3 tip jimat isi minyak petrol

Selepas kenaikan harga minyak 2014, tersebar beberapa tips dan cara baru nak jimat minyak petrol atau semasa isi minyak di stesen minyak. Mungkin 3 tips ni boleh dijadikan panduan kita semua untuk menjimatkan perbelanjaan.

Jadi, kita baca balik tips-tips yang dikongsikan tersebut: 

Isi minyak petrol ikut liter

Amalkan pengisian minyak dalam lliter, bukannya ringgit.
Contoh:
Pergi ke kaunter, cakap nak isi 20 liter. pastu bayar RM46. ini lebih baik daripada isi RM40, kerana jumlah minyak yang masuk adalah 15.7894737 liter. Sedangkan nozzle hanya menyukat sehingga 2 tmpt perpuluhan sahaja.

Maknanya kita rugi 0.0094737 bagi setiap pengisian RM 40. bayangkan, kalau setiap hari ada 1000 orang yang isi RM40, stesen minyak dah untung 9.4737 liter. itu kalau 1000 orang, kalau 10 hari? sebulan? itu hanya pengiraan ringkas untuk pengisian RM40 sahaja. bayangkan, berapa banyak stesen minyak akan untung atas selisih kiraan jumlah liter ini.
Sebab itu stesen minyak selalu buat program cabutan bertuah dengan pembelian minimum RM40. mereka mahu menanam sifat mengisi minyak mengikut nilai RM, bukan ikut nilai liter.

Isi dalam liter.
1 liter harga rm2.30
isi lah rm23 jadi 10 liter
isi rm46 jadi 20 liter
isi rm69 jadi 30 liter
kalu isi 35 liter darab dengan rm2.3.
kalu isi guna jumlah duit, liter tu akan dibundarkan ke jumlah terdekat.
contoh 31.777 liter. Rugi sikit, tapi kalu tiap-tiap hari towkey stesen minyak yang untung
Sumber: Rahman Baco

Isi penuh minyak petrol

Jika anda mahu isi RM40, bagi RM50 dan kata mahu isi penuh, kemudian isi minyak kenderaan. Cuba kawal nozzle dan berhenti isi pada nilai RM40.02. Jika isian terlebih RM40.03, isi lagi sehingga RM40.07. Jika isian terlebih RM40.08, isi lagi sehingga RM40.12 dan begitulah seterusnya. Pastikan anda isi dengan lebihan 2 sen dari gandaan 5 sen.
Kenapa? Ini kerana bila anda isi lebih 2 sen, anda hanya perlu membayar mengikut nilai bundaran dan penggenapan 5 sen yang terdekat. Seperti contoh jika anda mengisi minyak sebanyak RM40.02, anda hanya perlu membayar RM40. Begitu juga dengan RM40.07, anda hanya perlu bayar RM40.05. Tapi jangan pula mengisi pada nilai RM40.03 kerana anda perlu membayar lebih iaitu RM40.05.
Dan jangan juga mengisi minyak sampai ia tangki minyak kereta benar-benar penuh, sebab ada yang mengatakan anda sebenarnya hanya menderma kepada tauke minyak, walaupun ia mungkin tidak benar dan hanya khabar angin. Hanya isi dengan nilai yang anda perlukan. Setelah selesai mengisi, pergi semula ke kaunter untuk mengambil baki duit.
Dengan teknik ini, setiap kali mengisi minyak, anda akan mendapat extra isian sebanyak 2 sen. Ya, memang nilai 2 sen itu nampak kecil, tapi kalau 100 kali anda isi minyak, anda sebenarnya dah dapat minyak extra sebanyak RM2.00. Kalau 1,000 kali? Tanpa disedari anda dah dapat minyak extra bernilai RM20.00.
Berbaloi bukan?
Harga minyak pun bukan selalunya turun, naik itu memang kerap, lepas ni subsidi pun semakin dikurangkan. So inilah cara yang boleh kita gunakan untuk berjimat dan mendapat minyak extra dengan menggunakan sistem mekanisme penggenapan 5 sen yang sudah ditetapkan oleh kerajaan.
Sumber: Buasir Otak

