Merancang kekayaan dan kesihatan
Orang yang hebat akan memilih pemikiran yang menguatkannya, tetapi orang yang lemah akan memilih pemikiran yang menjatuhkan semangat dan keyakinannya. Yakinlah dengan konsep pemikiran “Reset minda, iaitu ADA-BERI-DAPAT”. Konsep pemikiran ini merumuskan bahawa, kita hanya dapat apa yang kita fikir, rasa dan buat.
Kalau kita mendapat sesuatu peristiwa atau perkara yang tidak elok, maka hal ini bermakna kita telah melakukan sesuatu perkara yang tidak elok kepada orang lain.Dengan cara ini kita tidak akan mudah menyalahkan orang atau menyalahkan allah yang telah menetapkan takdir hidup kita.Tetapi, kita melihat kelemahan diri sendiri dan mencari kesilapan diri serta berfikir mengapa allah mengizinkan perkara yang tidak elok atau negative itu berlaku kepada kita?
Jika kita melakukan perkara yang negative kepada orang sekeliling, maka kita akan mendapat hasil kehidupan (4K = Ketenangan,Kebahagiaan,Kesihatan dan Kekayaan) yang negatif. Kita menjadi tidak tenang, tidak bahagia, dan mulalah kesihatan kita terganggu.Orang lebih suka dan bijak “merancang kekayaan”, daripada “merancang kesihatan”. Banyak orang sanggup membelanjakan wangnya untuk membeli barang kemas, tetapi tidak ramai yang mahu menggunakan wangnya, berbelanja untuk memperkemaskan kesihatan tubuhnya. Jom buat pelaburan ke atas diri sendiri untuk “merancang kesihatan”.
Apabila kita membeli barang, belilah barang yang bernilai bukan barang yang murah. Sebab apabila kita membeli barang yang murah tetapi tidak ada nilai, tidak berguna juga. Selalunya barang bernilai mahal harganya, tetapi memberikan impak dan kepuasan yang maksimum kepada penggunanya. Lima barang yang perlu dibeli dalam harga yang mahal keran kepentingan kualiti dan keutamaan untuk kesihatan.
Pertama, berus gigi - mesti membeli berus gigi yang mahal kerana untuk kesihatan dan kebersihan mulut, terutama bagi keselesaan ketika beribadah dan bersilaturahim. Mulut kita mestilah bersih kerana kita hendak menyebut kalimah Allah, sebab itu nabi suka kepada orang yang bersugi setiap kali berwuduk. Sesiapa yang menjaga kesihatan gusi akan terjaga kesihatan mulut dan kesihatan jantung.
Kedua, kasut – beli kasut untuk sihat bukan kasut untuk glamor, seperti kasut yang mempunyai tumit tinggi dan sebagainya. Kasut tinggi boleh merosakkan kesihatan.
Ketiga, tilam – beli tilam yang mahal untuk kesihatan tulang belakang, kerana kita perlu suasana tidur yang baik untuk memastikan tubuh kita sihat dan dirawat ketika tidur.
Keempat, bantal – kebanyakan kita tidak pernah menitik beratkan tentang kualit bantal, asal beralas kepala sahaja sudah cukup untuk kita tidur lena, terutama ketika badan terlalu letih. Belilah bantal mahal yang boleh kita gunakan dalam jangka masa yang lama dan selesa. Tidur yang puas, selesa dan teratur bagus untuk kesihatan.
Kelima, makanan kesihatan – laburkan duit untuk membeli makanan kesihatan. Walaupon, Nampak boros berbelanja, tetapi kita berhabis duit bukan untuk mennunjuk-nunjuk atau untuk perkara yang membazir, tetapi unutk kesihatan diri kita. Apabilakita sihat, kita boleh kuat bekerja menambahkan pendapatan dan mengumpul kekayaan. Niatkan peningkatan kesihatan juga untuk tambah tabah beribadah, dan janganlah kita berjimat atau kedekut untuk membelanjakan wang ringgit untuk kesejahteraan kesihatan kita.
Apakah perbezaan nya , jimat, kedekut dan boros? Apabila kita boros (menggunakan wang berbelanja berlebih-lebihan) untuk jalan Allah dan untuk manfaat diri seperti menjaga kesihatan diri itu tidak dinamakan boros. Tetapi, banyak berbelanja kepada perkara yang sia-sia itu adalah boros.
Bekalan
Penjimat pula, bererti kita sedang menjaga kualiti perbelanjaan kita. Menurut Kamus Dewan, penjimat itu seorang yang cermat, beringat-ingat, berhati-hati dan berhemat. Jom audit diri kita, kita berjimat unutk apa, kita kedekut kerana apa, dan kita boros sebab apa? Adakah semua yang kita lakukan itu, untuk bekalan kehidupan di dunia atau kehidupan di akhirat? Lebih baik kita berjimat untuk diri kita, iaitu kita hendak membeli barang yang mahal untuk kita, kita berasa sayang, tetapi kita lebih senang menggunakan duit itu untuk memberi atau bersedekah kepada orang. Iaitu kita tidak berjimat dan tidak kedekut, kita boros untuk memberikan manfaat kepada orang.
Sesugguhnya wang sebagai “alat” untuk kita mendapat manfaat dan memberikan manfaat kepada orang lain, serta menyambungkan silaturrahim. Dengan wang kita boleh bahagia membahagiakan diri kita dan orang yang di sekeliling kita. Semakin banyak keinginan, kita akan berasa lebih miskin apabila kita focus kepada apa yang kita tiada. Walaupun, gaji kita naik, kita tetap berasa tidak cukup, kerana keinginan keduniaan kita yang tidak terhad.Oleh sebab itu, tingkatkan nilai diri kita dengan keimanan dan kesyukuran.
Kalau kita banyak member kepada diri sendiri dan kurang memberi kepada orang lain, kita akan menjadi “orang yang buta akhirat”. Orang yang celik mata hati dan celik akhirat, dia tahu konsep, hak kita yang sebenarnya ialah hak yang kita beri kepada orang. Apa yang kita dapat sebenarnya apa yang kita beri kepada orang.
Apabila kita beri kepada orang, itulah yang akan menjadi pahala dan mata wang kita di akhirat nanti. Kemurahan hati, bermula dengan lima perkara, ia bermula dengan lima aspek utama dalam kehidupan manusia(emosi, fizikal, intelektual/minda, kewangan dan kerohanian) dan setiap manusia mempunyai kelebihan masing- masing.
Kita ini sentiasa berada dalam dua situasi. Pertama situasi, sama ada dipengaruhi atau mempengaruhi. Kedua, sama ada memberikan perhatian atau mencari perhatian. “Orang yang jernih” selalu mengatakan kita melakukan kehidupan . Tetapi, “Orang yang keladak”, akan mengatakan, kehidupan berlaku dan kita terpaksa menghadapinya. Dengan kekayaan kita boleh mewujudkan suasana, kita melakukan kehidupan dan akan menjadikan kekayaan itu sebagai “alat” untuk mengimarahkan kehidupan ini, untuk mendapat rahmat Allah SWT di dunia dan di akhirat. “Jom jaga diri, jaga akidah, ibadah dan akhlak.”
0 comments:
Post a Comment