selawat untuk Nabi SAW, dan hasilnya ialah ia akan mendapat syafaat dan akan bersama Rasulullah SAW di syurga.”
.
Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca selawat untukku kerana memuliakan, maka Allah Ta’ala menciptakan dari kalimat (selawat) itu satu malaikat yang mempunyai dua sayap, yang satu di timur dan satu lagi di barat. Sedangkan kedua-dua kakinya di bawah bumi sedangkan lehernya memanjang sampai ke Arasy. Allah Ta’ala berfirman kepadanya: “Bacalah selawat untuk hamba-Ku, sebagaimana dia telah membaca selawat untuk Nabi-Ku. Maka Malaikat pun membaca selawat untuknya sampai hari kiamat.”
.
.
Cara Membaca Selawat
Disunatkan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW:
  1. Menggunakan kata-kata beradab dan sopan,
  2. Menzahirkan sifat kemuliaan Nabi Muhammad SAW, keagungan darjat, kehormatan dan kebaikkan budi serta jasa Rasulullah SAW.
  3. Paling afdal, berselawat seperti ketika tahiyyat dalam solat.
.

Allaahumma shalli ‘alaa Muhammadin wa’alaa aali Muhammadin, kamaa shallaita ‘alaa Ibraahim wa’alaa aali Ibrahim, wa baarik ‘alaa Muhammadin wa’alaa aali Muhammadin,, kama baarakta ‘alaa Ibrahiima wa’alaa aali Ibraahima, fil ‘aalamiina innaka hamiidun majiid.
.
.
Jenis-Jenis Selawat
Terdapat berbagai jenis selawat susunan para ulama dan antara lafaz selawat yang baik diamalkan adalah:
1)     Selawat Ibrahimiyah.
2)     Selawat Tafrijiyah.
3)     Selawat Munjiyah
4)     Selawat Ummi
5)     Selawat Fatih
6)     Selawat Syifa’.
7)     Selawat Syafaat.
8)     Selawat Badriyah
9)     Selawat kebajikan.
10) Selawat menolak kecelakaan.
11) Selawat untuk Nabi SAW dan keluarganya.
.
.
Bencana Tidak Berselawat
Mereka yang tidak berselawat adalah orang yang paling kedekut dan akan;
  1. Dijauhkan dari rahmat Allah.
  2. Mendapat kehinaan yang memalukan.
  3. Setiasa mengalami kerugian dan penyesalan.
  4. Termasuk kalangan yang mendapat kesusahan.
  5. Mengalami kebingungan di hari kiamat.
  6. Mengalami kesukaran di Padang Mahsyar.
  7. Menjadi ahli neraka.
Nabi Muhammad SAW. Bersabda“Doa seseorang itu akan terawang-awangan dan tidak diangkat ke langit selagi yang berdoa itu tidak berselawat kepadaku.”
.
.
Waktu Afdal Berselawat
Masa paling afdal dituntut berselawat
  1. Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.
  2. Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
  3. Sesudah tasyahud wuduk, sebelum membaca doa.
  4. Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
  5. Di akhir qunut dalam solat.
  6. Di dalam solat jenazah.
  7. Di antara takbir solat hari raya.
  8. Ketika masuk dan keluar dari masjid.
  9. Setiap waktu pagi dan petang.
  10. Hari Khamis malam Jumaat,
  11. Sepanjang hari Jumaat,
  12. Ketika telinga berdesing.
  13. Ketika terlupa sesuatu perkara.
  14. Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan.
  15. Ketika memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting.
  16. Masa menghadiri  tempat perhimpunan yang baik.
  17. Waktu meninggalkan sesuatu majlis.
  18. Ketika berziarah di makam Rasulullah SAW.
.
.
Fadilat Berselawat
  1. Allah limpahkan rahmat berkali ganda.
  2. Allah menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
  3. Menghilangkan kesusahan dan meluaskan rezeki.
  4. Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
  5. Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.
  6. Terselamat daripada keburukan yang menimpa orang yang tidak berselawat.
  7. Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langt.
  8. Memperolehi doa malaikat selama sedang berselawat.
  9. Beroleh syafaat yang khusus daripada Rasulullah SAW pada hari akhirat.
  10. Dapat sentiasa berada bersama Rasulullah SAW pada hari akhirat kelak.
  11. Jaminan terpelihara dan terselamat dari segala perkara yang mendukacitakan dan membimbangkan di dunia dan akhirat.
  12. Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.
  13. Meneguhkan tapak kaki ketika melalui Titian Siratul Mustaqim.
.
.
Keberkatan Dan Kelebihan Berselawat
1.   Para Malaikat berjanji,  sesiapa yang membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW setiap hari sebanyak 10 kali:
  1. Jibril akan membimbing tangan bawa melintasi titian seperti kilat menyambar.
  2. Mikail akan memberi minum dari telaga Rasulullah SAW.
  3. Israfil akan sujud kepada Allah dan tidak akan mengangkat kepalanya sehingga Allah mengampuni orang itu.
  4. Malaikat Izrail akan mencabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti mencabut roh nabi-nabi bila mati kelak.
.
.
2.   Dalam beberapa hadis, sabda Rasulullah SAW:
a.  Sesiapa membaca selawat untukku sekali saja dengan tulus ikhlas dari hatinya, maka Allah akan memberi 10 rahmat kepadanya serta diangkat ke 10 tingkat dan diampunkan 10 dosa.
b.  Sesiapa berselawat 11 kali setiap lepas solat fardu, segala dosa kecilnya diampuni Allah serta tenteram hati dan jiwanya.
c.  Sesiapa membaca selawat kepadaku 100 kali sehari, maka Allah akan menyampaikan 100 hajatnya iaitu 70 hajat akhirat dan 30  lagi hajat dunia.
d.  Sesiapa berselawat ke atasku pada Jumaat sebanyak 80 kali, diampunkan baginya dosa selama 80 tahun.
Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkanlah amalan berselawat ke atasku kerana selawat kamu itu disampaikan terus kepada ku.”
.
.
3. Antara hadis-hadis lain yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah SAW ialah:
  1. “Sesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. “ (Riwayat Tabrani).
.
  1. “Sesiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.”  (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim)
 .
  1. “Sesiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali.  Dan sesiapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka.  Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid.” [Riwayat At-tabrani].
 .
  1. ” Sesiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku, maka aku mendengarnya, sesiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).
 .
  1. “Sesungguhnya orang yang dekat kepadaku daripada kalangan kamu pada hari kiamat pada setiap tempat aku berada ialah orang yang lebih banyak berselawat kepadaku di dunia.”
.
.
Hikmah Berselawat ke atas Rasulullah SAW
  1. Berasa lebih mencintai Rasulullah SAW.
  2. Menjadi zakat dan pembersih diri.
  3. Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah SWT.
  4. Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu bersedekah.
  5. Para malaikat memberi jaminan keistimewaan masing-masing.
  6. Ganjaran yang diberikan bukan saja di dunia, malah di akhirat.
  7. Menyedari betapa besarnya pahala orang yang berdoa dan berselawat ke atas Nabi.
  8. Sebagai mengenang semula budi dan jasa baik Nabi Muhammad SAW yang sentiasa berusaha mengajak manusia ke arah kebaikan, walaupun Baginda SAW sudah wafat.
.
Rasulullah SAW bersabda: “Hidupku adalah kebaikan kepada kamu dan wafaku adalah kebaikan juga kepada kamu, kerana segala amal kamu sentiasa dibentangkan kepadaku, maka apa saja amal yang aku dapati baik, aku ucapkan ‘Alhamdulillah’, dan apa saja amal kamu yang jahat, aku memohon keampunan Allah untuk kamu.”    (Riwayat Ibni Mas’ud)
.
.
Bayangkanlah betapa beruntungnya orang yang mendapat ucapan salawat dan begitu banyak manfaat daripada Allah Subhanahu Wataala disebabkan amalan bersalawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
.

