Gua Hira dan Seruan Membaca
Wahh.. rasa seperti perlu buat assignment universiti plak walopon dok kat sekolah kihkih.. habaq ja la teringin nak sambung belajaq balik tp.. apakan dayyaaa.. whateverr.. xpala... hari nie ditugaskan untuk buat artikel berkenaan Gua Hira dan Seruan Membaca.. So banyak lah artikal yang menjadi rujukan untuk aku karang artikal niee.. Tetiba plkk rasa teringin nak pegi sana.. yer laa pegi Gua Hira tu.. yang hanya muat 4 orang sahaja.. yang kat Gunung Jabal tuu.. wahhh kena mendaki plak tu.. ehmmm.. mampu kah aku.. insya allah(jika diizinka allah)
Tadaaa niela hasilnya nya, moga degan perkongsian ini memberi manfaat kepada sesiapa yang membaca nya.. insya allah..
Gua Hira adalah tempat Nabi
Muhammad SAW menerima wahyu dari Allah yang pertama kalinya melalui malaikat
Jibril. Gua tersebut sebagai tempat Nabi Muhammad menyendiri dari masyarakat
yang pada saat itu masih belum beriman kepada Allah. Gua Hira terletak di Negara
Arab Saudi. Letaknya pada tebing menanjak yang agak curam walau tidak terlalu
tinggi, oleh kerana itu untuk menuju gua itu setiap orang harus memiliki fisik
yang kuat. Hal ini kerana lokasi nya di kawasan pergunungan. Nama gunung itu,
Jabal Nur,yang berarti ‘Gunung Cahaya’. Gunung ini terletak 6km sebelah utara
Masjidil Haram. Di lima meter bawah puncak gunung terdapat Gua Hira. Untuk
menuju puncak gunung, seseorang memerlukan waktu selama 1 jam dari dasar gunung.
Gua ini sempit, cukup hanya untuk empat orang saja. Tidak ada titian tangga
yang teratur dari dasar tangga, seperti yang ada di Jabal Rahmah. Di gua inilah,
berabad-abad lalu, Nabi Muhammad SAW mendapat wahyu pertama, iaitu surat Al
Alaq ayat 1-5.
Tadaaa niela hasilnya nya, moga degan perkongsian ini memberi manfaat kepada sesiapa yang membaca nya.. insya allah..
Ketika
Baginda di Gua Hira, turun wahyu pertama dalam keadaan Baginda tidak
pernah mengetahui siapa yang datang menemui, dan Baginda tidak pernah
mengetahui bahawa Baginda bakal ditabalkan untuk menjadi Nabi dan Rasul.Tetapi
dengan ketentuan Allah Subhanahu
wa Taala, Allah turunkan Jibril ‘alaihissalam menyampaikan wahyu Allah dalam keadaan
Baginda sallallahu ‘alaihi
wasallam ditakdirkan oleh
Allah sebagai Nabi yang ummi yakni tidak tahu membaca dan tidak tahu menulis.
Apabila
Jibril ‘alaihissalam memeluk Nabi pada kali pertama
menyebut iqra’ (bacalah), Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab, “Aku tidak tahu
membaca”. Kali kedua, dipeluk lagi dan dikatakan lagi “Bacalah” dan Nabi tetap
menjawab, “Aku tidak tahu membaca.” Sampai kali ketiga Baginda disuruh baca dan
Baginda mengatakan Baginda tidak tahu membaca, Jibril menyambungkan,
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang
telah menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah, bacalah
dan Tuhanmu-lah yang Maha Pemurah. Yang mengajarkan manusia dengan perantara
qalam (pena). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Surah Al-‘Alaq: 1-5)
Pengajaran dari
kisah ini
Ayat
tersebut menyeru manusia supaya membaca kerana membaca melibatkan
proses pemikiran yang tinggi serta memerlukan penghayatan pentafsiran dan pengenalan.
Melalui ayat ini juga ALLAH SWT memerintahkan kita untuk berfikir tentang
bagaimana alam terjadi dan hikmah atas setiap kejadian dan yang paling
penting memikirkan siapakah yang mencipta alam ini.
Membaca adalah memahami tanda tanda huruf, tanda tanda huruf pula
menghasilkan tanda tanda suara dari tanda suara pula mendatangkan maksud
pada setiap pembacaan . Pembacaan juga membawa maksud satu usaha untuk
memahami pengertian di sebalik apa yang di pandang mata.
proses pemikiran yang tinggi serta memerlukan penghayatan pentafsiran dan pengenalan.
Melalui ayat ini juga ALLAH SWT memerintahkan kita untuk berfikir tentang
bagaimana alam terjadi dan hikmah atas setiap kejadian dan yang paling
penting memikirkan siapakah yang mencipta alam ini.
Membaca adalah memahami tanda tanda huruf, tanda tanda huruf pula
menghasilkan tanda tanda suara dari tanda suara pula mendatangkan maksud
pada setiap pembacaan . Pembacaan juga membawa maksud satu usaha untuk
memahami pengertian di sebalik apa yang di pandang mata.
Perintah iqro’ dikaitkan dengan “bismi
robbika” (dengan menyebut nama Tuhanmu). Pengaitan ini merupakan syarat
sehingga menuntut dari si pembaca bukan saja sekadar melakukan bacaan dengan ikhlas, tetapi juga antara lain memilih
bahan-bahan bacaan yang tidak mengantarnya kepada hal-hal yang bertentangan
dengan “nama Allah” itu.
Demikianlah Al-Qur’an memberi
garis panduan mengenai pentingnya “membaca” dan keharusan adanya keikhlasan
serta kepandaian memilih bahan-bahan bacaan yang tepat. Perintah membaca
merupakan perintah paling berharga yang dapat diberikan kepada ummat manusia.
Karena, membaca merupakan jalan yang mengantar manusia mencapai darjat
kemanusiaannya yang sempurna.
Manusia bertugas sebagai khalifatullah. Fungsi
ini adalah aplikasi dari potensi keilmuan yang dianugerahkan Allah kepada
manusia, sekaligus sebagai persyaratan mutlak bagi kesempurnaan pelaksanaan tugas
tersebut.
Dengan
ilmu yang diajarkan oleh Allah kepada manusia (Adam), ia memiliki kelebihan
dari malaikat, yang tadinya meragukan kemampuan manusia untuk menjadi pembangun
peradaban (menjadi khalifah di bumi ini). Dan dengan ibadah yang didasari oleh ilmu
yang benar, manusia menduduki tempat terhormat.
Berdasarkan
hal tersebut, tidaklah hairan jika iqro’ menjadi tuntunan pertama yang
diberikan oleh Allah swt kepada manusia. Ayat pertama inilah dijadikan inspirasi
bagi visi pendidikan pada masa kini dan pada masa-masa yang akan datang.
0 comments:
Post a Comment