.
‘Selawat’
(صلوات) adalah jamak dari kalimat
solat bererti doa atau seruan kepada Allah SWT. Di segi bahasa
pula, selawat bermaksud mendoakan atau memohon berkat kepada Allah SWT
dan melimpahkan Rahmat-Nya untuk Nabi dengan ucapan, kenyataan dan pengharapan,
semoga beliau (Nabi) sentiasa sejahtera (beruntung, tak kurang suatu
apapun, keadaannya tetap baik dan sihat).
.
Berselawat
kepada Nabi Muhammad SAW juga bermaksud memperbesarkan, mengagungkan,
menambahkan kehormatan dan kepujian serta mendukung perjuangannya yang mulia,
di samping melahirkan rasa syukur sebagai penyampai utusan-Nya yang menjadi
rahmat seluruh alam, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang
diredhai Allah.
Nabi
Muhammad SAW bersabda; “Doa seseorang itu
akan terawang-awangan dan tidak diangkat ke langit selagi yang berdoa itu tidak
berselawat kepadaku.”
.
.
Mengucap Salam Kepada Nabi
Salam
pula bererti damai, sejahtera, aman sentosa dan selamat. Jadi
ketika seseorang muslim membaca selawat untuk Nabi, bermaksud ia mendoakan
Baginda SAW semoga tetap damai, sejahtera, aman sentosa dan selalu mendapatkan
keselamatan.
a. Allah
SWT memberi salam kepada setiap orang yang memberi salam kepada Nabi SAW.
Rasulullah
SAW telah bersabda: “Saya berjumpa Jibril, maka dia berkata:
‘Sesungguhnya saya memberi khabar gembira kepadamu bahwa sesungguhnya Allah
Ta’ala telah berfirman: ‘Sesiapa memberi salam kepadamu, maka Aku memberi
salam kepadanya dan sesiapa membaca selawat untukmu, maka Aku membaca selawat
untuknya ‘.”
b. Mengucap
salam kepada Nabi SAW, lebih utama daripada memerdekakan budak.
Abu
Bakar As-Siddiq r.a. berkata: “Membaca selawat untuk Nabi itu boleh
menghapuskan dosa-dosa, seperti air sejuk memadamkan api, dan salam kepada Nabi
itu lebih utama daripada memerdekakan budak”. Nabi SAW., Bersabda:
“Sesiapa membaca selawat untuk ku satu kali, maka dia menjadi tidak berdosa
walaupun sebesar atom dan biji sawi.”
c.
Sesiapa yang membaca salam untuk Nabi 100 kali setiap hari, akan dikabulkan
oleh Allah 100 hajat. 30 diberikan di dunia dan 70 diberikan di akhirat.
Nabi
SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala mempunyai tujuh puluh malaikat yang
selalu berjalan di muka bumi serta menyampaikan kepadaku salam dari
umatku. Maka, apabila ada seseorang dari umatku membaca selawat untukku
seratus kali dalam sehari, maka Allah Ta’ala akan akan mengabulkan seratus
macam hajatnya, tujuh puluh diberikan diakhirat dan tiga puluh di dunia.”
.
.
Keutamaan dan Kebesaran Selawat
Setiap
umat Islam berkewajipan mengasihi atau mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Bukti seseorang itu berbuat demikian ialah dengan mengerjakan segala suruhan
Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW
adalah salah satu bukti kecintaan seseorang itu kepada Allah dan Rasulullah
SAW.
Selawat
kepada Nabi Muhammad SAW merupakan ibadah yang mulia dan terpuji. la
mengandungi berbagai-bagai kelebihan dan keistimewaan bagi mendapatkan
pertolongan dan perlindungan dari Nabi Muhammad SAW serta memperolehi ganjaran
yang besar dari Allah di hari akhirat kelak.
“Sesiapa
yang berselawat kepadaku (Muhammad SAW) satu kali saja, maka aku akan
berselawat kepadanya sepuluh kali”
.
.
Hukum berselawat
Hukum
berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah wajib ketika:
1.
Mengerjakan solat.
2.
Membaca Tasyahud (tahiyyat).
3.
Membaca Tasyahud kedua / tahiyyat akhir.
4.
Setiap kali menyebut, mendengar atau menulis nama Nabi Muhammad SAW, ganti
namanya atau pangkat kerasulan dan kenabian Baginda SAW.
.
.
Arahan Membaca Selawat
Dalam
semua perintah mengerjakan ibadat, Allah SWT menyuruh hamba-Nya beribadat.
Allah sendiri memulakan selawat ke atas Nabi, diikuti malaikat kemudian
dianjurkan kepada Muslimin mengamalkannya. Ini bermakna membaca selawat itu
lebih utama.
.
Firman
Allah SWT: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya
selawat kepada Nabi(1). Wahai orang-orang
yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan
kepadanya(2).” (Surah Al-Ahzab: 56).
Nota;
(1) Berselawat ertinya:
kalau dari Allah bererti memberi rahmat: dari malaikat bererti meminta
keampunan dan kalau dari orang-orang yang beriman bererti berdoa supaya diberi
rahmat seperti dengan perkataan: Allahuma shalli ala Muhammad. (2) dengan
mengucapkan perkataan seperti: Assalamu’alaika ayyuhan nabi ertinya: semoga
keselamatan tercurah kepadamu hai Nabi.
.
.
Membaca Selawat
Lafaznya
selawat ke atas Nabi SAW, cukup mudah, tidak mengambil masa yang panjang.
Sebagai tanda kasihnya Allah kepada umatnya supaya mampu mengerjakan amal mulia
dan memperoleh ganjaran daripadanya.
1. Membaca
Selawat harus disertai dengan niat dan dengan sikap hormat kepada Nabi.
Orang yang membaca selawat untuk Nabi hendaklah disertai dengan niat dan rasa
cinta kepada Nabi dengan tujuan untuk memuliakan dan menghormati Baginda.
Dalam
penjelasan hadis (akhbar al-hadis) disebutkan bahawa apabila seseorang membaca
selawat tidak disertai dengan niat dan perasaan hormat kepada Nabi, maka
timbangannya tidak lebih, hanya berat sekadar sehelai bulu sayap.
Rasulullah
SAW bersabda: “Sesungguhnya sahnya amal itu
tergantung niatnya”.
.
Ada
tiga perkara yang timbangannya tidak lebih berat dari pada selembar bulu sayap,
iaitu:
- Solat yang tidak disertai
dengan tunduk dan khusyuk.
- Zikir dengan tidak
sedar. Allah SWT tidak akan menerima amal orang yang hatinya tidak
sedar.
- Membaca Selawat untuk Nabi
Muhammad SAW tidak disertai dengan niat dan rasa hormat.
Rasulullah
SAW bersabda: “Dan kalau kamu membaca selawat,
maka bacalah dengan penuh penghormatan untuk ku.”
.
2. Membaca
selawat bertujuan untuk mencintai dan memuliakan Rasulullah SAW. Siti
Aisyah ra. berkata: “Sesiapa cinta kepada
Allah Taala, maka dia banyak menyebutnya dan hasilnya ialah Allah akan
mengingati dia, juga memberi rahmat dan keampunan kepadanya, serta
memasukkannya ke syurga bersama para Nabi dan para wali. Dan Allah memberi
kehormatan juga kepadanya dengan melihat keindahan-Nya. Dan sesiapa cinta
kepada Rasulullah SAW maka hendaklah ia banyak membaca selawat untuk Nabi SAW,
dan hasilnya ialah ia akan mendapat syafaat dan akan bersama Rasulullah SAW di
syurga.”
.
Seterusnya
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca selawat
untukku kerana memuliakan, maka Allah Ta’ala menciptakan dari kalimat (selawat)
itu satu malaikat yang mempunyai dua sayap, yang satu di timur dan satu lagi di
barat. Sedangkan kedua-dua kakinya di bawah bumi sedangkan lehernya
memanjang sampai ke Arasy. Allah Ta’ala berfirman kepadanya: “Bacalah selawat untuk hamba-Ku, sebagaimana dia telah
membaca selawat untuk Nabi-Ku. Maka Malaikat pun membaca selawat untuknya
sampai hari kiamat.”