Wallahu A’alam Bissowab

0 comments:

Penciptaan Wannita Istimewanya Seorang Ibu

emak mother ibu
.
Penciptaan wanita dan betapa istimewanya seorang bergelar ibu. Berdiri bulu roma bila membacanya.
“Ketika Allah menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya, “Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Ya Alllah ???”
Allah menjawab:
“Sudahkah engkau melihat dgn teliti setiap apa yang telah aku ciptakan untuk wanita?”
Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan”.
Malaikat menjawab dgn takjub,
“Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!”
Allah menjawab,”Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari”.
Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,
“Ya Allah, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?”
Allah menjawab, “Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata.”
“Untuk apa???”, tanya malaikat.
Allah melanjutkan,
“Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.
Wanita dapat mengatasi beban lebih baik daripada lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,
  • Dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.
  • Dia berkorban demi orang yang dicintainya,
  • Dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,
  • Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,
  • Dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,
  • Dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.
  • Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian, Tapi dia mampu mengatasinya.
  • Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.
Allah S.W.T berfirman:
“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.”
“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.”
“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.”
“Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya  untuk melindungi hatinya.”
“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”
“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.”
     “CINTANYA TANPA SYARAT”.
Allahuakbar… specially dedicated kepada semua  wanita disana dan disini. Istimewanya seorang Ummi…mama..ibu dan beruntungnya dijadikan sebagai seorg wanita.
 TAHNIAH KPD SEMUA WANITA YG ADA Di DUNIA INI…
SELAMAT HARI IBU !

0 comments: