Alamak perhatian kepada peminjam tegar PTPTN !!
KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengajak peminjam tegar yang tidak pernah buat sebarang bayaran balik untuk segera bertemu mereka sebelum penyenaraian nama peminjam tegar dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dikuatkuasakan.
Pengerusinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, masih ada tempoh lebih kurang sebulan sebelum 1 Januari 2015 untuk tindakan itu dikuatkuasakan, dan sepatutnya 173,985 peminjam yang tersenarai pada peringkat awal itu tampil berunding dengan pihaknya.
“Sejak daripada dahulu PTPTN mengamalkan sikap mesra pelanggan dan faham dengan situasi yang ada dan kita harap peminjam kita tidak terus menjauhkan diri.
“Datang berhubung dengan kita, rundingan boleh dibuat kerana apabila pelajar itu memulakan pinjaman dengan PTPTN bermakna mereka sudah menjadi sebahagian keluarga PTPTN,” katanya kepada Sinar Harian.
Pada awal November lalu, PTPTN mengumumkan seramai 558,475 nama peminjam dikenal pasti gagal membuat bayaran balik pinjaman sejak1997.
Daripada angka itu, mengakibatkan PTPTN gagal menerima bayaran balik berjumlah RM4.3 bilion yang mana dana itu boleh dimanfaatkan kepada 200,000 pelajar baharu sehingga mereka tamat belajar.
0 comments:
Post a Comment