Dream Trip To Macau

Hi!! Hr nie saya nk bawa anda semua menyelami dunia luar daripada Malaysia.. Memandangkan saya merupakan sebahagian daripada warga NUFFNANG aka nuffnanger’s..  Saya perlu memberi sokongan yang padu kepada aktiviti yang nuffnang anjurkan..Sedaya yang mampu.. Tahu x? Nuffnang menganjurkan pertandingan menulis blog berkenaan ‘Kenapa Anda Mahu Melancong Ke MACAU’..  Hadiah yang menarik ditawarkan iaitu tiket penerbangan pergi dan balik serta segala perbelanjaan disana termasuk penginapan tiket 3 hari 2 malam di hotel 4 bintang**.. Wahh bukan nyer senang nk dapat tajaan begini.. Kalu nk pegi sendiri pn belum tentu cukup dengan duit gaji.. huhuh..

Kerajaan Makau menggunakan nama "Macao" dalam bahasa Inggeris manakala "Macau" merupakan ejaan Portugis dan "Makau" merupakan ejaan Melayu. Pastikan ejaan nyer ‘MACAU’ yer bukan ‘MACAW’.. hihi.. saya je yang keliru kowt hahah.. MACAW tu sebenarnyer nama software untuk develop design website hanya menggunakan ‘design’  tanpa memerlukan kepakaran programming pn.. wahh.. sungguh canggih walaupon saya hanya guna yang trial je 14 hari.. hihi.. anda boleh tengok artikal berkenaan MACAW disini.. ok dah cerita pasal MACAW .. skrng kembali kepada MACAU.. hihhi..


Dream Trip To Macau

1)Makanan-The Steamed Pomfret


The Steamed Pomfret ala Portugis (dengan daun pisang)


TeowChew Style Steamed Pomfret (潮州式清蒸鲳鱼)

Mula-mula fikir makanan ape la nie? Risaw juga satg xhalal ka(sebelum melihat gambar).. So berita gembira kepada nuffnager’s yang mencari makanan yang halal. Jangan risaw.. cewah macam la penah pegi sana.. hahah.. sebenar nyer ada restoran2 yang halal.. Antaranya restoran makanan india muslim.. macam kat malaysia nie restoran nasi kandar yang kebanyakan dipelopori oleh bangsa india muslim.. Berbalik kepada The Steamed Pomfret tadi.. Sebenar nya pomfret tu adalah ikan bawal.. So, nama penuh dalam bahasa melayu adalah Ikan Bawal Kukus.. Apa yang istimewa adalah ikan ini dikukus dengan daun pisang.. pasti rasanya yang berbeza bukan.. Selain itu ikan bawal ini juga boleh di masak ala chinese iaitu diberi nama ‘Teow Chew Style Steamed Pomfret ‘mesti orang cakap mai jauh2 nk makan ikan bawal jerk.. hahah.. sebenar nyer masakan nie ada perbezaan nyer… Iaitu cara masakan di Macau xsama dengan cara masakan disini.. ok.. Yang paling utama makanan nie tiada lemak, sebab ikan tersebut dikukus.. so makanan berkhasiat agar badan sihat :D .. Antara restoran yang mempunyai elemen2 halal adalah ‘Taste of India Restaurant’. Lokasinya terletak di Fisherman Wharf dekat Terminal Macau-Hongkong Ferry.. Disini anda dapat menikmati makanan yang halal ala portugis gitu :D

Sumber: restoran makanan di macao

2) The Sands Macau(Bangunan Emas)



Haa mesti teruja kan bila cakap bangunan emas.. wahh!! Adakah bangunan tu disalut dengan emas? Nie kalu boleh kikih sikit emas tu, pegi pajak gadai dapat juga duit.. hihih.. adoiyh…
Sebenarnya bangunan emas nie apabila waktu siang, nampak bangunannya seperti warna emas, tetapi pada waktu malam penuh dengan cahaya lampu yang berwarna –warni.. sangat cantik.. Apa yang ada didalam tu yer? Haaa mengikut sumber, ia menempatkan 630 meja judi, hotel, restoran dan pelbagai pertunjukan..






Owhh kalu sesiapa yang mempunyai hobi untuk berkasino tu boleh mai sini cuba nasib.. Kita boleh tengok persembahan antaranya daripada Girlband Khas Korea oleh Merry G.. selain itu ada juga persembahan teater.. Kalu g travel nie x beli souvenire mmg xsempurna lah vacation kita tu.. Haa part shopping nie lah paling best sekalii.. hihi.. antaranya keychain..






Sebenar nyer selain di Sands, pusat kasino terbesar di dunia adalah di The Venetian Macao..





Best nyer kalu dapat naik bot macam tu kan? Teruja.. Sebenarnya disini banyak pengambaran filem, antaranya adalah 'fated to love you'..

Sumber : The Venetian of Macau


3)Bersantai melihat rama-rama di Taman Indah.. hihi :D



                                                                Macau Flora Garden

Flora Garden,disini anda boleh snap gambar sambil menghirup udara yang segar dan menikmati keindahan alam flora.. tempat nya adalah Flora Garden, Taman bergaya Eropah paling cantik di Makau..
Taman bunga ini mengandungi pelbagai bunga, antaranya termasuklah bunga teratai.. Jika ingin melihat dengan lebih jelas keindahan Taman ini anda dapat menaiki kereta kabel yang bergerak dari gerbang ke puncak GUIA..



Kereta Kabel

Pemandangan daripada atas dapat kita lihat dengan keindahan bunga yang pelbagai warna. Harga untuk menaiki kereta kabel ini adalah MOP$3 sekali perjalanan dan MOP$5 untuk pulang.. Apabila penat berjalan, keindahan taman bunga ini boleh menjadi sebagai salah satu terapi untuk merehatkan badan anda.. Selain daripada Flora garden anda juga boleh pergi ke Casa garden, Sun Yat Sen Park dan Lou Lim Lok Garden.. Semuanya memberi keindahan yang berbeza..



Camoes Garden and Grotto, Eksotisme Taman Tertua di Makau




Lou Lim Iok Garden




Sun Yat-Sen Park, Taman Revolusi Cina



Sumber : taman indah di Macau

Kenapa Pihak Penaja perlu menaja saya untuk ke Macau?
a)    Memandangkan saya merupakan Baby Blogger.. yer blog saya baru berusia 1 bulan 3 hari.. Saya baru berjinak2 dalam dunia blog nie.. Maka, peluang untuk ke Macao boleh dijadikan sebagai bahan untuk saya kongsikan melalui blog ini.. Disamping mempromosikan kewujudan blog saya agar kekal aktif.. :D
b)    Masa sightseeing kat google mencari sumber idea yang ‘mantop’ untuk dijadikan karangan MACAU nie.. saya terjumpa satu artikal nie berkenaan Negara MACAU yang bebas hutang iaitu pada tangga ke 204.. Maksudnya status nya hampir sama dengan BRUNEI tp brunei pada tangga ke 202.. WAHH!! Saya kagum seketika.. bagaimana ia berlaku? Patut la banyak bangunan yang cantik..  maksudnyer ekonomi diorang nie memang kukuh.. teringin juga nk tahu apa rahsia bebas hutang.. Hihi.. Kalu boleh nak hidup bebas hutang, sebab nyer xyah bayar bunga yang banyak kadang2 membebankan.. huuh.. So kena merantau jalan-jalan ke sana mencari idea, melihat bagaimana budaya kehidupan mereka agar dapat memberi inspirasi kepada saya.. cewahh.. ayatttt :D .. Dan yang paling best nyer rakyat kat sana xperlu bekerja, buktinya tengok banyak bot-bot mewah. Sampai kan kerajaan senang2 je bagi subsidi untuk mereka.. Wah best2 ..

Sumber : the world fact book

c) Mengeratkan silaturahim antara warga nuffnanger’s, apabila saya diberi peluang menyertai trip yang dianjurkan oleh Nuffnang.. Maka saya dapat bersuai kenal dengan nuffnanger’s yang lain :D


Akhir kata,saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penaja iaitu Macau Government Tourist Office (MGTO) and Nuffnang Malaysia kerana memberi peluang kepada nuffnanger’s untuk berkarya mengenai Macao.. chaiyuk2 :D.. All the Best and Gud Luck kepada semua.. :D

4 comments:

  1. Nice entry! Hope you'll be selected. Good luck!
    http://chengywong.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Interestingggg....Don't forget to get me one of those magnets if you win ya! All the best! :)
    http://memyselfandmelvin.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. HI! tq for visit my blog.. oh ur blog artical of macau sooooo nice.. ahaha.. never mind the result at least i just try my best.. in addition to try my skill in writing.. hihiih... :D

      Delete