.
.
Cara Membaca Selawat
Disunatkan
berselawat kepada Nabi Muhammad SAW:
- Menggunakan kata-kata beradab
dan sopan,
- Menzahirkan sifat kemuliaan
Nabi Muhammad SAW, keagungan darjat, kehormatan dan kebaikkan budi serta
jasa Rasulullah SAW.
- Paling afdal, berselawat
seperti ketika tahiyyat dalam solat.
.
Allaahumma shalli ‘alaa Muhammadin wa’alaa aali Muhammadin, kamaa
shallaita ‘alaa Ibraahim wa’alaa aali Ibrahim, wa baarik ‘alaa Muhammadin
wa’alaa aali Muhammadin,, kama baarakta ‘alaa Ibrahiima wa’alaa aali Ibraahima,
fil ‘aalamiina innaka hamiidun majiid.
.
.
Jenis-Jenis Selawat
Terdapat
berbagai jenis selawat susunan para ulama dan antara lafaz selawat yang baik
diamalkan adalah:
1)
Selawat Ibrahimiyah.
2)
Selawat Tafrijiyah.
3)
Selawat Munjiyah
4)
Selawat Ummi
5)
Selawat Fatih
6)
Selawat Syifa’.
7)
Selawat Syafaat.
8)
Selawat Badriyah
9)
Selawat kebajikan.
10)
Selawat menolak kecelakaan.
11)
Selawat untuk Nabi SAW dan keluarganya.
.
.
Bencana Tidak Berselawat
Mereka
yang tidak berselawat adalah orang yang paling kedekut dan akan;
- Dijauhkan dari rahmat Allah.
- Mendapat kehinaan yang
memalukan.
- Setiasa mengalami kerugian dan
penyesalan.
- Termasuk kalangan yang mendapat
kesusahan.
- Mengalami kebingungan di hari
kiamat.
- Mengalami kesukaran di Padang
Mahsyar.
- Menjadi ahli neraka.
Nabi
Muhammad SAW. Bersabda; “Doa seseorang
itu akan terawang-awangan dan tidak diangkat ke langit selagi yang berdoa itu
tidak berselawat kepadaku.”
.
.
Waktu Afdal Berselawat
Masa
paling afdal dituntut berselawat
- Ketika mendengar orang menyebut
nama Nabi SAW.
- Sesudah menjawab azan dan
sebelum membaca doa azan.
- Sesudah tasyahud wuduk, sebelum
membaca doa.
- Pada permulaan, pertengahan dan
penutup doa.
- Di akhir qunut dalam solat.
- Di dalam solat jenazah.
- Di antara takbir solat hari
raya.
- Ketika masuk dan keluar dari
masjid.
- Setiap waktu pagi dan petang.
- Hari Khamis malam Jumaat,
- Sepanjang hari Jumaat,
- Ketika telinga berdesing.
- Ketika terlupa sesuatu perkara.
- Ketika mengalami kesusahan dan
kebimbangan.
- Ketika memulakan sesuatu
pekerjaan yang baik atau penting.
- Masa menghadiri tempat
perhimpunan yang baik.
- Waktu meninggalkan sesuatu
majlis.
- Ketika berziarah di makam
Rasulullah SAW.
.
.
Fadilat Berselawat
- Allah limpahkan rahmat berkali ganda.
- Allah menghapuskan dosa dan
menutupkan aib.
- Menghilangkan kesusahan dan
meluaskan rezeki.
- Melapangkan dada dan
mententeramkan jiwa.
- Memperolehi petunjuk dan
menghidupkan hati.
- Terselamat daripada keburukan
yang menimpa orang yang tidak berselawat.
- Memperolehi pujian seluruh
makhluk di bumi dan langt.
- Memperolehi doa malaikat selama
sedang berselawat.
- Beroleh syafaat yang khusus
daripada Rasulullah SAW pada hari akhirat.
- Dapat sentiasa berada bersama
Rasulullah SAW pada hari akhirat kelak.
- Jaminan terpelihara dan
terselamat dari segala perkara yang mendukacitakan dan membimbangkan di
dunia dan akhirat.
