Pesanan nik aziz kepada neelofa


Neelofa antara selebriti yang sempat bertemu dengan nik aziz seorang pemimpin, ilmuan dan ulamak yang baru sahaja meninggal dunia.

Ini antara pesanan khas TGNA kepada pelakon neelofa

“Dunia ini hanya pinjaman Allah SWT kepada kita. Apa yang kamu ada sekarang, apa yang kamu makan, apa yang kamu pakai sekarang, rumah dan kereta kamu hanyalah pinjaman dari Allah. Semua orang bila melalui hari- hari seharian tidak sedar bahawa segala apa kepunyaan kita adalah kepunyaan Allah. Jadi disebabkan lalai tentang ingatan itu banyak benda-benda yang tidak baik kita lakukan.”


Video di bawah :

0 comments:

Post a Comment

Kenapa Anak Tiba-Tiba Demam Tak Payah Kalut Jumpa Doktor

Demam adalah perkara biasa yang dialami oleh semua peringkat umur. Kebiasaannya demam ini menandakan antibodi tubuh sedang melawan virus yang menyerang tubuh. Janganlah kita terlalu risau apabila anak demam. Allah sudah mencipta manusia dengan sistem pertahanan tubuh yang terbaik berbanding sistem pertahanan ketenteraan yang dicipta manusia.
Biasanya suhu tubuh akan meningkat supaya untuk merencatkan penetasan telur-telus virus atau bakteria dari berevolusi dengan sel-sel tubuh dan menjadikan sel-sel virus atau bakteria ini lebih kebal dan kuat.
Kebiasaannya virus yang menyebabkan demam adalah selesema dan sangat sedikit kes yang melibatkan salur kencing pada kanak-kanak. Jangkitan yang lebih serius adalah seperti meningtis tetapi kes ini juga amat jarang berlaku. Selain itu juga, bayi juga boleh demam selepas mendapat suntikan vaksin (biasanya dalam tempoh 3 hari hingga seminggu).
Suhu tubuh bayi dan kanak-kanak juga boleh meningkat apabila dipakai pakaian atau selimut terlalu tebal. Apabila terlalu lama berada di luar dan terdedah pada panas matahari dan juga pengudaraan yang tidak baik dalam rumah juga mengakibatkan suhu tubuh bayi dan kanak-kanak meningkat.

Suhu Demam dan Jenis Demam
Walaupun tidak perlu risau ketika anak demam, ibu bapa harus terus memantau suhu demam anak dan berwaspada sekiranya ada tanda-tanda lain yang bakal menyusul. Biasanya suhu diperiksa samaada melalui ketiak ataupun telinga. Suhu demam dalam kawalan iaitu dibawah 37.3oC - 38.0oC dikira demam biasa atau sedikit.
Sebaliknya apabila suhu bacaan demam mencatatkan 38.0oC  hingga 39.0oC adalah demam yang agak panas (tetapi masih boleh dikawal) dan 40.0oC hingga 41.0oC darjah celcius adalah merupakan demam tinggi dan perlu terus dirujuk ke hospital. Hati-hati, anak demam yang tidak dipantau dan dikawal suhunya akan menyebabkan kesan sampingan seperti sawan, kecacatan otak dan kancing gigi.
 # Suhu Badan Normal => 36.7oC
 # Suhu Demam Biasa   
 => Diperiksa melalui ketiak ialah dari 37.3oC    
=> Diperiksa melalui oral ialah dari 37.8oC  
 => Diperiksa melalui rektum ialah dari 38.3oC
# Suhu Demam Tinggi => 40.0oc - 41.0oC     
(kes kecemasan dan perlu dirujuk ke hospital pada kadar segera)

 Rawatan untuk Menurunkan Suhu Demam Anak
Apabila anda tahu anak anda demam, pertama sekali jangan terus bawa ke klinik. Sebaliknya usaha turunkan suhunya secepat mungkin. Kerana selalunya apabila sampai di klinik suhu badan anak biasa sudah bertambah tinggi bacaannya dan adakalanya apabila mencapai 39.0oC-40.0oC doktor akan terus masukkan ubat punggung (ubat demam yang diberikan melalui punggung).
  1.  Mandikan anak dimulai dengan tapak kaki hingga ke ubun-ubun
  2.  Lapkan (sponging) badan bayi atau anak dengan tuala basah setiap masa.
  3.  Letakkan tuala basah pada bahagian pelipat seperti di celah ketiak dan belakang lutut.  Tukarkan setiap 15 minit hingga setengah jam, bergantung pada panasnya suhu anak anda
  4.  Letakkan tuala basah pada dahi anak.
  5.  Basahkan kepala anak selalu
  6.  Bentangkan tuala kecil basah ke belakang anak untuk cepat menormalkan suhu tubuh anak.


Lazimnya, mengikut petua orang tua-tua air yang digunakan untuk lap/demah/tuam/jelum pada badan anak turut dicampur dengan air ramasan bunga raya, asam jawa atau lidah buaya. Petua dari saya pula adalah dengan mencampurkan sebesen air dengan beberapa titik Basic H. 
Saya lebih suka guna Basic H kerana apabila air yang dicampur dengan Basic H tidak akan membusuk selepas semalaman atau seharian digunakan dan anak anda pun tidak berbau masam berbanding menggunakan daun atau bunga raya. asam jawa dan lidah buaya. Demam pun cepat surut juga.

Merawat Demam Anak Di rumah
Bagi demam anak di bawah 38 darjah celcius anda tidak perlu tergesa-gesa membawa anak ke klinik (bagi reda demam, kemudian baru dapatkan nasihat pakar diklinik atau hospital). Apa yang ibu bapa perlu buat selain "sponging" anak adalah:

  1.  Berikan anak anda lebih banyak cecair air kosong sekiranya lebih dua tahun. Jika masih bayi atau bawah setahun berikan anak anda susu ibu setiap jam atau lebih kerap lagi
  2. Catatkan bacaan suhu menggunakan termometer setiap 2 jam dan catatkan jika perlu.
  3.  Buka semua pakaian anak (tutup dada dengan kain nipis apabila anak tidur)
  4.  Pasangkan kipas atau air-cond (bantu kawal suhu demam dengan lebih baik)
  5. Pemberian air barli dapat membantu menurunkan demam

Berjumpa Doktor
 Jika ibu bapa tidak mampu menguruskan demam anak sendirian, anda perlu merujuk kepada doktor untuk keadaan seperti:

  •         Demam melebihi 40.0oC yang tidak surut selepas 2 jam rawatan dirumah diberikan
  •        Demam yang berterusan. Biasanya berpunca dari virus seperti selesema yang akan menyebabkan suhu badan tinggi sehingga 39.0oC atau lebih untuk jangka waktu yang pendek iaitu antara 12 hingga 24 jam
  •        Demam disertai dengan tanda-tanda jangkitan bakteria yang lain, seperti muntah, cirit-birit, kembung perut dan lain-lain
  •        Demam yang dikaitkan dengan gejala yang mengganggu atau sukar dijelaskan.

 Demam Bayi Bawah 3 Bulan
Ambil serius apabila bayi yang berumur bawah 3 bulan demam. Segera bawa bayi berjumpa doktor  jika suhu  badannya lebih dari 38.0oC atau jika ibu bapa mengesyaki bayi kurang sihat. Semasa dalam perjalanan dan menunggu giliran, pastikan bayi lebih kerap berikan susu ibu dan duduk dalam kawasan yang ber air-cond untuk membantu menurunkan suhu demamnya dan mengelakkan sawan. Jangan sesekali memberi ubat kepada bayi pada usia bawah setahun tanpa meminta pandangan daripada doktor. 

Risiko Demam Tinggi Menyebabkan Sawan
Suhu badan yang meningkat terlalu tinggi atau terlalu cepat boleh menyebabkan sawan terjadi. Tambahan, ambil serius sekiranya bayi mempunyai sejarah sawan, anda perlu membawanya berjumpa dengan doktor setiap kali bayi anda demam. 
Sekiranya anak anda mengalami sawan, pertama sekali jangan panik. Kemudian baringkan dia di tempat yang selamat secara mengiring (supaya dia tidak tercekik dan muntah dengan air liur sendiri) dan cuba tenangkan anak anda. Jangan meletakkan sesuatu dalam mulutnya kerana boleh menyebabkan kecederaan serius pada anak.
Tanda-Tanda Bahaya Demam Anak Yang Patut Ibu Bapa Awasi
Selain memantau suhu badan, anda juga perlu memerhatikan kelakuan anak anda. Segeralah bawa anak berjumpa doktor sekiranya kelakuan anak anda membimbangkan anda seperti:
  •  Enggan makan dan minum
  •  Meragam dan sukar ditenteramkan
  • Kelihatan keliru
  • Sukar bangun tidur dan lesu
  •  Sukar bernafas atau bernafas lebih cepat dari biasa
  •  Mempunyai denyutan nadi yang pantas ataupun lemah
  •  Masih kelihatan sakit walaupun demamnya telah reda
  •  Ada ruam timbul di badannya
  •  Sakit kepala yang teruk Muntah-muntah Demam berterusan lebih 24 jam hingga 48 jam



3 comments:

Post a Comment

(GAMBAR) BERGAYA SAKAN! ANAK CHE TA, AAISYAH DHIA RANA LAYAK DUDUKI CARA NO.1 RICH OF KIDS MALAYSIA



Kewujudan akaun Instagram ‘The Rich Kids of Malaysia’ yang memaparkan gambar gaya hidup anak-anak jutawan di Malaysia. Namun SM rasakan tiada calon yang boleh menandingi level kekayaan dimiliki oleh anak Rozita Che Wan dan Zain Saidin.
Siapa lagi kalau bukan gerangan si kecil molek Aaisyah Dhia Rana. Nampak je kecik tapi Aaisyah dah boleh layak digelar ratu RKOM! Tak caya? Tengok gambar kat bawah tu! Hehe.

Belum pun cukup setahun, anak Che Ta sudah mula memperagakan barang kemas berupa dua utas gelang tangan, gelang kaki dan rantai. Saiznya pun bukan saiz budak kecik biasa tu. Aaisyah dah boleh lawan Mami Jarum ni, haha!
Bukan itu sahaja, bayi girl ini kecil-kecil sudah menjejakkan kaki ke Paris, Amsterdam, London dan beberapa kota popular dunia lain.


Aaisyah juga memiliki ‘kekayaan’ dari segi senyumannya. Haihh.. kita yang menengoknya pun geram dengan keletah dan senyuman comelnya itu




Pasti dengan kriteria-kriteria ini boleh menjadikan Aaisyah peserta termuda dalam Instagram Rich Kids of Malaysia!
Sumber berita asal: mynewshub.cc



0 comments:

Post a Comment