Tidak sedar ‘bela’ cacing pita dalam otak

 
Imbasan menunjukkan gambar cacing pita dalam otak pesakit
 
SEORANG warga emas berusia 50 tahun terkejut apabila mengetahui seekor cacing telah hidup di dalam otaknya selama empat tahun.

Kehadiran parasit yang dikenali sebagai cacing pita itu hanya dikesan setelah saintis daripada Hospital St Thomas di London melakukan biopsi ke atas otaknya.

Menurut warga emas itu, dia sering berulang alik ke hospital sejak tahun 2008 setelah dikatakan hilang ingatan dan mengalami sakit kepala yang agak teruk.

“Saya sering mengadu sakit di bahagian tangan kanan. Saya dapat mengingat semula peristiwa lampau dan deria bau saya berubah.

“Saya pernah didiagnos dan diperiksa untuk pengesahan HIV, sifilis, dan batuk kering, namun semuanya negatif,” katanya seperti yang dipetik melalui portal Metro.co.uk pada semalam.

Pakar perubatan kemudiannya melakukan pembedahan bagi mengeluarkan parasit tersebut dari otaknya.

Menurut pakar bedah, semasa melalui prosedur tersebut, cacing pita sepanjang 1 cm itu bergerak sejauh 5 cm ke bahagian kanan otak, menjadikan proses pembedahan lebih sulit dari jangkaan doktor.

Semasa pembedahan dilakukan, pakar bedah melaporkan turut menemui sebilangan telur cacing di dalam otak warga emas terbabit.

Menurut ketua pasukan saintis Institut Wellcome Trust Sanger, Dr Hayley Bennett, cacing pita jenis Spirometra erinaceieuropaei, adalah spesis parasit yang jarang ditemui.

Katanya, spesis itu hanya dilaporkan sebanyak 300 kali dalam tempoh 60 tahun lepas.

“Penemuan ia (cacing pita jenis ini) sangat  jarang berlaku tetapi yang paling biasa dijumpai di Asia Tenggara, China dan Jepun.

“Pesakit terdedah kepada parasit jenis ini dengan memakan makanan tercemar atau melalui bahan yang digunakan dalam perubatan Cina khusus untuk sakit mata termasuk katak mentah,” katanya.

Menurut doktor, mangsa mempunyai latar belakang dari keluarga Cina dan menetap di UK selama 20 tahun namun mangsa didapati sering melawat negara China

Sumber :http://www.sinarharian.com.my/global/tidak-sedar-bela-cacing-pita-dalam-otak-1.335626

0 comments:

Post a Comment