Kisah arang batu dan berlian

Sedikit coretan harini semoga memberi motivasi dan impak positif buat semua yang datang singgah ke blog ini...Coretan tentang erti sebuah tekanan dalam kehidupan dan perlunya sentiasa berterima kasih ....terima kasih pada setiap apa yang jadi dalam hidup kita... terima kasih pada masalah..terima kasih pada yang beri masalah.. hihi.. pelik bunyinya.. tapi itulah salah satu resipi untuk hidup cemerlang .. Untuk jadi insan yang hebat.. anda perlu bersedia menghadapi tekanan.. anda perlu banyakkan berterima kasih..

Cuba lihat berlian dan arang batu... Tahukah anda kedua2nya berasal dari bahan asas yang sama tapi satu akan menjadi berlian dan satu lagi akan menjadi arang batu... Anda pun tahu akan nilai sebutir berlian banding dengan seketul arang.. Beza bukan... Tapi untuk lahirnya sebutir berlian, ia perlu melalui tekanan yang hebat dan suhu yang tinggi...dan proses ini jangkamasanya sangat panjang. Jika tidak, ia hanya akan berakhir sebagai seketul arang..

Sama juga seperti hidup kita.. untuk menjadi seorang insan hebat, perlunya ujian, cabaran, tekanan.. Itu semua adalah kurnia dari Allah untuk menjadikan kita hebat. Kita takkan mampu mengelak dari tekanan hidup yang datang dari pelbagai arah..  Tetapi percayalah, dengan cabaran.. dengan tekanan, kita akan jadi hebat.... Pilihan di tangan kita sama ada nak jatuh rebah putus asa mengeluh atau teruskan hidup dengan sikap yg positif..
Jadi walau apa pun tugas yang kita sandang......walau siapa pun kita, walau apa jua impian kita....buatlah pilihan yang bijak samada nak jadi arang batu atau berlian...Kita sendiri yang tentukan nilai kehidupan kita.. nilai diri kita di mata orang ramai........Mungkin kita tak suka pada masalah yang hadir....tetapi apa yang kita tidak suka itu tak semestinya ia buruk untuk kita.... sedangkan yang kita tidak suka itulah mungkin yang akan menjadikan kita insan cemerlang....Rahsianya adalah sentiasa senyum..sentiasa bersyukur...dan banyakkan bersabar...
Well.. Life goes on.

0 comments: