Himpunan doa dari al quran

Himpunan doa untuk pelbagai jenis penyakit.. insya allah kita cuma ikhtiar dan usaha.. kuasa penyembuhan dengan izin allah.. amin.. 





















kerodit to : http://www.imuslimshop.com/portfolio-category/viral/

sharing is caring 


0 comments:

Perdamaian Lebih Baik dari Perceraian



Para isteri perlu melalui dua langkah sebelum membuat keputusan untuk meminta cerai daripada suami. Langkah pertama adalah seperti mana ayat berikut:

Dan jika seorang perempuan (isteri) bimbang akan timbul dari suaminya “nusyuz”, atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik (daripada bercerai-berai); sedang sifat bakhil kedekut (tidak suka mengalah atau bertolak ansur) itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia. Dan jika kamu berlaku baik (dalam pergaulan) dan mencegah diri (daripada melakukan kezaliman), maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan. [al-Nisa’ 4:128]

Ayat ini ditujukan kepada para isteri yang menghadapi 'masalah' dengan suami mereka. Lebih tepat, suami yang bermasalah disebut sebagai suami yang Nusyuz.
Nusyuz secara bahasa bererti tinggi. Dalam konteks ayat ini, ia bererti suami yang tinggi diri, ego, sombong dan bersikap ala diktator. Ayat ini juga merujuk kepada suami yang tidak melayani isteri, bererti tidak memberi nafkah batin kepada isteri seperti belaian kasih sayang, santapan rohani, pelukan dan hubungan seks.

Apabila berhadapan dengan suami yang bermasalah seperti di atas, sebagai langkah pertama menyarankan agar isteri mengusahakan perdamaian dengan suaminya. Allah Subhanahu waTa’ala melalui ayat ini mengingatkan bahawa perdamaian itu sebenarnya lebih baik daripada perceraian.Peringatan ini diberikan agar pihak isteri tidak terlalu cepat meminta perceraian, menyangkakan ia satu solusi yang terbaik.

Seterusnya Allah mengingatkan diri isteri dan suami daripada sikap kedekut, kerana sikap kedekut ini menyebabkan masing-masing pasangan enggan mengalah dan meminta maaf.

Jika langkah pertama ini telah diusahakan bersungguh-sungguh dan perceraian masih menjadi pilihan, maka langkah kedua adalah sepertimana ayat berikut:

Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah seorang hakaman (orang tengah untuk memperbaiki mereka, iaitu), seorang dari keluarga suami dan seorang dari keluarga isteri. Jika kedua-dua hakaman itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak memperbaiki (mereka suami isteri), nescaya Allah akan memberi taufiq kepada mereka berdua (suami isteri itu). Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuan-Nya.[al-Nisa’ 4:35]

Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu waTa’ala menerangkan jika dibimbangi akan berlaku perpecahan atau perceraian di antara suami isteri, hendaklah dilantik seorang hakaman. Secara lebih mendalam, hakaman ini hendaklah terdiri daripada:

1-Ahli keluarga, yakni daripada kalangan ahli keluarga pihak suami dan ahli keluarga pihak isteri.
2-Seorang saja bagi pihak suami dan seorang saja bagi pihak isteri. Jumlah seorang adalah terbaik kerana bilangan hakaman yang ramai hanya akan meriuh-rendahkan suasana dan meninggikan kemungkinan aib-aib suami isteri yang sedang bertelingkah itu tersebar.

Seorang hakaman tidak boleh bersikap 'batu api', melaga-lagakan antara suami isteri tersebut, memprovokasi atau berat sebelah sehingga hanya membela ahli keluarganya. Tidak menyebarkan aib-aib suami isteri yang sedang bertelingkah. Para hakaman tentunya akan bertanya dan mendengar aib, kelemahan dan kesalahan masing-masing suami dan isteri, seterusnya memberi nasihat, teguran dan saranan pembaikan.

Amat penting bagi para hakaman untuk merahsiakan aib, kelemahan dan kesalahan tersebut. Menyebar-nyebarkannya hanya akan menyukarkan proses pembaikan suami isteri tersebut.

Seandainya langkah kedua di atas juga tidak berjaya, barulah pihak isteri mula berjumpa dengan peguam untuk membicarakan proses memohon cerai.

