KENAPA NABI MUHAMMAD SAW TIDAK MEMILIKI BAYANG-BAYANG
Semua
sedia maklum, satu mukjizat Nabi Muhammad saw adalah baginda tidak
mempunyai bayang kerana baginda itu sendiri adalah cahaya... Rahmatan
Lilalalmin...
Baginda
dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji.. Baginda itu Nur
Muhammad... Cahaya atas cahaya... Allahu Rabbi...
Ini
adalah sabahagian rambut Rasululillah saw.... Rambut ini apabila
disuluh tiada bayang... Jelas... Ini adalah rambut junjungan besar
baginda Rasululillah... Rambut baginda masih hidup walaupun jasad
baginda sudah tiada... Buktinya apabila rambut ini dipotong.. Ia akan
kembali kepada panjang asal....
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌAllahumma salli `ala muhammadin wa'ali muhammad, kama sallayta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid, Allahumma barik `ala muhammadin wa'ali muhammad, kama barakta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid.
ANTARA KEISTIMEWAAN RASULULLAH SAW
Memang
Rasulullah SAW manusia hebat, tiada tara, tiada lawannya, jika
dikatakan Nabi Yusof segak tapi Nabi Muhammad lebih segak, jika Nabi
Daud dikurniakan dengan merdunya suara, tetapi suara Nabi Muhammad lebih
merdu.
Mari kita lihat banyak lagi istimewanya Rasulullah SAW yang kita tidak tahu.
Rasulullah SAW tiada bayang-bayang:
Al-Hakim
al-Tirmizi meriwayatkan daripada Zakwan: “Sesungguhnya Rasulullah SAW
itu tidak mempunyai bayang-bayang sama ada ketika berada di bawah sinar
matahari, mahupun bulan.”
Rasulullah SAW tidak dihinggapi lalat:
Al-Qadhi
‘Iyadh menyebut di dalam al-Syifa, dan al-’Azafi dalam Maulidnya: “Di
antara keistimewaan Nabi Muhammad SAW, lalat tidak pernah menghinggapi
baginda.”
Ia juga disebutkan oleh Ibnu Sabu’ dalam al-Khasa’is, dengan lafaz: “Sesungguhnya lalat tidak pernah hinggap pada pakaiannya.”
Beliau menambah: “Sesungguhnya di antara keistimewaan Rasulullah SAW, kutu tidak pernah menggigitnya.”
Istimewanya darah Rasulullah SAW:
Diriwayatkan
oleh al-Bazzar, Abu Ya’la, al Tabrani, al Hakim dan al Baihaqi daripada
Abdullah ibn al Zubair: “Bahawa dia pernah datang menemui Rasulullah
SAW ketika sedang dibekam. Setelah selesai dibekam, Rasulullah SAW pun
bersabda, “Wahai Abdullah! Pergilah kamu dengan membawa darah ini dan
buanglah ia di suatu tempat yang tiada sesiapa pun melihat kamu.”
Tetapi
dia meminum darah itu. Apabila pulang, Rasulullah SAW bertanya: “Wahai
Abdullah! Apakah yang telah kamu lakukan (terhadap darahku itu)?”
Jawabnya:
“Aku telah meletakkannya di tempat yang tersorok yang aku ketahui ia
sememangnya tersembunyi daripada pengetahuan orang.”
Rasulullah
SAW bersabda: “Kemungkinan kamu telah meminumnya”. Kataku, “Ya!”
Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah manusia daripada kamu dan
terselamatlah kamu daripada manusia.”
Peluh Rasulullah SAW wangi :
Imam
Muslim meriwayatkan daripada Anas berkata: Rasulullah SAW pernah datang
kepada kami lalu tidur sebentar (qailulah) di tempat kami. Baginda SAW
berpeluh (semasa tidur). Ibuku datang membawa sebuah botol kaca lalu
menadah peluh Rasulullah SAW yang mengalir itu. Rasulullah SAW pun
terjaga lalu bersabda, “Wahai Ummu Sulaim! Apakah yang engkau lakukan?”
Dia menjawab: “Peluh ini akan kita jadikan minyak wangi kita, ia adalah
wangian yang paling harum!”
Nabi Muhammad SAW terpelihara daripada menguap:
Imam
al-Bukhari meriwayatkan dalam al-Tarikh, dan Ibnu Abi Syaibah dalam
al-Musannaf, serta Ibnu Sa’ad daripada Yazid ibn al-Asom, berkata: “Nabi
Muhammad SAW tidak pernah menguap sama sekali.”
Keistimewaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang tidak diberikan kepada Nabi-nabi yang sebelumnya adalah:
1.
Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam diutuskan kepada semua manusia dan jin.
Sedangkan Nabi-nabi terdahulu hanya diutuskan kepada Kaumnya sahaja.
(Hr Bukhari)
2.
Dihalalkan harta rampasan perang (ghanimah) kepada Nabi Sallallahu
Alaihi Wasallam sedangkan tidak dihalalkan bagi manusia-manusia sebelum
Nabi. (Hr Bukhari)
3. Semua tanah dan tempat di muka bumi ini boleh dijadikan tempat solat. (HBukhari)
4. Nabi-nabi dan ummat terdahulu tidak bersembahyang melainkan di tempat-tempat ibadah yang khusus. (Hr Ahmad)
5.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberi bantuan ketika menghadapi
musuh-musuh Islam dengan Allah SWT mencampakkan perasaan takut dalam
hati-hati musuh sebelum sampai bertemu tentera-tentera Islam sejauh
sebulan perjalanan. (Hr Bukhari)
6.
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberi Syafaat. (Hr Bukhari)
Syafaatnya untuk ummatnya bagi orang yang tidak melakukan syirik. (Hr
Ahmad)
7.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan “Jawamiul Kalim”. (Hr
Muslim) Iaitu kalimah yang ringkas tetapi mengandungi banyak makna.
8. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah penutup bagi kenabian. (Hr Muslim)
9.
Diberikan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ayat-ayat di akhir
surah al-Baqarah dari gedung di bawah arasy. (Hr an-Nisaei)
10. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan kunci-kunci bumi. (Hr Ahmad)
11. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah orang yang pertama diberi nama Ahmad. (Hr Ahmad)
12. Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah yang sebaik-baik umat. (Hr Ahmad)
13. Diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang akan datang semasa dia lahir ke dunia lagi. (Hr al-Bazzar)
14. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan Telaga al-Kauthar di akhirat. (Hr al-Bazzar)
15.
Mula-mula syaitan yang bersama Nabi Muhammad adalah kafir. Kemudian
Allah SWT membantu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan Islamnya
syaitan tersebut.
16. Dijadikan saf Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam seperti saf para malaikat. (Hr Muslim)
والله أعلم بالصواب
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Wallahua'lam...
0 comments:
Post a Comment