- Menghilangkan rasa dahaga dan
panas matahari di Padang Mahsyar.
- Meneguhkan tapak kaki ketika
melalui Titian Siratul Mustaqim.
.
.
Keberkatan Dan Kelebihan Berselawat
1.
Para Malaikat berjanji, sesiapa yang membaca selawat ke atas
Nabi Muhammad SAW setiap hari sebanyak 10 kali:
- Jibril akan membimbing tangan bawa melintasi titian seperti
kilat menyambar.
- Mikail akan memberi minum dari telaga Rasulullah SAW.
- Israfil akan sujud kepada Allah dan tidak akan mengangkat
kepalanya sehingga Allah mengampuni orang itu.
- Malaikat Izrail akan
mencabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti mencabut roh
nabi-nabi bila mati kelak.
.
.
2.
Dalam beberapa hadis, sabda Rasulullah SAW:
a.
Sesiapa membaca selawat untukku sekali saja dengan tulus ikhlas dari
hatinya, maka Allah akan memberi 10 rahmat kepadanya serta diangkat ke 10
tingkat dan diampunkan 10 dosa.
b.
Sesiapa berselawat 11 kali setiap lepas solat fardu, segala dosa kecilnya
diampuni Allah serta tenteram hati dan jiwanya.
c.
Sesiapa membaca selawat kepadaku 100 kali sehari, maka Allah akan
menyampaikan 100 hajatnya iaitu 70 hajat akhirat dan 30 lagi hajat
dunia.
d.
Sesiapa berselawat ke atasku pada Jumaat sebanyak 80 kali, diampunkan
baginya dosa selama 80 tahun.
Rasulullah
SAW bersabda lagi: “Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah
Jumaat, perbanyakkanlah amalan berselawat ke atasku kerana selawat kamu itu
disampaikan terus kepada ku.”
.
.
3.
Antara hadis-hadis lain yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas
Rasulullah SAW ialah:
- “Sesiapa yang
berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang
sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. “ (Riwayat Tabrani).
.
- “Sesiapa berselawat
kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat
dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh
darjat kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim)
.
- “Sesiapa yang
membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh
kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan
bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali. Dan sesiapa yang
bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua
matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka. Pada hari
kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid.” [Riwayat At-tabrani].
.
- ” Sesiapa
berselawat kepadaku di sisi kuburku, maka aku mendengarnya, sesiapa
berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang
malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan
keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).
.
- “Sesungguhnya orang
yang dekat kepadaku daripada kalangan kamu pada hari kiamat pada setiap
tempat aku berada ialah orang yang lebih banyak berselawat kepadaku di
dunia.”
.
.
Hikmah Berselawat ke atas Rasulullah SAW
- Berasa lebih mencintai
Rasulullah SAW.
- Menjadi zakat dan pembersih
diri.
- Menjadikan sebab doa diterima
oleh Allah SWT.
- Menjadi sedekah bagi yang tidak
mampu bersedekah.
- Para malaikat memberi jaminan
keistimewaan masing-masing.
- Ganjaran yang diberikan bukan
saja di dunia, malah di akhirat.
- Menyedari betapa besarnya
pahala orang yang berdoa dan berselawat ke atas Nabi.
- Sebagai mengenang semula budi
dan jasa baik Nabi Muhammad SAW yang sentiasa berusaha mengajak manusia ke
arah kebaikan, walaupun Baginda SAW sudah wafat.
.
Rasulullah
SAW bersabda: “Hidupku adalah kebaikan kepada
kamu dan wafaku adalah kebaikan juga kepada kamu, kerana segala amal kamu
sentiasa dibentangkan kepadaku, maka apa saja amal yang aku dapati baik, aku
ucapkan ‘Alhamdulillah’, dan apa saja amal kamu yang jahat, aku memohon
keampunan Allah untuk kamu.” (Riwayat Ibni
Mas’ud)
.
.
Bayangkanlah
betapa beruntungnya orang yang mendapat ucapan salawat dan begitu banyak
manfaat daripada Allah Subhanahu Wataala disebabkan amalan bersalawat kepada
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
.
Wallahu A’alam Bissowab
0 comments:
Post a Comment