Seeloknya seorang suami janganlah terburu-buru menjatuhkan talak kepada isterinya tanpa sungguh-sungguh melalui langkah pertama dan kedua tersebut.

http://www.pesonapengantin.my/tip/perdamaian-lebih-baik-dari-penceraian-1.456379

0 comments:

Kisah arang batu dan berlian

Sedikit coretan harini semoga memberi motivasi dan impak positif buat semua yang datang singgah ke blog ini...Coretan tentang erti sebuah tekanan dalam kehidupan dan perlunya sentiasa berterima kasih ....terima kasih pada setiap apa yang jadi dalam hidup kita... terima kasih pada masalah..terima kasih pada yang beri masalah.. hihi.. pelik bunyinya.. tapi itulah salah satu resipi untuk hidup cemerlang .. Untuk jadi insan yang hebat.. anda perlu bersedia menghadapi tekanan.. anda perlu banyakkan berterima kasih..

Cuba lihat berlian dan arang batu... Tahukah anda kedua2nya berasal dari bahan asas yang sama tapi satu akan menjadi berlian dan satu lagi akan menjadi arang batu... Anda pun tahu akan nilai sebutir berlian banding dengan seketul arang.. Beza bukan... Tapi untuk lahirnya sebutir berlian, ia perlu melalui tekanan yang hebat dan suhu yang tinggi...dan proses ini jangkamasanya sangat panjang. Jika tidak, ia hanya akan berakhir sebagai seketul arang..

Sama juga seperti hidup kita.. untuk menjadi seorang insan hebat, perlunya ujian, cabaran, tekanan.. Itu semua adalah kurnia dari Allah untuk menjadikan kita hebat. Kita takkan mampu mengelak dari tekanan hidup yang datang dari pelbagai arah..  Tetapi percayalah, dengan cabaran.. dengan tekanan, kita akan jadi hebat.... Pilihan di tangan kita sama ada nak jatuh rebah putus asa mengeluh atau teruskan hidup dengan sikap yg positif..
Jadi walau apa pun tugas yang kita sandang......walau siapa pun kita, walau apa jua impian kita....buatlah pilihan yang bijak samada nak jadi arang batu atau berlian...Kita sendiri yang tentukan nilai kehidupan kita.. nilai diri kita di mata orang ramai........Mungkin kita tak suka pada masalah yang hadir....tetapi apa yang kita tidak suka itu tak semestinya ia buruk untuk kita.... sedangkan yang kita tidak suka itulah mungkin yang akan menjadikan kita insan cemerlang....Rahsianya adalah sentiasa senyum..sentiasa bersyukur...dan banyakkan bersabar...
Well.. Life goes on.

0 comments:

Pakaian dan Ketakwaan

Hi!
Saya terbaca  satu artikel di akhbar yang menarik perhatian saya untuk dikongsikan disini. Memandangkan sekarang pelbagai fesyen baju yang berleluasa di pasaran tempatan mahupun luar negara. Biar apapun pilihan kita terhadap pemakaian,  pastikan iman dan ketakwaan kita tetap kepadaNya.. Insya allah .. :D