Kereta kecil warna merah

Setiap rumah hari ini harus ada kereta kecil, saya beranggapan ia sama pentingnya dengan sikat rambut.
Izinkan saya bercerita :
Sejak dahulu kala saya tetap beranggapan bahawa minyak akan tetap naik harga. Saya tidak pernah bersandarkan harapan kepada sesiapa apatah lagi ahli politik yang hanya pandai berbicara.
Saya kekal dengan kenderaan kecil sejak saya mula kerja, dari kerja biasa hingga saya hari ini dengan beberapa pelaburan rumah sewa.
Kereta kecil ini sangat menjimatkan, urusan anak, masjid-surau, kepasar, cuci rumah, jumpa penyewa baru, datang kerja , parking dicelah pokok semua dia boleh lakukan. Cuma saya belum pernah cuba terbang.
Pelajar saya Nabihah Zainol pernah berkata, kereta kancilnya paling awal masuk syurga sebab satu keluarga mereka jika kemasjid dan terawih ia jadi peneman setia.
Beli sebuah kereta kecil dan letakkan dirumah, anda akan tahu nikmatnya.
Setangki penuh kancil saya cuma 27 liter sahaja. Kenaikkan RM0.20 sen baru ini menambahkan perbelanjaan saya menjadi RM5.40 sahaja. Jika sebulan empat kali isi baru RM21.20.
Bersamaan dengan dua kotak rokok sahaja.
Berhenti bergantung harap pada ahli politik, mereka ada kocek yang mereka perlu isi. Rancang hidup dan mulakan dengan kereta kecil.
Berusaha mengubah nasib hidup kita dan bukannya janji manis politik belaka.
Waktu kecil saya didik untuk menyanyi lagu ‘kereta kecil warna merah, boleh ku bawak kesekolah’
Kita hanya berusaha dan bergantung harap pada-Nya. Bukan sesama manusia.
Wallahu A’llam
Sumber: Azizul Azli Ahmad

Jadi, terpulang pada anda nak isi minyak ikut liter ke nak isi penuh ke atau guna kereta kecil warna merah. Setiap tips ni ada kebenarannya dan mungkin tidak. Tapi admin nak kongsi sikit pendapat.
Untuk tips pertama, memang ramai yang mengakui keberkesanannya dari segi jumlah petrol yang diisi lebih tepat. Mungkin sesuai diguna pakai oleh kita semua. So pengusaha stesen minyak takde chance la nak tapau.
Dan untuk tips kedua pulak, Katanya untuk dapat extra, kena isi ikut angka bundar bawahan maka akan dapat lebih 2 sen. Memang make sense. Tapi katakan seminggu isi minyak kereta 4 kali. Setahun (ada 52 minggu) sama dengan 208 kali. Jadi bila didarapkan dengan 2 sen ni baru dapat RM4.16. Like seriously??
Tips ketiga memang bijak. Tapi tak ramai mampu keluarkan RM4-5 ribu seketul nak beli sebiji kancil. Mungkin boleh tong-tong dengan family nak beli kereta kecil satu. Dan kalau anda masih bujang, masih belajar, kurang keluar beramai-ramai, gunalah motosikal lagi jimat. Tak perlu nak berkereta ni sebab guna kereta ni makan minyak, makan duit, makan masa dan makan maggi je akhirnya. Kalau parent support lain ceritalah.
Apa-apa pun berjimatlah dalam setiap perbelanjaan kita. Kurangkan belanja yang tidak perlu. Ada tips mengatakan orang kaya menyimpan dulu baru berbelanja ikut keperluan, tapi orang miskin akan berbelanja dulu baru menyimpan. Sebab tu kot ramai antara kita yang susah nak menyimpan sebabnya, tak sempat nak menyimpan dah habis berbelanja. Fikir-fikirkan :)
P/s: Yang admin tak faham, macam mana sekeping sticker yang dilekatkan kat penutup tangki boleh bagi penjimatan petrol. Tu pun ramai yang masih beli. Hurmm…

0 comments:

Post a Comment