Subsidi minyak untuk berpendapatan < rm 5000


Golongan berpendapatan sederhana yang kini berhadapan dengan gaji statik dan kos sara yang semakin meningkat, kini terpaksa berhadapan dengan satu lagi dugaan.
Mereka yang berpendapatan antara RM5,000 dan RM10,000 hanya akan menerima sebahagian sahaja subsidi minyak selepas Jun 2015. Ini bermakna golongan ini perlu membayar lebih untuk petrol, lapor The Star Online hari ini.
Bagi mereka yang berpendapatan melebihi RM10,000 pula perlu membayar petrol dengan harga pasaran penuh. Manakala golongan berpendapatan di bawah RM5,000 akan terus mendapat manfaat penuh daripada subsidi minyak.
Harga subsidi bagi petrol RON 95 terkini ialah RM2,30 seliter. Harga penuh mengikut pasaran antarabangsa RM2.58 seliter.
Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, Kerajaan masih belum memikirkan mekanisme yang sesuai untuk mengagihkan subsidi minyak kepada mereka yang berkelayakan. Namun, cadangan mengagihkan subsidi minyak menggunakan MyKad, biometrik atau cara-cara lain masih dalam peringkat awal kajian. – Media Online

0 comments:

Post a Comment