Ada Kecenderungan dalam kalangan sesetengah pihak untuk memisahkan hubungkait pakaian dan ketakwaan dengan berhujah bahawa Surah al-A’raf ayat 26 memfokuskan kepada pakaian takwa atau libas al-taqwa daripada pakaian lahiriah iaitu baju dan seluar yang kita pakai saban hari  dan dengan itu bagaimana kita berpakaian secara lahiriah tiada kaitan dengan ketakwaan yang menyentuh peribadi dan akhlak kita.
Kepada yang berpandangan demikian, mereka tidak lihat kepada maksud ayat tersebut dalam ruang lingkup kisah Adam dan Hawa yang terkandung dalam surah tersebut dan juga surah-surah yang lain.
Sebenarnya, pakaian lahiriah dan pakaian ketakwaan bukanlah dua pakaian yang berasingan. Mereka adalah satu pakaian yang sama dimana pakaian lahiriah adalah pembinaan pakaian ketakwaan dan pakaian ketakwaan adalah pemantapan pakaian lahiriah.
Adalah menjadi fitrah kita sebagai manusia untuk berpakaian baju dan seluar yang membolehkan kita kelihatan seri, ceria dan tampan, seterusnya mendatangkan pujian kepada keindahan wajah tubuh badan yang kita miliki.
Namun keindahan lahiriah belum tentu menjamin keindahan rohaniah sekiranya yang dipakai hanya kain-kain dengan corak dan fesyen yang mengagumkan tetapi bukan nilai-nilai yang turut dibawa oleh pakaian tersebut.
Apakah yang terjelma daripada seorang perempuan Melayu apabila dia mengenakan baju kurung, dari segi malunya, pertuturannya, pergaulannya, tempat yang disinggahinya dan aktiviti yang dilakukannya?
Nyata sekali pakaian mempunyai pengaruh yang cukup mendalam terhadap jiwa yang luhur, peribadi yang mulia, hormat- menghormati sesama manusia serta persekitaran kehidupan yang aman sentosa. Dalam erti kata lain, seseorang yang berpakaian lahiriah dan pada masa sama memakai nilai-nilai keinsanan yang mulia akan menjadikannya seorang yang memakai pakaian takwa. Sebab itu apabila dikatakan pakaian takwa lebih baik, ia bermakna seseorang itu memahami makna berpakaian lahiriah kepada nilai dan keindahan jiwa dan peribadinya sehingga ia boleh menjanakan wajah keinsanan yang bersifat mulia.
Seseorang yang dapat rasa dan menikmati kelazatan takwa yang lahir dari  cara dia berpakaian akan memastikan dia teliti dengan cara berpakaiannya tetapi ini belum pasti berlaku kepada orang yang hanya menjaga pakaian lahiriahnya tetapi tidak memastikan  ia menjanakan ketakwaan dalam jiwa dan peribadinya. Sebab itu pakaian takwa lebih baik kerana dengannya pakaian lahiriah akan terjamin makna dan tujuan berpakaian.
Berpakaian unutk ketakwaan bukanlah sesuatu  yang terbatas kepada orang Islam sahaja. Manusia sejak zaman dahulu lagi dari pelbagai bangsa dan budaya sudah pun menekankan betapa pentingnya pakaian kepada makna kita sebagai manusia. Masyarakat Cina, umpamanya, sebenarnya adalah sangat  menitikberatkan persoalan pakaian  kepada jiwa, akhlak dan tingkah laku.
Filem-filem Cina yang disiar di saluran Astro di rangkaian CH321 Celestial Classic Movies adalah bukti yang cukup nyata tentang perkara ini. Kita lihat bagaimana dalam filem Cina yang berlatar zaman klasik, watak-watak dalam filem  tersebut mengenakan pakaian yang menutup tubuh dari paras leher ke bahagian buku lali kaki, mempunyai corak dan warna yang seri, dan seterusnya diiringi oleh cara bertutur dan bergaul yang cukup murni, disertai oleh lagu-lagu yang melunakkan hati, serta persekitaran kediaman yang dihuni oleh insan yang sejati.
Apabila kita lihat filem-filem Cina yang moden dan kontemporari, kita dapati keadaan  adalah sebaliknya walhal watak-watak dalam kedua filem klasik dan moden adalah pelakon-pelakon yang sama.
Sehubungan itu, apa yang masyarakat Islam hari ini tekankan dari segi berpakaian adalah satu tradisi hidup yang telah dilakukan oleh warga manusia sejak beribu tahun dahulu, tidak kira dari apa jua bangsa dan budaya. Cuma 50 atau 60 tahun kebelakangan ini saja manusia moden mengenakan cara pakaian yang kita lihat hari ini yang tidak melihat tubuh itu membawa apa- apa erti kepada jiwa, peribadi dan pergaulan sesama manusia kecuali hanya sebagai satu jasad yang nilainya tidak lebih daripada bahan komoditi yang kita guna pakai sehingga satu tarikh luput yang kemudiannya diabai atau dibuang begitu saja. 

Penulis Bekas Pensyarah Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.*

Akhbar Sinar Harian Selasa 21 Julai 2015.

0 comments:

Azanis Scar Serum

Hi!

Hr nie nak share ckit pasal product skin care yang tengah femes n meletop skrg nie.. saya baru guna seminggu mmg rasa kesan nyer.. cukup best.. kulit rasa moist jerr.. lembut gitu.. hihihi…
Product tersebut adalah AZANIS Scar Serum..  yeayyy!!!.. saya beli yang packaging lama.. yang maseh botol kaler coklat.. skrg nyer packaging kan dah botol kaca jernih kan.. senang ckit nk tgok, dah takat mana tinggal kan.. 

Azanis packaging lama vs azanis packaging baru

Disini saya sediakan sedikit maklumat berkenaan dengan product azanis nie dan testimony nyer.. 

Uols ada tak yang Banyak Parut Degil Dimuka n Badan yang susah nak elok?
Jom tengok apa yang dah tolong ramai orang untuk licinkan balik kulit seperti sedia kala. 
Malah lebih licin dari dulu!
Elokkan Parut Dalam 3 Minggu Kini No Problem Dengan Azanis Scar Serum!

Uolls hanya perlu sapukan azanis scar serum secara membulat pada parut n tengok sendiri hasilnya. Cara Guna azanis scar serum ni just 2 kali sehari untuk kesan yang optimum menyingkirkan parut tegar dikulit muka dan badan. 

