Perdamaian Lebih Baik dari Perceraian
Para isteri perlu melalui dua langkah sebelum membuat keputusan
untuk meminta cerai daripada suami. Langkah pertama adalah seperti mana ayat
berikut:
Dan jika seorang perempuan (isteri) bimbang akan timbul dari suaminya “nusyuz”, atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik (daripada bercerai-berai); sedang sifat bakhil kedekut (tidak suka mengalah atau bertolak ansur) itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia. Dan jika kamu berlaku baik (dalam pergaulan) dan mencegah diri (daripada melakukan kezaliman), maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan. [al-Nisa’ 4:128]
Ayat ini ditujukan kepada para isteri yang menghadapi 'masalah' dengan suami mereka. Lebih tepat, suami yang bermasalah disebut sebagai suami yang Nusyuz.

Nusyuz secara bahasa bererti tinggi. Dalam konteks ayat ini, ia
bererti suami yang tinggi diri, ego, sombong dan bersikap ala diktator. Ayat
ini juga merujuk kepada suami yang tidak melayani isteri, bererti tidak memberi
nafkah batin kepada isteri seperti belaian kasih sayang, santapan rohani,
pelukan dan hubungan seks.
Apabila berhadapan dengan suami yang bermasalah seperti di atas, sebagai langkah pertama menyarankan agar isteri mengusahakan perdamaian dengan suaminya. Allah Subhanahu waTa’ala melalui ayat ini mengingatkan bahawa perdamaian itu sebenarnya lebih baik daripada perceraian.Peringatan ini diberikan agar pihak isteri tidak terlalu cepat meminta perceraian, menyangkakan ia satu solusi yang terbaik.
Seterusnya Allah mengingatkan diri isteri dan suami daripada sikap kedekut, kerana sikap kedekut ini menyebabkan masing-masing pasangan enggan mengalah dan meminta maaf.

Jika langkah pertama ini
telah diusahakan bersungguh-sungguh dan perceraian masih menjadi pilihan, maka
langkah kedua adalah sepertimana ayat berikut:
Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah seorang hakaman (orang tengah untuk memperbaiki mereka, iaitu), seorang dari keluarga suami dan seorang dari keluarga isteri. Jika kedua-dua hakaman itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak memperbaiki (mereka suami isteri), nescaya Allah akan memberi taufiq kepada mereka berdua (suami isteri itu). Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuan-Nya.[al-Nisa’ 4:35]
Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu waTa’ala menerangkan jika dibimbangi akan berlaku perpecahan atau perceraian di antara suami isteri, hendaklah dilantik seorang hakaman. Secara lebih mendalam, hakaman ini hendaklah terdiri daripada:
1-Ahli keluarga, yakni daripada kalangan ahli keluarga pihak suami dan ahli keluarga pihak isteri.
2-Seorang saja bagi pihak suami dan seorang saja bagi pihak isteri. Jumlah seorang adalah terbaik kerana bilangan hakaman yang ramai hanya akan meriuh-rendahkan suasana dan meninggikan kemungkinan aib-aib suami isteri yang sedang bertelingkah itu tersebar.
Seorang hakaman tidak boleh bersikap 'batu api', melaga-lagakan antara suami isteri tersebut, memprovokasi atau berat sebelah sehingga hanya membela ahli keluarganya. Tidak menyebarkan aib-aib suami isteri yang sedang bertelingkah. Para hakaman tentunya akan bertanya dan mendengar aib, kelemahan dan kesalahan masing-masing suami dan isteri, seterusnya memberi nasihat, teguran dan saranan pembaikan.
Amat penting bagi para hakaman untuk merahsiakan aib, kelemahan dan kesalahan tersebut. Menyebar-nyebarkannya hanya akan menyukarkan proses pembaikan suami isteri tersebut.
Seandainya langkah kedua di atas juga tidak berjaya, barulah pihak isteri mula berjumpa dengan peguam untuk membicarakan proses memohon cerai.
Seeloknya seorang suami janganlah terburu-buru menjatuhkan talak kepada isterinya tanpa sungguh-sungguh melalui langkah pertama dan kedua tersebut.

http://www.pesonapengantin.my/tip/perdamaian-lebih-baik-dari-penceraian-1.456379
Kisah arang batu dan berlian
Sedikit coretan harini semoga memberi motivasi dan impak positif buat semua yang datang singgah ke blog ini...Coretan tentang erti sebuah tekanan dalam kehidupan dan perlunya sentiasa berterima kasih ....terima kasih pada setiap apa yang jadi dalam hidup kita... terima kasih pada masalah..terima kasih pada yang beri masalah.. hihi.. pelik bunyinya.. tapi itulah salah satu resipi untuk hidup cemerlang .. Untuk jadi insan yang hebat.. anda perlu bersedia menghadapi tekanan.. anda perlu banyakkan berterima kasih..
Cuba lihat berlian dan arang batu... Tahukah anda kedua2nya berasal dari bahan asas yang sama tapi satu akan menjadi berlian dan satu lagi akan menjadi arang batu... Anda pun tahu akan nilai sebutir berlian banding dengan seketul arang.. Beza bukan... Tapi untuk lahirnya sebutir berlian, ia perlu melalui tekanan yang hebat dan suhu yang tinggi...dan proses ini jangkamasanya sangat panjang. Jika tidak, ia hanya akan berakhir sebagai seketul arang..
Sama juga seperti hidup kita.. untuk menjadi seorang insan hebat, perlunya ujian, cabaran, tekanan.. Itu semua adalah kurnia dari Allah untuk menjadikan kita hebat. Kita takkan mampu mengelak dari tekanan hidup yang datang dari pelbagai arah.. Tetapi percayalah, dengan cabaran.. dengan tekanan, kita akan jadi hebat.... Pilihan di tangan kita sama ada nak jatuh rebah putus asa mengeluh atau teruskan hidup dengan sikap yg positif..
Jadi walau apa pun tugas yang kita sandang......walau siapa pun kita, walau apa jua impian kita....buatlah pilihan yang bijak samada nak jadi arang batu atau berlian...Kita sendiri yang tentukan nilai kehidupan kita.. nilai diri kita di mata orang ramai........Mungkin kita tak suka pada masalah yang hadir....tetapi apa yang kita tidak suka itu tak semestinya ia buruk untuk kita.... sedangkan yang kita tidak suka itulah mungkin yang akan menjadikan kita insan cemerlang....Rahsianya adalah sentiasa senyum..sentiasa bersyukur...dan banyakkan bersabar...
Well.. Life goes on.
Well.. Life goes on.
Pakaian dan Ketakwaan
Hi!
Saya terbaca satu artikel di akhbar yang menarik perhatian saya untuk dikongsikan disini. Memandangkan sekarang pelbagai fesyen baju yang berleluasa di pasaran tempatan mahupun luar negara. Biar apapun pilihan kita terhadap pemakaian, pastikan iman dan ketakwaan kita tetap kepadaNya.. Insya allah .. :D

Ada Kecenderungan dalam kalangan sesetengah pihak untuk
memisahkan hubungkait pakaian dan ketakwaan dengan berhujah bahawa Surah
al-A’raf ayat 26 memfokuskan kepada pakaian takwa atau libas al-taqwa daripada
pakaian lahiriah iaitu baju dan seluar yang kita pakai saban hari dan dengan itu bagaimana kita berpakaian
secara lahiriah tiada kaitan dengan ketakwaan yang menyentuh peribadi dan
akhlak kita.
Kepada yang berpandangan demikian, mereka tidak lihat kepada
maksud ayat tersebut dalam ruang lingkup kisah Adam dan Hawa yang terkandung
dalam surah tersebut dan juga surah-surah yang lain.
Sebenarnya, pakaian lahiriah dan pakaian ketakwaan bukanlah
dua pakaian yang berasingan. Mereka adalah satu pakaian yang sama dimana
pakaian lahiriah adalah pembinaan pakaian ketakwaan dan pakaian ketakwaan
adalah pemantapan pakaian lahiriah.
Adalah menjadi fitrah kita sebagai manusia untuk berpakaian
baju dan seluar yang membolehkan kita kelihatan seri, ceria dan tampan,
seterusnya mendatangkan pujian kepada keindahan wajah tubuh badan yang kita
miliki.
Namun keindahan lahiriah belum tentu menjamin keindahan
rohaniah sekiranya yang dipakai hanya kain-kain dengan corak dan fesyen yang
mengagumkan tetapi bukan nilai-nilai yang turut dibawa oleh pakaian tersebut.
Apakah yang terjelma daripada seorang perempuan Melayu
apabila dia mengenakan baju kurung, dari segi malunya, pertuturannya,
pergaulannya, tempat yang disinggahinya dan aktiviti yang dilakukannya?
Nyata sekali pakaian mempunyai pengaruh yang cukup mendalam
terhadap jiwa yang luhur, peribadi yang mulia, hormat- menghormati sesama
manusia serta persekitaran kehidupan yang aman sentosa. Dalam erti kata lain,
seseorang yang berpakaian lahiriah dan pada masa sama memakai nilai-nilai
keinsanan yang mulia akan menjadikannya seorang yang memakai pakaian takwa.
Sebab itu apabila dikatakan pakaian takwa lebih baik, ia bermakna seseorang itu
memahami makna berpakaian lahiriah kepada nilai dan keindahan jiwa dan
peribadinya sehingga ia boleh menjanakan wajah keinsanan yang bersifat mulia.
Seseorang yang dapat rasa dan menikmati kelazatan takwa yang
lahir dari cara dia berpakaian akan
memastikan dia teliti dengan cara berpakaiannya tetapi ini belum pasti berlaku
kepada orang yang hanya menjaga pakaian lahiriahnya tetapi tidak memastikan ia menjanakan ketakwaan dalam jiwa dan
peribadinya. Sebab itu pakaian takwa lebih baik kerana dengannya pakaian
lahiriah akan terjamin makna dan tujuan berpakaian.
Berpakaian unutk ketakwaan bukanlah sesuatu yang terbatas kepada orang Islam sahaja. Manusia
sejak zaman dahulu lagi dari pelbagai bangsa dan budaya sudah pun menekankan
betapa pentingnya pakaian kepada makna kita sebagai manusia. Masyarakat Cina,
umpamanya, sebenarnya adalah sangat
menitikberatkan persoalan pakaian
kepada jiwa, akhlak dan tingkah laku.
Filem-filem Cina yang disiar di saluran Astro di rangkaian
CH321 Celestial Classic Movies adalah bukti yang cukup nyata tentang perkara
ini. Kita lihat bagaimana dalam filem Cina yang berlatar zaman klasik,
watak-watak dalam filem tersebut
mengenakan pakaian yang menutup tubuh dari paras leher ke bahagian buku lali
kaki, mempunyai corak dan warna yang seri, dan seterusnya diiringi oleh cara
bertutur dan bergaul yang cukup murni, disertai oleh lagu-lagu yang melunakkan
hati, serta persekitaran kediaman yang dihuni oleh insan yang sejati.
Apabila kita lihat filem-filem Cina yang moden dan
kontemporari, kita dapati keadaan adalah
sebaliknya walhal watak-watak dalam kedua filem klasik dan moden adalah
pelakon-pelakon yang sama.
Sehubungan itu, apa yang masyarakat Islam hari ini tekankan
dari segi berpakaian adalah satu tradisi hidup yang telah dilakukan oleh warga
manusia sejak beribu tahun dahulu, tidak kira dari apa jua bangsa dan budaya.
Cuma 50 atau 60 tahun kebelakangan ini saja manusia moden mengenakan cara
pakaian yang kita lihat hari ini yang tidak melihat tubuh itu membawa apa- apa
erti kepada jiwa, peribadi dan pergaulan sesama manusia kecuali hanya sebagai
satu jasad yang nilainya tidak lebih daripada bahan komoditi yang kita guna pakai
sehingga satu tarikh luput yang kemudiannya diabai atau dibuang begitu saja.
Penulis Bekas Pensyarah Perbandingan Agama, Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia.*
Akhbar Sinar Harian Selasa 21 Julai 2015.
Azanis Scar Serum
Hi!
Hr nie nak
share ckit pasal product skin care yang tengah femes n meletop skrg nie.. saya
baru guna seminggu mmg rasa kesan nyer.. cukup best.. kulit rasa moist jerr..
lembut gitu.. hihihi…
Product
tersebut adalah AZANIS Scar Serum..
yeayyy!!!.. saya beli yang packaging lama.. yang maseh botol kaler
coklat.. skrg nyer packaging kan dah botol kaca jernih kan.. senang ckit nk
tgok, dah takat mana tinggal kan..
Azanis packaging lama vs azanis
packaging baru
Disini saya
sediakan sedikit maklumat berkenaan dengan product azanis nie dan testimony nyer..
Uols ada tak yang Banyak Parut Degil Dimuka n
Badan yang susah nak elok?
Jom tengok apa yang dah tolong ramai orang
untuk licinkan balik kulit seperti sedia kala.
Malah lebih licin dari dulu!
Elokkan Parut
Dalam 3 Minggu Kini No Problem Dengan Azanis Scar Serum!
Uolls hanya perlu sapukan azanis scar serum secara membulat pada parut n tengok sendiri hasilnya. Cara Guna azanis scar serum ni just 2 kali sehari untuk kesan yang optimum menyingkirkan parut tegar dikulit muka dan badan.

Nak
tau tak apa yang bantu parut2 ni hilang??
Kandungan anti
oksida yang tinggi menolong menghasilkan sel2 kulit baru yang sihat. Selain tu,
azanis scar serum ni ada 100% vitamin E semulajadi which is vitamin yg dikenali
ramai utk menghilangkan parut dan lain2 bhn yg turut membantu boostkan
keberkesanannya. So, uolls jangan ragu2 lagi…
Antara masalah parut yang dapat dihilangkan
dengan azanis scar serum
- Parut akibat
kemalangan (eksiden, jatuh dan lain2)
- Parut Jerawat dimuka
- Parut pembedahan
- Parut akibat sakit (demam campak, kudis dan lain2)
- Parut baru n lama
- Parut Jerawat dimuka
- Parut pembedahan
- Parut akibat sakit (demam campak, kudis dan lain2)
- Parut baru n lama
Apa jaminan kami?
- Walau dah
lama parut yang ada dikulit anda sama ada 5-10 tahun, dapat dilesapkan dengan
mudah
- Dalam masa 1
bulan, anda pasti akan dapat lihat parut semakin beransur hilang
- Sebanyak
99.9% pengguna berpuas hati lepas tengok parut hilang seolah-olah tak pernah
ada parut
Saya nak tau mcmana azanis scar serum
boleh
hilangkan kesan parut yg luar biasa?
Ok, macam ni
uolls Azanis Scar Serum memang terkenal sbgai serum hilangkan parut. Secara
khususnya, serum ini membantu melembapkan kulit n bertindak sebagai vitamin
antioksidan yang mana ia akan memelihara sel-sel yang sentiasa terdedah dengan
radikal bebas agar tidak rosak dan menyebabkan penuaan awal. Satu lagi
kelebihannya adalah merawat parut tidak kira parut jerawat dimuka, parut akibat
luka kemalangan ataupun parut sebab kulit sensitif.
Formula yang dicipta khas ni memang sesuai
bagi jenis kulit yang berikut :-
- Kulit berminyak
- Kulit berjerawat bengkak dan bernanah.
- Kulit Kemerahan (Hypersensitive Skin)
- Mereka yang pernah pakai produk mengandungi Hydroquinon & Merkuri kerana lapisan Asid Matel kulit telah terhakis (Kulitnya sudah nipis)
Antara Kandungan yang terdapat dalam azanis
scar serum
OIL BASE
Paraffinum
liquidum
Bisabolol
Triisononanoin
Cetearyl
ethylhexanoate
Isopropyl
myristate
Glycine soja
oil
BHT
Helianthus
annuus seed oil
BOTANICALS
Calendula oil
Rosemary oil
Lavender oil
Chamomile oil
VITAMIN
Vitamin E
*Azanis
Scar Serum adalah 100% Halal & mempunyai kelulusan KKM NOT150301588K
FAQ Tentang Azanis Scar Serum
Siapa
yang mesti gunakan Azanis Scar Serum?
Lelaki n
perempuan yang ada masalah parut pada kulit walaupun kesan parut lebih 10
tahun.
~Azanis Scar
Serum turut membantu selesaikan masalah Regangan kulit, tona kulit tak sekata,
Penuaan kulit dan masalah kulit kering.
Bila
boleh Nampak kesannya?
Kesan
bergantung pada tindakbalas seseorang. Ada yang cepat, ada yang lambat. Tapi
secara puratanya, ia mengambil lebih kurang 30 hari untuk anda lihat kesan yang
ketara!
1
Botol boleh tahan untuk berapa lama?
1 Botol Azanis
Scar Serum boleh tahan selama 30 hari
Adakah
Azanis Scar Serum ini halal?
Ya! Serum ini
dah dapat kelulusan halal JAKIM. Gunakan azanis scar serum tanpa ragu-ragu!
Bagaimana
cara penggunaannya?
Azanis Scar
Serum sangat mudah digunakan. hanya sapukan pada parut dengan pergerakan
membulat, 2 kali setiap hari. sekiranya parut masih baru, Azanis Scar Serum
harus disapu hanya apabila luka telah sembuh, n tak boleh digunakan pada kulit
yang luka.
Adakah
ada had umur bagi pengamalnya?
Serum ini boleh
diambil oleh setiap orang, lelaki n perempuan tanpa had umur.
Barang
dijamin sampai ke selepas dibayar?
Semestinya!
Penghantaran akan dijalankan setiap hari Isnin - Jumaat. Kami menggunakan
perkhidmatan PosLaju.
~Parcel anda
dijamin sampai dlm masa 1-3 hari selepas ia dipos.
Macam
mana kalau saya ada sebarang persoalan/masalah?
Jangan risau,
sekiranya anda mengalami sebarang masalah atau ada sebarang persoalan selepas
membeli dari kami, anda boleh hubungi 0195919424
Testimoni azanis scar serum
untuk maklumat lanjut :-
sms/watsap 0195919424
0 comments:
Post a Comment