Himpunan doa dari al quran

Himpunan doa untuk pelbagai jenis penyakit.. insya allah kita cuma ikhtiar dan usaha.. kuasa penyembuhan dengan izin allah.. amin.. 





















kerodit to : http://www.imuslimshop.com/portfolio-category/viral/

sharing is caring 


0 comments:

Post a Comment

Perdamaian Lebih Baik dari Perceraian



Para isteri perlu melalui dua langkah sebelum membuat keputusan untuk meminta cerai daripada suami. Langkah pertama adalah seperti mana ayat berikut:

Dan jika seorang perempuan (isteri) bimbang akan timbul dari suaminya “nusyuz”, atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya), kerana perdamaian itu lebih baik (daripada bercerai-berai); sedang sifat bakhil kedekut (tidak suka mengalah atau bertolak ansur) itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia. Dan jika kamu berlaku baik (dalam pergaulan) dan mencegah diri (daripada melakukan kezaliman), maka sesungguhnya Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan. [al-Nisa’ 4:128]

Ayat ini ditujukan kepada para isteri yang menghadapi 'masalah' dengan suami mereka. Lebih tepat, suami yang bermasalah disebut sebagai suami yang Nusyuz.
Nusyuz secara bahasa bererti tinggi. Dalam konteks ayat ini, ia bererti suami yang tinggi diri, ego, sombong dan bersikap ala diktator. Ayat ini juga merujuk kepada suami yang tidak melayani isteri, bererti tidak memberi nafkah batin kepada isteri seperti belaian kasih sayang, santapan rohani, pelukan dan hubungan seks.

Apabila berhadapan dengan suami yang bermasalah seperti di atas, sebagai langkah pertama menyarankan agar isteri mengusahakan perdamaian dengan suaminya. Allah Subhanahu waTa’ala melalui ayat ini mengingatkan bahawa perdamaian itu sebenarnya lebih baik daripada perceraian.Peringatan ini diberikan agar pihak isteri tidak terlalu cepat meminta perceraian, menyangkakan ia satu solusi yang terbaik.

Seterusnya Allah mengingatkan diri isteri dan suami daripada sikap kedekut, kerana sikap kedekut ini menyebabkan masing-masing pasangan enggan mengalah dan meminta maaf.

Jika langkah pertama ini telah diusahakan bersungguh-sungguh dan perceraian masih menjadi pilihan, maka langkah kedua adalah sepertimana ayat berikut:

Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah seorang hakaman (orang tengah untuk memperbaiki mereka, iaitu), seorang dari keluarga suami dan seorang dari keluarga isteri. Jika kedua-dua hakaman itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak memperbaiki (mereka suami isteri), nescaya Allah akan memberi taufiq kepada mereka berdua (suami isteri itu). Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuan-Nya.[al-Nisa’ 4:35]

Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu waTa’ala menerangkan jika dibimbangi akan berlaku perpecahan atau perceraian di antara suami isteri, hendaklah dilantik seorang hakaman. Secara lebih mendalam, hakaman ini hendaklah terdiri daripada:

1-Ahli keluarga, yakni daripada kalangan ahli keluarga pihak suami dan ahli keluarga pihak isteri.
2-Seorang saja bagi pihak suami dan seorang saja bagi pihak isteri. Jumlah seorang adalah terbaik kerana bilangan hakaman yang ramai hanya akan meriuh-rendahkan suasana dan meninggikan kemungkinan aib-aib suami isteri yang sedang bertelingkah itu tersebar.

Seorang hakaman tidak boleh bersikap 'batu api', melaga-lagakan antara suami isteri tersebut, memprovokasi atau berat sebelah sehingga hanya membela ahli keluarganya. Tidak menyebarkan aib-aib suami isteri yang sedang bertelingkah. Para hakaman tentunya akan bertanya dan mendengar aib, kelemahan dan kesalahan masing-masing suami dan isteri, seterusnya memberi nasihat, teguran dan saranan pembaikan.

Amat penting bagi para hakaman untuk merahsiakan aib, kelemahan dan kesalahan tersebut. Menyebar-nyebarkannya hanya akan menyukarkan proses pembaikan suami isteri tersebut.

Seandainya langkah kedua di atas juga tidak berjaya, barulah pihak isteri mula berjumpa dengan peguam untuk membicarakan proses memohon cerai.

Seeloknya seorang suami janganlah terburu-buru menjatuhkan talak kepada isterinya tanpa sungguh-sungguh melalui langkah pertama dan kedua tersebut.

http://www.pesonapengantin.my/tip/perdamaian-lebih-baik-dari-penceraian-1.456379

0 comments:

Post a Comment