Nak tau tak apa yang bantu parut2 ni hilang?? 
Kandungan anti oksida yang tinggi menolong menghasilkan sel2 kulit baru yang sihat. Selain tu, azanis scar serum ni ada 100% vitamin E semulajadi which is vitamin yg dikenali ramai utk menghilangkan parut dan lain2 bhn yg turut membantu boostkan keberkesanannya. So, uolls jangan ragu2 lagi…




Antara masalah parut yang dapat dihilangkan dengan azanis scar serum
- Parut akibat kemalangan (eksiden, jatuh dan lain2)
- Parut Jerawat dimuka
- Parut pembedahan
- Parut akibat sakit (demam campak, kudis dan lain2)
- Parut baru n lama 


Apa jaminan kami?

- Walau dah lama parut yang ada dikulit anda sama ada 5-10 tahun, dapat dilesapkan dengan mudah

- Dalam masa 1 bulan, anda pasti akan dapat lihat parut semakin beransur hilang

- Sebanyak 99.9% pengguna berpuas hati lepas tengok parut hilang seolah-olah tak pernah ada parut


Saya nak tau mcmana azanis scar serum boleh 
hilangkan kesan parut yg luar biasa?

Ok, macam ni uolls Azanis Scar Serum memang terkenal sbgai serum hilangkan parut. Secara khususnya, serum ini membantu melembapkan kulit n bertindak sebagai vitamin antioksidan yang mana ia akan memelihara sel-sel yang sentiasa terdedah dengan radikal bebas agar tidak rosak dan menyebabkan penuaan awal. Satu lagi kelebihannya adalah merawat parut tidak kira parut jerawat dimuka, parut akibat luka kemalangan ataupun parut sebab kulit sensitif. 




Formula yang dicipta khas ni memang sesuai bagi jenis kulit yang berikut :-
  • Kulit berminyak
  • Kulit berjerawat bengkak dan bernanah.
  • Kulit Kemerahan (Hypersensitive Skin)
  • Mereka yang pernah pakai produk mengandungi Hydroquinon & Merkuri kerana lapisan Asid Matel kulit telah terhakis (Kulitnya sudah nipis)


Antara Kandungan yang terdapat dalam azanis scar serum
OIL BASE
Paraffinum liquidum
Bisabolol
Triisononanoin
Cetearyl ethylhexanoate
Isopropyl myristate
Glycine soja oil
BHT
Helianthus annuus seed oil

BOTANICALS
Calendula oil
Rosemary oil
Lavender oil
Chamomile oil

VITAMIN
Vitamin E

*Azanis Scar Serum adalah 100% Halal & mempunyai kelulusan KKM NOT150301588K 
FAQ Tentang Azanis Scar Serum

Siapa yang mesti gunakan Azanis Scar Serum?

Lelaki n perempuan yang ada masalah parut pada kulit walaupun kesan parut lebih 10 tahun.

~Azanis Scar Serum turut membantu selesaikan masalah Regangan kulit, tona kulit tak sekata, Penuaan kulit dan masalah kulit kering.


Bila boleh Nampak kesannya?

Kesan bergantung pada tindakbalas seseorang. Ada yang cepat, ada yang lambat. Tapi secara puratanya, ia mengambil lebih kurang 30 hari untuk anda lihat kesan yang ketara!


1 Botol boleh tahan untuk berapa lama?
1 Botol Azanis Scar Serum boleh tahan selama 30 hari


Adakah Azanis Scar Serum ini halal?
Ya! Serum ini dah dapat kelulusan halal JAKIM. Gunakan azanis scar serum tanpa ragu-ragu!


Bagaimana cara penggunaannya?
Azanis Scar Serum sangat mudah digunakan. hanya sapukan pada parut dengan pergerakan membulat, 2 kali setiap hari. sekiranya parut masih baru, Azanis Scar Serum harus disapu hanya apabila luka telah sembuh, n tak boleh digunakan pada kulit yang luka.


Adakah ada had umur bagi pengamalnya?
Serum ini boleh diambil oleh setiap orang, lelaki n perempuan tanpa had umur.


Barang dijamin sampai ke selepas dibayar?
Semestinya! Penghantaran akan dijalankan setiap hari Isnin - Jumaat. Kami menggunakan perkhidmatan PosLaju.

~Parcel anda dijamin sampai dlm masa 1-3 hari selepas ia dipos.


Macam mana kalau saya ada sebarang persoalan/masalah?
Jangan risau, sekiranya anda mengalami sebarang masalah atau ada sebarang persoalan selepas membeli dari kami, anda boleh hubungi 0195919424



Testimoni azanis scar serum













untuk maklumat lanjut :-
sms/watsap 0195919424




0 comments: